UCSI International School, Port Dickson
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

Tadika dan Prasekolah Terbaik Berdekatan SS2 dan Sek. 17 di Petaling Jaya

by on 10/01/2020 14990

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 15 Februari 2024.

Petaling Jaya, sebuah bandar yang sangat moden yang menawarkan banyak pilihan prasekolah. Walaupun ini adalah perkara yang baik untuk ibu bapa bagi mendapatkan pendidikan awal yang terbaik untuk anak mereka yang dapat memenuhi keperluan dan jadual mereka, ia boleh menjadi sangat mengelirukan untuk membandingkan dan membuat pilihan prasekolah terbaik.

Oleh itu, muncul siri Tadika dan Prasekolah Terbaik kami untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat dan memudahkan ibu bapa membuat perbandingan prasekolah terbaik di kawasan mereka. Kali ini, kami senaraikan prasekolah berhampiran SS2 dan Seksyen 17 Petaling Jaya.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Tropicana-Ara Damansara ,  Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights


Di Beaconhouse Newlands Early Years, cita-cita kanak-kanak diutamakan. Dengan menginspirasikan kanak-kanak untuk cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, Beaconhouse berusaha untuk melengkapkan para pelajar sepanjang hayat untuk berkembang maju dalam dunia yang serba moden dengan minda terbuka, dan yakin menjalankan tanggungjawab.

Faktor yang paling berpengaruh terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak di Beaconhouse adalah pengajaran yang luar biasa. Fakulti yang bukan sahaja terdiri dari profesional yang berkelayakan dan berpengalaman tetapi juga individu progresif yang bersemangat dan amat komited.

Untuk memastikan anak-anak berkembang maju, pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan mendidik whole child dan membuka peluang anak-anak menerokai dunia melalui kerangka yang dipandu kurikulum Cambridge. Peluang pembelajaran dinamik yang mengimbangi persekitaran akademik yang kaya dengan permainan yang kreatif, membantu kanak-kanak membina asas pengetahuan yang kukuh mengenai dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak akan mempelajari analisis saintifik seperti free exploration, membuat hipotesis dan kesimpulan melalui pelbagai tema dan projek.

Baca Selanjutnya

Beaconhouse Newlands Early Years, SS2, Petaling Jaya

No. 37, Jalan SS2/44, SS2, Petaling Jaya, Selangor 47300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berasaskan matlamat Big Apple "Untuk Menginspirasi dan Memupuk Pemikiran Anak Muda", program di sekolah ini bertujuan untuk membangunkan whole child, dan membolehkan setiap pelajarnya menjadi kompeten dan menyumbang kepada masyarakat. Sekolah ini didorong oleh kurikulum pandangan hadapan dan diilhamkan oleh guru berpengalaman.

Selama lebih dari 20 tahun, keluarga-keluarga telah mempercayai Big Apple untuk mendidik anak-anak mereka. Inilah sebabnya: program yang direka dengan teliti yang memupuk whole child, pengajaran secara individu yang membolehkan setiap kanak-kanak belajar dengan cara tersendiri, ruang pembelajaran yang bagus, dan hubungan guru, ibu bapa dan anak-anak yang rapat dan positif. Pelajar disokong oleh barisan guru dan staf berpengalaman untuk memperoleh pengetahuan akademik asas yang kukuh dan penguasaan kemahiran hidup penting melalui pelbagai peluang pembelajaran interaktif dan pembelajaran berasaskan drama.

Sekolah ini komited untuk menyokong para pelajar mencapai yang terbaik dengan pelbagai peluang dan pengalaman baru.

Baca Selanjutnya

Big Apple SS2, Petaling Jaya

No. 68, Jalan SS2/24, SS2, Petaling Jaya, Selangor 47300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Casa Bambini, PJ Midtown Seksyen 13 adalah syurga kecil yang untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Dicat dalam warna pastel yang menenangkan, suasana di dalamnya terasa seperti berada di rumah, tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan keselesaan dan kasih sayang, serta peluang untuk belajar. Pusat serba baharu ini berharap dapat memenuhi keperluan ibu bapa muda moden yang mencari penjagaan asuhan dan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka pada harga yang berpatutan. Ia juga menawarkan kemudahan penghantaran dan pengambilan pandu lalu.

Casa Bambini menawarkan program penjagaan kanak-kanak yang dibahagikan kepada 4 kumpulan umur: Infant & Baby (2- 18 bulan), Junior Toddler (18 – 24 bulan), Toddler (2 – 3 tahun), dan Pre Kindy (3 – 4 tahun). Program “Baby” membantu bayi membesar dengan selamat dan berasa disayangi. Program Toddler and Pre-Kindy bertujuan untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang akan bersedia untuk alam persekolahan nanti.

Baca Selanjutnya

Casa Bambini Early Childcare Centre, PJ Midtown Seksyen 13

PJ Midtown, G-20, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor 46200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kurikulum teras Prasekolah Kinder Koala dikukuhkan oleh manfaat daripada pelbagai program pendidikan yang berkualiti tinggi dan inovatif yang ditawarkan di sini. Di dunia pembelajaran yang serba ajaib ini, kanak-kanak didedahkan dengan program tiga bahasa yang imersif, matematik Singapura, FasTracKids, pendidikan S.T.E.M., program Forest School, robotik dan pebagai lagi. Prasekolah ini berbangga dengan reputasi mereka dalam menawarkan pengalaman pendidikan awal yang positif, dengan fokus dalam mendidik kanak-kanak dengan metodologi antarabangsa dan material pembelajaran yang terkini. Dan yang paling penting di Kinder Koala, kegembiraan dan perasaan cinta kepada ilmu kanak-kanak di sini adalah kayu pengukur kejayaan paling penting untuk prasekolah ini.

Baca Selanjutnya

Kinder Koala Preschool, Seksyen17 (Petaling Jaya) (Formerly known as Kids Academy)

No. 793, Jalan 17/22, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor 46400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.

“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.

Baca Selanjutnya

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

No. 89, Jalan PJU 1A/1C, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di The Hub, SS2, sekolah tiga tingkat ini amat luas dan selesa. Little Tillage, Hub, SS2 mempunyai ruang yang besar untuk anak anda bermain dan meneroka. Bangga menjadi rumah kedua anak anda, sekolah ini mengambil pendekatan bukan tradisional dalam memupuk kanak-kanak. Hanya rangka kerja dan kaedah pembangunan kanak-kanak yang terbaik dan terkini yang digunakan di sekolah ini seperti pengalaman bilik darjah Amerika dan pengajaran yang disepadukan dengan teori Multiple Intelligence oleh Howard Gardner.

Para guru di sekolah ini berdedikasi dan bersemangat ketika berurusan dengan anak-anak kecil, dan pelajaran yang dirancang dengan teliti oleh guru-guru untuk memastikan pembelajaran menyeronokkan untuk anak-anak. Taman permainan indoor, laman luas, sudut membaca, dan banyak bahan pengayaan memastikan setiap kanak-kanak di Little Tillage berasa seronok sepanjang di sekolah. Little Tillage komited untuk menyiapkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran yang boleh digunakan sepanjang hayat.

Baca Selanjutnya

Little Tillage, The Hub SS2

B-G-02, B-M-02, B-M-03, B-01-02, The Hub SS2, No. 19 Sentral, Jalan Harapan, Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor 46300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Sri Nobel, Damansara Jaya

Nobel Early Years adalah prasekolah yang menawarkan sistem pendidikan Fungates untuk kanak-kanak berumur antara 36 bulan hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2006, Nobel Early Years berusaha untuk memupuk perkembangan sihat setiap anak individu; membentuk hati mulia dan minda mulia di kalangan anak-anak hari ini dengan penekanan terhadap pemikiran kritis, membuat keputusan dan kreativiti.

Pendidik di Nobel Early Years dipilih secara berhati-hati dan sangat berkelayakan serta mempunyai pengalaman kerja minimum dua tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan batu bata 3 tingkat yang luas di kawasan berpagar. Bilik darjah dipenuhi dengan bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur untuk menyokong pembelajaran tematik. Beberapa kawasan penemuan (discovery areas) juga telah disediakan untuk kanak-kanak untuk mengakses dan meneroka sepanjang hari.

Baca Selanjutnya

Nobel Early Years, Damansara Jaya

No 43, Jalan SS22/41, Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Polaris Prasekolah menjadikan tanggungjawab mereka untuk membimbing kanak-kanak melalui dunia penerokaan. Selaras dengan nama sekolah, atau yang lebih dikenali sebagai North Star, Polaris Preschool melihat diri mereka sebagai peneraju yang sentiasa menggalakkan peneroka muda untuk membina keperibadian yang seimbang dengan minda yang aktif dan berwibawa.

Kurikulum di sekolah ini menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk menyediakan cara yang lebih kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan masyarakat dan dunia. Ia bertujuan menyediakan kanak-kanak dengan pendidikan masa depan yang berpandukan Kaedah Pendidikan Eduwis. Rangka kerja serba lengkap mendidik ‘whole child’ berdasarkan teori dan falsafah perkembangan anak yang penting dari 8 pendidik terkenal.

Guru menegaskan kepentingan pembelajaran melalui penerokaan dan eksperimen, dan bukan melalui pembacaan secara tradisional. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bertema nautika dan persekitaran yang kondusif yang menjadikan kanak-kanak berfikiran secara kritis dan berdikari ketika menyelesaikan masalah. Dengan sistem makan tengah hari sekolah yang seimbang yang direka khas oleh bekas presiden Persatuan Dietit Malaysia, semua kanak-kanak pasti menuju kejayaan dalam kehidupan.

Baca Selanjutnya

Polaris Preschool, Seksyen 17, Petaling Jaya

No. 1, Jalan 17/52, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor 46400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ditubuhkan sejak tahun 1961, tadika bersejarah ini telah menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada beberapa generasi keluarga di kawasan kejirananini. Sekolah ini bercita-cita untuk memupuk setiap kanak-kanak agar menjadi individu yang berdikari dan bertanggungjawab dengan sikap belajar positif.

Subjek di sini diajar dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu & Cina, dan walaupun tadika menawarkan asas pembelajaran yang kukuh dalam akademik, kemahiran hidup dan nilai moral juga ditekankan secara sama rata di sini. Di samping itu, aktiviti pengayaan seperti bengkel dan lawatan lapangan diadakan sepanjang tahun.

Ruang tadika yang serba lengkap dan luas ini digunakan dengan baik dengan membenarkan kanak-kanak belajar dalam persekitaran yang sesuai dengan usia mereka. Contohnya, kanak-kanak dalam program taska berada dalam persekitaran yang direka untuk menggalakkan kanak-kanak bersosial dan bermain dalam kalangan mereka dan bagi kanak-kanak dalam program prasekolah, bilik darjah dihias secara formal untuk membolehkan guru dan kanak-kanak mengajar dan belajar dalam persekitaran bilik darjah yang formal. Dengan program berstruktur yang terbukti, pastinya kanak-kanak yang mendaftar di Tadika Puei Chee bersedia untuk beralih ke sekolah rendah dengan lancar.

Baca Selanjutnya

Puei Chee Kindergarten, Petaling Jaya

No. 478, Jalan 17/17, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor 46400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Rise N Shine SS2 merupakan prasekolah Montessori yang memupuk anak-anak untuk ‘Rise N Shine’ seperti bintang yang terang! Kanak-kanak terdedah kepada asas pendidikan terbaik dari awal lagi.

Kanak-kanak dibimbing dengan kekuatan unik mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti seni dan kraf, memasak, permainan deria, muzik dan pergerakan, aktiviti fizikal dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahan tersedia dan kepakaran guru membolehkan setiap kanak-kanak mengasah keupayaan mereka. Program Montessori juga selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Terdapat ruang yang sesuai untuk aktiviti kumpulan, kawasan di mana kanak-kanak boleh memilih untuk bekerja secara berdikari dan juga ruang luar di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam ‘active play’. Ruang-ruang tersebut selesa dan menarik, dengan pencahayaan semulajadi untuk membantu kanak-kanak merasa tenang. Kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya yang tidak terlalu serius turut selesa dalam persekitaraan Montessori ini.

Baca Selanjutnya

Rise N Shine Childcare Centre, SS2

No. 44a & 46a, SS2/10, SS2, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder Malaysia berusaha untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka melalui kaedah-kaedah inovatif berdasarkan kaji selidik yang terbukti. Sekolah tiga Bahasa ini untuk kanak-kanak berumur 2.5 hingga 6 tahun terkenal untuk pendidikan berkualiti, selamat, dan prihatin terhadap kanak-kanak, di mana mereka disediakan untuk menghadapi alam persekolahan, pekerjaan, dan kehidupan pada masa depan. Kanak-kanak boleh berkembang dalam persekitaran yang terbuka dan menerima idea-idea baharu, serta menghormati keunikan setiap individu.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, Taman Sea, Selangor

No. 1, Jalan SS23/9, Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Sejuta Kasih, SS2 menawarkan persekitaran prasekolah yang selamat dan aman untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Bidang pembelajaran utama dalam kurikulum merangkumi bahasa, matematik, sains, seni dan kraf, muzik, perkembangan fizikal dan moral. Penekanan diberikan untuk program pembacaan satu ke satu (1 to 1)- program literasi yang memastikan kanak-kanak mahir berbahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina. Selain memberi manfaat kepada pembaca yang menghadapi kesukaran, pengaturan satu ke satu ini sangat berkesan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran seperti disleksia atau keperluan khas lain. Mereka juga mahu anak-anak memperoleh daya saing dalam dunia yang semakin kompetitif ini dengan mengintegrasikan program pengekodan awal dalam kurikulum.

Sebagai perkhidmatan yang lebih kecil, mereka dapat menyediakan program yang benar-benar diperibadikan berdasarkan keperluan individu anak-anak. Ibu bapa menghargai hubungan rapat antara sekolah dan anak-anak. Menyaksikan ibu bapa memberikan kerjasama kepada sekolah secara kolaboratif terutama ketika waktu krisis, dari segi bayaran dan peralihan ke pembelajaran dalam talian adalah sesuatu yang baru, dan menjadi ukuran utama kejayaan sekolah.

Baca Selanjutnya

Tadika Sejuta Kasih (TSK), SS2

No. 2, Jalan 19/32, Seksyen 19, SS2, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Taska Ceritamu bertempat di lot tepi yang luas di SS 5, Kelana Jaya. Mereka menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan playschool untuk bayi dan anak kecil, dari usia 1 hingga 4 tahun.

Ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke sini untuk program seharian yang melibatkan jadual pembelajaran pada waktu pagi dan perkhidmatan penjagaan anak yang menyeronokkan dan santai selepas itu. Pusat ini juga menyediakan makanan berkhasiat dan pelbagai untuk anak-anak.

Taska Ceritamu menggunakan Program FunGates, sistem pendidikan terkenal dan dipercayai lebih dari 30 tahun, dan digunakan di lebih dari 100 sekolah. Sistem ini berkisar pada pembelajaran kritis dan kreatif untuk kanak-kanak yang menyeronokkan dan bermakna.

Baca Selanjutnya

Taska Ceritamu, Kelana Jaya

No. 20, Jalan SS5C/5, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


YGLR, SS2 menggabungkan pendekatan holistik untuk pendidikan dan perkembangan anak yang disokong oleh kurikulum yang kuat. Pembelajaran luar dan eksplorasi perkara-perkara baru melalui banyak pengalaman ‘hands-on’ adalah sesuatu yang berharga dari kurikulum yang ditawarkan di sini. Atas sebab ini, keselamatan sangat penting. Bahkan sebelum wabak COVID-19, guru mengambil langkah untuk memastikan semua persekitaran pembelajaran bebas dari risiko yang dapat dicegah.

Ciri pra-pendaftaran yang unik dan bermanfaat yang dilalui oleh kanak-kanak sebelum memasuki sekolah adalah penilaian dan rundingan bakat dan potensi yang dilakukan oleh pakar psikologi kanak-kanak, Encik Walter Tan. Beliau menganalisis keperibadian, pemilihan cara pembelajaran dan corak tingkah laku setiap kanak-kanak. Dengan pemahaman ini, guru kemudian dapat memperibadikan pembelajaran mengikut gaya dan kekuatan unik kanak-kanak dengan tepat. Para guru berusaha sedaya upaya untuk memberikan kesejahteraan kanak-kanak agar mereka menjadi kanak-kanak yang cerdas, optimis dan bertenaga yang sentiasa ditekankan melalui semangat pendidikan "Sunshine Li Ren".

Baca Selanjutnya

YGLR, SS2 (Tadika Cahaya Merah)

No. 1, Jalan SS2/54, SS2, SS2, Petaling Jaya, Selangor 47300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.