by on 21/08/2019 1669
Rise N Shine Childcare Centre adalah sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang memberi penekanan khusus terhadap perkembangan fikiran, hati dan imaginasi setiap kanak-kanak. Di Rise N Shine, setiap kanak-kanak dihormati sebagai seorang individu yang unik. Berasaskan kajian dan pedagogi Maria Montessori, kanak-kanak dipupuk untuk mengenali potensi sebenar mereka. Kurikulum yang diajar pula berupaya memupuk mereka untuk melakukan penerokaan, mencetus minat dan daya kreativiti mereka, di samping menyediakan mereka akan dunia persekolahan selepas prasekolah. Pembelajaran di Rise N Shine adalah bebas; berlaku dalam kumpulan-kumpulan pelajar yang kecil. Pembelajaran sebegini sedikit sebanyak memupuk keyakinan diri dan keperibadian yang positif. Setiap kanak-kanak di Rise N Shine belajar untuk bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah. Mereka juga diajar untuk menghormati diri mereka serta orang lain di sekeliling mereka.
Ruang khusus serta persekitaran yang terancang di Rise N Shine, berupaya menginspirasi kanak-kanak di situ untuk terus belajar. Bilik-bilik darjah terbuka serta luas. Terdapat ruang yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan; kanak-kanak boleh memilih apa yang hendak dia belajar secara bebas. Kanak-kanak juga boleh pergi ke ruang luar dan bermain. Reka bentuk bilik darjah yang unik serta susunan meja dan kurusi di situ juga tidak konvensional. Kanak-kanak mempunyai pilihan untuk memilih di mana mereka hendak duduk dan belajar. Saiz meja dan kerusi di situ telah ditempah mengikut saiz dan tinggi mereka. Terdapat rak-rak yang dipenuhi dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Tedapat ruang membaca di mana kanak-kanak boleh duduk dan membaca dengan selesa. Pencahayaan yang baik menjadikan pusat Rise N Shine sebagai tempat yang lebih selesa, di mana kanak-kanak berasa seperti mereka sedang berada di rumah. Kanak-kanak istimewa di situ juga suka berada Rise N Shine.
Kurikulum Montessori yang ditawarkan di Rise N Shine diajar mengikut aspirasi kurikulum Standard Prasekolah Negara. Ia mendedahkan kanak-kanak kepada bidang perkembangan awal kanak-kanak - Kehidupan Praktikal, Sensorial, Bahasa (Fonetik Jolly, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin), Matematik, Budaya serta sebarang cabang ilmu untuk kanak-kanak memahami dunia. Penekanan diberikan kepada usaha pemahaman konsep dan proses dan bukannya bergantung kepada kemahiran menghafal fakta semata-mata. Kanak-kanak dibimbing berdasarkan kekuatan unik mereka yang tersendiri melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti seni dan kraf, memasak, bermain berasaskan deria, muzik dan pergerakan oleh Gloria Music, eksperimen sains mudah, aktiviti fizikal, dan banyak lagi. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk meluahkan buah fikiran mereka menerusi pertunjukan seni dan sesi ceramah. Kanak-kanak belajar mengikut kelajuan dan kemampuan mereka sendiri. Kanak-kanak belajar bergerak dari satu aspek pembelajaran ke satu aspek pembelajaran yang lain mengikut kemampuan mereka. Kewujudan pelbagai jenis bahan pembelajaran, besertakan didikan guru-guru yang berdedikasi, di Rise N Shine, kanak-kanak belajar mengikut tahap mereka sendiri.
Persekitaran yang sedia untuk diteroka serta hubungan dengan komuniti dijaga, adalah sebahagian besar yang menyokong kurikulum Montessori mereka. Lawatan sambil belajar sering dianjur, 2 kali setahun dalam usaha untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran mereka dalam semua aspek kokurikulum.
Pusat sentiasa berusaha untuk mewujudkan budaya bermasyarakat di kalangan kanak-kanak dan keluarga mereka melalui acara keluarga dan bengkel khas sepanjang tahun. Terdapat banyak perayaan untuk kanak-kanak boleh mengambil bahagian. Terdapat banyak juga acara amal di mana ibu bapa boleh membuat sumbangan.
Pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak di Rise N Shine Childcare Centre akan memberi mereka kelebihan yang lebih besar apabila mereka melangkah masuk ke tempat pembelajaran yang seterusnya. Kanak-kanak terdedah kepada pendidikan yang berkualiti dari awal lagi. Kejayaan Rise N Shine datang dari kanak-kanak gembira, guru-guru gembira yang gembira dan ibu bapa yang berpuas hati.