by on 05/02/2024 1553
Sorotan Utama |
|
Small Wonder bertujuan untuk membantu kanak-kanak merealisasikan seluruh potensi mereka melalui kaedah inovatif berdasarkan penyelidikan yang kukuh kerana masa depan masyarakat kita bergantung kepada apa yang anak belajar hari ini.
Sekolah tri-bahasa ini yang menawarkan pembelajaran berkualiti, selamat dan sangat menitikberatkan kanak-kanak ini adalah untu si kecil dalam lingkungan umur 2.5 tahun sehingga 6 tahun.
Ibu bapa dan keluarga mempercayai Small Wonder untuk mendidik dan memupuk anak-anak mereka sejak penubuhannya kerana:
Tadika ini bukan hanya memenuhi keperluan pembelajaran tempatan, malah turut membantu kanak-kanak untuk bersedia ke sekolah rendah daripada segi akademik. Program-program yang dianjurkan di sini selaras dengan penyelidikan pembelajaran yang dibuat dan dimodifikasikan bersesuaian dengan pembesaran kanak-kanak di Malaysia. Jadual harian di sini merangkumi pelbagai program yang berbeza untuk menggalakkan kefahaman yang kukuh terhadap literasi, numerasi, seni dan aktiviti fizikal. Pembelajaran yang terancan dan bermakna dapat membantu kanak-kanak menggunakan fungsi eksekutif mereka (daya ingatan yang kuat dan fleksibiliti mental) dan kemahiran diri. Apabila tiba waktu untuk melangkah ke hadapan, kanak-kanak ini akan mempunyai keperluan akademik yang diperlukan.
Di tadika ini, kanak-kanak belajar dalam satu kumpulan kecil dengan konsep yang terbuka. Keupayaan mengenali ABC dan mengira 123 tidak dapat menjamin kejayaan masa depan mereka. Oleh itu, para guru menggalakkan kanak-kanak di sini untuk meneroka persekitaran dan mencabar mereka melalui soalan terbuka. Melalui pengalaman pembelajaran seperti ini, perkembangan komunikasi, kreativiti, kemahiran berfikir secara kritikal dan kerjasama mereka dapat dipupuk. Hal ini berupaya untuk menyediakan kanak-kanak untuk kejayaan masa depan mereka dalam kerjaya dan juga kehidupan.
Para guru menggalakkan kanak-kanak untuk mempunyai keinginan meneroka apa jua minat kanak-kanak sama ada memasak, melukis, menulis dan menyanyi. Galakan supaya kanak-kanak membuat keputusan mereka sendiri dan meneroka minat masing-masing dapat melatih mereka menjadi lebih berkeyakinan dan sedar akan kemampuan untuk melahirkan rasa cinta terhadap pendidikan sepanjang hidup.
Dalam kehidupan seharian di Small Wonder, guru-guru akan memastikan keperluan utama dan emosi kanak-kanak dipenuhi. Persekitaran di sini adalah terbuka kepada idea baru dan menghargai keunikan individu. Sejak kecil lagi, kanak-kanak di sini diajar bahawa mereka boleh belajar dan melakukan apa sahaja asalkan mereka fokus serta berusaha, tidak kiralah siapa mereka, apa yang mereka lakukan, apa yang mereka rasakan atau di mana sahaja mereka berada. Kesemua individu di tadika ini bertanggungjawab untuk membantu sesama sendiri, baik kanak-kanak mahupun dewasa.
Small Wonder mengamalkan pendekatan pembelajaran berdasarkan perkembangan semula jadi kanak-kanak dan pendekatan yang memupuk keinginan dalaman mereka untuk belajar. Para guru dilatih untuk memahami dan pertimbangkan keseluruhan perkembangan kanak-kanak, bukan sekadar mengeja ABC dan mengira 123 demi memuaskan hati ibu bapa mereka. Pembelajaran seperti ini dapat membawa kanak-kanak ke arah menjadi pelajar yang bermotivasi dan berkeyakinan, dengan asas kukuh untuk membina kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.