on 18/12/2024 24
Sorotan Utama |
|
Setiap kanak-kanak berhak mendapat zaman kanak-kanak yang bahagia dan sihat, dipenuhi dengan keseronokan dan kegembiraan dalam pembelajaran mereka. Di 3Q MRC Junior, semua matlamat ini dapat dikecapi.
Sebahagian daripada jenama MRC Education Group, 3Q MRC Junior merupakan prasekolah terkemuka dengan program yang direka khas untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Sistem 3Q™ mereka yang unik bertumpukan pelbagai bidang perkembangan – termasuklah kemahiran kognitif dan bahasa, serta perkembangan emosi dan sosial – dan menggabungkan pembelajaran akademik dengan pendekatan yang inovatif bagi mengalakkan rasa ingin tahu serta membina asas yang kukuh.
Teras program 3Q MRC Junior adalah kaedah 3Q™ yang mengintegrasikan pembelajaran secara tematik dan berdasarkan aktiviti bagi mengalakkan perkembangan minda secara menyeluruh.
Ia direka berdasarkan “Pendekatan Pengajaran Formula 9” – sebuah teknik pengajaran yang berasaskan teori kecerdasan pelbagai oleh professor Universiti Harvard, Howard Gardner, yang sememangnya terkenal dalam bidang dan kajian pendidikan. Beberapa bidang teras termasuklah bahasa, logik-matematik, muzik, dan perkembangan interpersonal dan intrapersonal.
Program ini dibahagikan kepada 7 subjek dan 3 kumpulan umur (J2-J4), dan setiap semester berlangsung selama lima bulan. Kanak-kanak meneroka subjek melalui alatan pembelajaran seperti kad Flazzle, Super Memory Maps, dan sesi bercerita interaktif, semuanya direka khas untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan juga efektif.
Kurikulum pelbagai bahasa mereka bertumpukan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin, bagi memastikan kanak-kanak dapat menguasai pelbagai bahasa dari umur yang kecil lagi. Ia juga menyediakan mereka untuk peringkat seterusnya, sama ada mereka ke sekolah rendah kebangsaan mahupun sekolah antarabangsa.
Matematik pula diajar melalui permainan logik dan teka teki bagi mengalakkan pemikiran analitik. Manakala daya imaginasi dan kreativiti pula dipupuk melalui projek praktikal, aktiviti drama, sesi muzik, dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sekadar menyeronokkan tetapi juga membantu kanak-kanak meluahkan eskpresi mereka dan memupuk keyakinan. Lebih penting lagi, program ini mengintegrasikan pendidikan moral dan keperibadian juga, berlandaskan nilai-nilai seperti kerjasama, empati, dan hormat menghormati – semuanya kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian.
Setiap prasekolah 3Q MRC Junior direka untuk membekalkan persekitaran yang selamat dan merangsangkan untuk kanak-kanak. Bilik-bilik darjah dihias dengan terang dan dilengkapi dengan bahan-bahan dan alatan pembelajaran yang sesuai.
Sudut membaca, sudut permainan sensori, dan taman permainan luar memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Pusat-pusat 3Q MRC Junior mengikut protokol keselamatan dan kebersihan yang tegas, jadi ibubapa boleh berasa lega untuk menghantar kanak-kanak mereka ke sekolah. Pihak sekolah juga membekalkan makanan yang bernutrisi setiap hari.
3Q MRC Junior turut melibatkan ibubapa dalam pendidikan anak-anak mereka. Kemas kini dan laporan kemajuan dihantar melalui applikasi mobil. Pihak sekolah juga kerap mengadakan bengkel dan Hari Keluarga, supaya ibubapa berpeluang untuk mengenali guru-guru anak-anak mereka, di samping membina semangat komuniti.
Program 3Q MRC Junior membekalakn pendidikan yang menyeluruh yang menyimbangkan akademik dan kemahiran hidup yang penting, menjadikan jenama ini pilihan yang bernas dalam kalangan ibubapa. Dengan kurikulumnya yang menarik, suasana yang positif, serta guru-guru yang berdedikasi, 3Q MRC Junior memastikan kanak-kanak dilengkapi dari segi akademik mahupun segi sosial.