on 18/12/2024 26
Sorotan Utama |
|
Sebahagian daripada jenama MRC Education Group yang terkemuka, 3Q™ MRC Toddlers merupakan pusat penjagaan kanak-kanak dan nurseri untuk bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, dengan program yang khusus pendidikan minda secara menyeluruh.
Seperti program-program MRC yang lain, kurikulum di sini mengambil inspirasi dari teori kepelbagaian kecerdasan oleh Howard Gardner, dan bertujuan untuk membantu kanak-kanak berkembang dalam pelbagai aspek – sama ada dari segi bahasa, logik-matematik, muzik, visual-ruang, mahupun kecerdasan naturalis.
Tahun-tahun awal merupakan masa yang paling kritikal dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Di 3Q™ MRC Toddler, ibubapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke sini, kerana segala kanak-kanak akan dipenuhi, bukan sahaja dari segi keperluan asas tetapi juga perkembangan menyeluruh mereka.
Pusat ini mengamalkan kurikulum 3Q™, sebuah pendekatan yang komprehensif dan berdasarkan kajian, yang bertumpukan proses pembelajaran melalui pengalaman dan juga aktiviti praktikal. Melalui rutin yang berstruktur dan suasana yang ramah, kanak-kanak dapat mencapai sasaran perkembangan yang diingini, di samping menerapkan rasa cinta terhadap ilmu yang semulajadi.
Selain itu, program ini membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran hidup dan mengalakkan sifat berdikari dan keyakinan, iaitu nilai-nilai yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.
Kemajuan kanak-kanak diukur secara beransur: sebagai contoh, bayi dan kanak-kanak dalam kumpulan T1 (umur 6 hingga 12 bulan) terlibat dalam banyak aktiviti berasaskan permainan yang mengalakkan penerokaan deria, kemahiran motor dan kebolehan kognitif. Sementara itu, kanak-kanak di peringkat T4 (25 hingga 36 bulan) bersedia untuk program 3Q™ MRC Junior, sekiranya mereka memilih untuk meneruskan pembelajaran mereka dengan 3Q MRC pada usia 4 hingga 6 tahun.
Kurikulum akademik |
|
Program pengayaan |
|
Perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan |
|
Penguasaan Kemahiran hidup |
|
Projek seni dan kraf, sesi bercerita interaktif, dan pembelajaran berasaskan permainan merupakan teras kurikulum di sini. Selain itu, nilai-nilai moral seperti kasih sayang, kesabaran, dan kerjasama juga diterap dalam aktiviti seharian kanak-kanak bagi membentuk peribadi yang baik.
Semua pusat 3Q™ MRC Toddler direka khas untuk mewujudkan suasana yang mengalu-alukan, selamat, dan merangsangkan minda kanak-kanak. Bilik-bilik darjah yang luas dilengkapi dengan perabot dan bahan-bahan yang sesuai bagi memenuhi rasa ingin tahu yang semulajadi dalam diri kanak-kanak kecil. Warna yang terang dan ceria juga mengalakkan mereka untuk melakukan penerokaan sendiri.
Kawasan permainan dalaman membekalkan tempat yang selamat untuk menjalankan aktiviti fizikal yang menyokong perkembangan daya motor kasar, manakala ruang yang tenang membolehkan kanak-kanak untuk berehat dan menumpukan perhatian mereka. Pusat ini mengamalkan standard kebersihan dan keselamatan yang tinggi supaya keselamatan kanak-kanak sentiasa terjaga.
Untuk kanak-kanak dalam program penuh seharian, mereka diberi makanan yang seimbang dan penuh nutrisi, dan masa yang secukupnya untuk berehat – semua aspek yang penting untuk memastikan perkembangan yang sihat.
Kanak-kanak yang sangat kecil memerlukan kasih sayang dan kesabaran. Itulah sebabnya 3Q™ MRC Toddler hanya menggaji pengasuh dan pendidik yang berdedikasi dan terlatih. Nisbah bilik darjah yang rendah memastikan bahawa mereka boleh memberikan perhatian peribadi kepada setiap kanak-kanak.
Dengan membina hubungan yang kukuh dan positif, kanak-kanak berasa selamat dan terjamin dalam suasana yang mementingkan kepercayaan. Pendidik juga bekerjasama rapat dengan ibu bapa, berkongsi pandangan tentang kemajuan setiap kanak-kanak dan menawarkan panduan untuk melanjutkan pengalaman pembelajaran di rumah.
Program 3Q MRC Toddler adalah program yang menyeluruh, dan mereka bukan sekadar menawarkan khidmat penjagaan harian sahaja. Tumpuan diberikan terhadap perkembangan holistik kanak-kanak semasa tahun-tahun awal mereka, membantu kanak-kanak kecil mencapai tahap perkembangan yang sesuai dan menyediakan mereka untuk peralihan yang lancar ke prasekolah.