by on 17/07/2019 2083
Sorotan Utama |
|
Tadika Puei Chee mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Tadika ini ditubuhkan pada tahun 1961 dan sentiasa komited terhadap membekalkan pendidikan awal kaank-kanak yang bermutu tinggi.
Semenjak tadika ini dibuka, lebih kurang 10,000 pelajar telah belajar di Tadika Puei Chee, malah sebilangan besar dari keluarga-keluarga ini mungkin telah menghantar lebih dari seorang anak ke tadika tersebut.
Terletak di kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya, tadika ini dulunya terletak di sebuah bangunan lama sebelum berpindah ke bangunan lain yang lebih moden dan cantik. Ruang baru ini direka dengan teliti untuk membekalkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk kanak-kanak, dengan persekitaran yang ceria dan nyaman, sesuai untuk pelajar yang belajar di situ.
Tadika Puei Chee sentiasa didorong oleh kepercayaan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk sikap positif dan minat terhadap pembelajaran, bukan sahaja secara akademik tetapi juga perkembangan kognitif serta pembangunan sosial & emosi.
Adalah matlamat dan aspirasi kami untuk memupuk sikap positif dalam setiap kanak-kanak di sini supaya mereka menjadi seorang individu yang bebas, berkeyakinan dan bertanggungjawab. - Pengetua, Puan Ting
Program-program pendidikan di Tadika Puei Chee Kindergarten diajar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kanak-kanak diajar oleh barisan pendidik yang berdedikasi. Tadika Puei Chee menyediakan asas pembelajaran yang kukuh, merangkumi semua bidang kurikulum. Di sini, penekanan diberikan kepada akademik, kemahiran menyelesaikan masalah dan pembinaan karakter.
Guru sentiasa memberikan yang terbaik dalam usaha memupuk rutin persekolahan. Dalam masa yang sama, kanak-kanak belajar untuk memberi tumpuan, berinteraksi dan berkawan. Dalam usaha memperkayakan lagi pengalaman prasekolah kanak-kanak di situ, Tadika Puei Chee menganjur acara dan lawatan sambil belajar seperti karnival sekolah dan lawatan ke ladang, zoo, kilang, bengkel dan sebagainya.
Kaedah pengajaran kami sentiasa berubah, progresif mengikut keperluan kanak-kanak hari ini. Dalam masa yang sama, program-program pendidikan kami diajar mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan. Pendididik di sini adalah mereka yang sangat berdedikasi, berpengalaman dan sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. - Pengetua, Puan Ting
Tadika Puei Chee beroperasi dalam premis yang telah direka dengan teliti untuk pembelajaran optimal. Bilik-bilik darjah di situ cerah, luas dan mempunyai pengudaraan yang baik. Peralatan dan bahan pembelajaran telah dipilih dengan teliti, mudah diakses oleh kanak-kanak; serta berupaya merangsang minat mereka untuk melakukan eksplorasi.
Corak susunan dan kaedah pengajaran di Tadika Puei Chee berbeza mengikut umur kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berusia empat tahun, mereka digalakkan untuk bersosial dan bermain. Maka, kanak-kanak boleh bermain di samping belajar dan mengembangkan kemahiran-kemahira asas seperti deria, motor halus, penyelesaian masalah dan kemahiran bersosial.
Untuk sesi pra-sekolah pula untuk kanak-kanak lima dan enam tahun, bilik darjah lebih berstruktur untuk membolehkan guru-guru dan kanak-kanak untuk mengajar dan belajar dalam persekitaran bilik darjah yang formal. Ini membenarkan progres yang semulajadi bagi menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah rendah. Tadika Puei Chee bercita-cita untuk terus menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.