by on 22/03/2022 737
Sorotan Utama |
|
Casa Bambini Early Childcare Centre, PJ Midtown Seksyen 13 merupakan dunia kecil yang menawan dalam memberi bimbingan dan pembelajaran khusus untuk kanak-kanak berumur 2 bulan sehingga 4 tahun. Diwarnai dengan pastil yang menenangkan, pastinya Casa Bambini menarik minat anak-anak untuk belajar, bermain dan berkembang dalam suasa yang selesa dan selamat. Dengan suasa yang menarik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, pusat pendidikan baharu ini memenuhi keperluan ibu bapa “urban” yang mencari pusat asuhan dan pendidikan berkualiti untuk anak-anak pada harga yang berpatutan. Pusat ini juga menawarkan "pick up " dan "drop off" anak-anak disamping memberi kemudahan yang efisien dan terjamin.
Di Casa Bambini, guru-guru dan pembimbing dipilih mengikut kelayakan, pengalaman dan berkemahiran tinggi. Ini adalah penting bagi memastikan kanak-kanak yang diasuh mendapat pendidikan yang sempurna sambil bermain dan bergembira. Dengan keseronokan yang dialami, kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan pembelajaran, peningkatan dan pencapaian kepintaran mengikut tahap kemajuan yang ditetapkan.
Melalui guru-guru yang berkemahiran dan program yang ditawarkan, Casa Bambini memupuk semangat pembelajaran yang tinggidan berkualiti.
Penerapan prinsip Reggio Emilia's dalam kaedah pendidikan memupuk minat kanak-kanak untuk belajar, di mana mereka belajar melalui pengalaman, penerokaan dan kebolehan untuk membuat pilihan yang sesuai adalah penting dalam membimbing hala tuju pembelajaran mereka. Mengikut kajian, pendedahan yang terbaik bermula dari bayi berumur 2 bulan selepas kelahiran untuk penyerapan ilmu, dan pemikiran kanak-kanak terus berkembang dengan cepat untuk beberapa tahun seterusnya.
Kami membimbing kanak-kanak dalam pelajaran, adab dan kemahiran sosial melalui permainan kreatif dan terancang. Pusat Asuhan Kanak-Kanak Awal Casa Bambini
Program-program di Casa Bambini memberi tumpuan kepada 8 bidang pembangunan utama, iaitu Literasi, Numerasi, Bahasa, Sensorial, Sains, Seni dan Muzik, Sosial dan Kemahiran Hidup, serta Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Kaji Selidik.
Casa Bambini memahami dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa untuk menyerahkan anak-anak mereka di sini. Justeru, dengan jururawat yang bertauliah, kami yakin untuk memberikan penjagaan yang terbaik dalam memastikan peralihan dari rumah kediaman ke pusat ini berjalan dengan lancar dan penuh kasih sayang.
Program yang disusun disesuaikan mengikut corak permainan yang menarik, dan anak-anak diberi penyusuan dan masa tidur yang cukup. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah mengikut keserasian setiap bayi, dimana kami akan memperkenalkan aktiviti mudah seperti mendengar lagu, aktiviti deria, waktu “tummy time”, kad imbasan dan bercerita, seterusnya menggalakkan perkembangan otak yang cerdas.
Apabila kanak-kanak mula meneroka, terdapat banyak perkara baru yang ditemui setiap hari. Sebagai kemudahan, pusat ini menyediakan perabot kecil dan rak-rak rendah, buku-buku dan mainan yang mudah untuk dicapai bagi memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan mengamati dengan selamat.
Pelbagai aktiviti disesuaikan mengikut minat dan rasa ingin tahu yang tidak terbatas. Seronoknya!
Dengan pelbagai aktiviti menarik, kanak-kanak akan belajar mengenal bentuk, menyusun bongkah, bercakap menggunakan telefon mainan, dan secara beransur-ansur kanak-kanak akan beralih kepada aktiviti yang membantu mengembangkan kemahiran sosial-emosi mereka, komunikasi, kemahiran motor, serta kemahiran hidup untuk lebih berdikari seperti pengurusan diri.
Apabila kanak-kanak mencapai tahap pra-sekolah, guru-guru akan melatih kanak-kanak pembelajaran sebenar didalam kelas. Untuk aktiviti harian, kanak-kanak akan bermain, membaca, bersoal jawab dan memperoleh ilmu dan pengetahuan baru melalui pengalaman pendidikan yang diajar seperti bahasa, matematik, sains dan kemahiran hidup seharian. Ini akan memastikan kanak-kanak mempunyai semangat untuk terus mempelajari perkara baru dan memupuk tabiat ingin tahu dalam membantu mereka terus berkembang maju di masa hadapan.
Setiap program direka dengan unik dilengkapi dengan kurikulum teras bagi mengisi aktiviti sepanjang hari. Manfaat program sepenuh masa dari rutin seharian merangkumi peluang pembelajaran aktif, rutin harian, ini termasuk waktu makan , waktu tidur siang, waktu bermain dan sebagainya. Rutin harian ini adalah untuk memastikan kanak-kanak berasa selamat dan tidak bertingkah laku diluar kawalan.
Dalam kurikulum ini juga, kami menerapkan kepentingan penyediaan menu sihat dan berkhasiat sebagai faktor penting dalam mempengaruhi pertumbuhan fisikal dan mental kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau jika kanak-kanak mempunyai alahan-alahan, kerana ini akan difaktorkan juga dalam menu. Setiap menu akan dikemaskinikan setiap 3 hingga 4 bulan supaya si kecil tidak rasa muak dengan makanan yang sama sepanjang masa. Tukang masak persendirian kami menggunakan bahan-bahan organik untuk menyediakan makanan yang seimbang. Si kecil yang paling cerewet akan menjadi berselera apabila makanan yang dihidangkan lebih sedap dan menarik.
Sebagai pusat perkembangan kanak-kanak, adalah menjadi fokus utama kami untuk mempraktikkan keselamatan dan kebersihan yang baik.Disini, kami telah memasang CCTV dibeberapa kawasan strategik untuk memantau aktiviti didalam kawasan, dan kanak-kanak yang sakit tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki kawasan pusat penjagaan ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan yang kecil untuk mengurangkan penyebaran wabak, rutin pembersihan dan sanitasi yang kerap, dan pembasmian kuman yang sering dilakukan demi menjamin keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.
Untuk keluarga yang mencari permulaan terbaik untuk si kecil anda, Casa Bambini adalah pilihan yang tepat. Komitmen dan dedikasi yang diberikan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan dan pengasuhan yang sempurna. Casa Bambina juga memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini samada melalui perbincangan secara bersemuka atau “online” dan pada hari ibubapa & guru. Dengan cara ini, kedua-dua pihak dapat memperkukuhkan hubungan dalam memberikan pengalaman dan persekitaran yang terbaik untuk memastikan kanak-kanak mencapai kebolehan yang berpotensi dan positif.