by on 27/05/2024 1958
Sorotan Utama |
|
Terletak di sebuah taman perumahan yang tenteram di Petaling Jaya, Beaconhouse Newlands Early Years, SS2 merupakan contoh terbaik sebuah prasekolah antarabangsa yang berkualiti.
Kampus sekolah yang luas terletak di Jalan SS2/44 dan terdiri daripada bangunan tiga tingkat yang dikelilingi halaman yang luas.
Reka bentuk sekolah direka khusus untuk mewujudkan suasana yang mengalu-alukan dan kondusif untuk pembelajaran, seperti ruang legar yang besar siap dengan tingkap berwarna-warni, dan juga bilik darjah yang dipenuhi pameran-pameran dan bahan-bahan pembelajaran yang interaktif. Kemudahan-kemudahan yang lain termasuklah perpustakaan, bilik S.T.E.A.M, dan TV pintar di setiap tingkat sekolah.
BNEY SS2 menawarkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) yang berkualiti untuk kanak-kanak dari usia 18 bulan hingga lima tahun, dan kurikulum Cambridge Primary untuk kanak-kanak berusia enam tahun.
Ciri utama EFYS adalah sudut belajar di setiap kelas yang merangkumi tujuh bidang pembelajaran:
Perkembangan peribadi, sosial, dan emosi
Perkembangan fizikal
Bahasa dan komunikasi
Literasi
Matematik
Pemahaman dunia
Seni dan kraf ekspresif
"Cara terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak adalah melalui aktiviti hands-on, sesuatu yang ditekankan oleh EYFS," kata pengetua sekolah, Cik Vivian Pereira (gambar di atas), yang mempunyai pengalaman melebihi tiga dekad dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah di beberapa sekolah antarabangsa.
Matlamat pendidikan memberi tumpuan kepada persediaan untuk menghadapi tahap pembelajaran yang seterusnya, melalui gabungan aktiviti yang dibimbing guru dan juga aktiviti berteraskan kanak-kanak, di mana mereka dihormati sebagai individu yang unik dan mempunyai autonomi untuk meneroka minat sendiri.
"Matlamat pendidikan dinyatakan pada setiap peringkat perkembangan, dan tugas kami(sebagai guru) adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat mencapai matlamat-matlamat ini melalui aktiviti yang disediakan mengikut tahap kemajuan masing-masing. Pendekatan ini lebih kepada pendekatan peribadi," jelas Cik Vivian.
"Pada masa yang sama, kami ingin kanak-kanak kami berasa gembira semasa belajar. Tiada elemen paksaan, dan kanak-kanak diberikan kebebasan sama ada mereka mahu menyertai aktiviti yang disediakan atau tidak. Jika mereka tidak ingin menyertainya, kami fleksibel untuk melakukannya pada hari yang lain," jelas Cik Vivian.
Kurikulum untuk murid-murid lima tahun menggabungkan elemen dari kurikulum EYFS dan Campridge Primary. Ini memudahkan peralihan dari EFYS yang bertumpukan pendekatan secara bermain, kepada silibus Cambridge yang lebih berunsur akademik.
Meskipun pendekatan Cambridge lebih cenderung kepada pelajaran formal, Cik Vivian berkata bahawa pelajar-pelajar tidak hanya membaca buku teks atau menghafal, tetapi masih terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. "Sebagai contoh, dalam kelas bahasa, kami akan mengadakan sesi roleplay berdasarkan buku yang sedang mereka baca. Ia menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, dan lebih senang untuk kanak-kanak mengaitkan kandungan pelajaran mereka ke dunia sebenar," kata beliau.
Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak mengaplikasikan apa yang telah dipelajari secara lebih autentik, dan memupuk pemahaman yang dalam terhadap konsep di dunia sebenar. Hal ini akan membantu mereka memupuk pemikiran fleksibel dan rasa ingin menimba ilmu secara semulajadi.
Pendidikan jasmani adalah satu keperluan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Oleh sebab itu, BNEY SS2 menyediakan ruang-ruang yang luas, di mana kanak-kanak boleh berlari, bermain, dan melakukan penerokaan.
Salath satu ciri utama luaran sekolah ini adalah kolam renangnya yang luas, yang dilengkapi dengan pondok dan juga kawasan kolam yang lebih cetek untuk kanak-kanak yang kecil.Kelas berenang tertakluk dalam jadual waktu mingguan dan dikendalikan oleh jurulatih profesional di bawah jagaan guru-guru kelas. Terdapat juga kelas gim, dan irama dan pergerakan.
Untuk mengayakan lagi pengalaman kanak-kanak di sini, sekolah menawarkan pelbagai aktivti pengayaan, termasuklah kelas pengayaan Bahasa Mandarin pada setiap Selasa dan Jumaat, Taekwondo pada hari Rabu, dan tarian moden pada hari Khamis. Kelas robotik kini dalam perancangan.
Selain itu, sekolah turut mengadakan lawatan sambil belajar supaya kanak-kanak didedahkan kepada komuniti sekeliling mereka dan juga dunia luar. Rombongan biasanya bertemakan tema-tema yang telah diajar di sekolah: contohnya, kanak-kanak mungkin melawat ke zoo untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang haiwan-haiwan yang berlainan, yang akan membantu mereka mengaitkan konsep dunia sebenar dengan pelajaran di bilik darjah.
Tidak mudah untuk mendidik seorang kanak-kanak, oleh itu BNEY SS2 seringkali melibatkan ibubapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Cik Vivian menegaskan kepentingan rasa kepercayaan dan komunikasi yang terbuka di antara ibubapa dan pihak sekolah.
Ibu bapa dikemaskini setiap minggu melalui applikasi LittleLives, dan sekolah juga mengadakan acara-acara seperti sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa, di mana para ibubapa dijemput untuk menyertai aktiviti yang menarik bersama anak-anak mereka di sekolah.
Dari segi pendidik sekolah pula, Cik Vivian memilih para guru-gurunya dengan teliti. Kesemua guru-guru di sekolah ini memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, manakala penolong guru pula memiliki sekurang-kurangnya ijazah diploma. Memberi keutamaan kepada aspek keselamatan, guru-guru telah menerima latihan kursus keselamatan (Safeguarding Lead - DSL) dan juga terlatih dalam kursus perlindungan kanak-kanak dan cara-cara menangani isu-isu yang berkaitan.
Prasekolah yang berlainan akan membawa manfaat dan cara tersendiri, tetapi apa yang membezakan BNEY SS2 adalah komitmen mereka terhadap kualiti pendidikan yang tinggi, di samping mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif, gembira, dan sihat.
Kemajuan dari tahap ke tahap, dari EFYS ke Cambridge Primary yang lebih berunsur akademik, sangat lancar, jadi kaank-kanak menerima pendidikan secara menyeluruh dan sedia menghadapi alam sekolah rendah. Ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan pedagogi pendidikan yang mantap, BNEY SS2 sememangnya contoh terbaik misi Beaconhouse Newlands, iaitu memupuk minda-minda muda untuk menjadi pemimpin global yang berdikari.