by on 09/12/2021 1173
Sorotan Penting |
|
Jika kegembiraan anda jelas apabila dikelilingi kanak-kanak, dan anda amat berkeinginan untuk melihat kanak-kanak berkembang dengan maju, maka menubuhkan tadika anda sendiri pasti menjadi satu kecenderungan semula jadi.
Pengasas Tadika Knowledge Tree, iaitu Cik Kelly, mula menceburi diri dalam bidang pendidikan awal pada usia yang agak muda, di mana beliau menerima tugas sebagai guru di sebuah tadika yang terkenal. Minatnya yang mendalam membawanya ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang yang sangat digemarinya itu. Pada ketika itu, pendekatan Montessori dalam pendidikan awal amat menarik minatnya.
Walaupun beliau (dan kita semua, pada hakikatnya) menghormati dan mengiktiraf kurikulum Montessori, kita harus mengakui bahawa dalam dunia teknologi tinggi yang sentiasa berkembang, serta dalam era perubahan pesat ini, kita tidak boleh bergantung kepada kurikulum tersebut sebulat-bulatnya sebagai asas pendidikan awal anak-anak kita. "Pengubahsuaian amat perlu supaya pendekatan ini, yang berusia berabad-abad, bersesuaian dengan matlamat dan keperluan pendidikan awal hari ini. Apabila keperluan pendidikan meningkat, maka tahap pengetahuan yang diperolehi harus juga meningkat, terutamanya dalam jangkamasa pembelajaran kritikal prasekolah dan tadika," kongsi Cik Kelly dengan Kiddy123.
Walaupun ia seolah-olah permintaan yang tinggi, namun itulah yang boleh diharapkan oleh ibu bapa melalui pedagogi pengajaran Tadika Knowledge Tree Montessori, yang professional. Lagipun, ia sebuah tadika terkenal yang telah memperjuangkan pendidikan awal sejak tahun 2006 lagi. Salah satu fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah, terdapat guru-guru di Knowledge Tree yang masih menjalankan tugas di sini sejak 15 tahun yang lalu - Dari perspektif ibu bapa, kehadiran guru-guru tadika yang bersemangat dan yang berpegang pada jawatan mereka merupakan sesuatu tanda kecemerlangan tadika tersebut.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini. Di samping itu, rancangan sedang diadakan untuk menubuhkan cawangan-cawangan baru di Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah segolongan guru dan kakitangan yang berdedikasi, dan misi mereka adalah untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Tumpuan khas diberikan untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah yang diingini.
“Antara tugas saya sebagai pengasas adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang mereka perlukan dalam ruang yang selamat, menarik dan menyeronokkan serta kondusif untuk pertumbuhan dan perkembangan. Menggunakan pendekatan Montessori sebagai asas, kami telah merancang dengan teliti kurikulum yang akan membantu kanak-kanak berkembang dalam semua bidang penting dalam kehidupan mereka,” jelas Cik Kelly kepada Kiddy123.
Selama ini, kami sedia maklum bahawa kurikulumlah yang menetapkan asas penubuhan pendidikan, dan di Knowledge Tree, ia sememangnya kurikulum yang lengkap. Kami juga diberi tahu mengenai buku-buku pengeluaran mereka sendiri yang mempunyai kod warna masing-masing, yang dicipta untuk membantu penguasaan Bahasa Inggeris kanak-kanak.
Kelas-kelas dikategorikan kepada empat tahap, iaitu Tahap Pre-Mont, diikuti oleh tahap 1-3.
Tahap Pre-Mont menyediakan minda muda untuk pengalaman pendidikan yang lebih berstruktur, di mana kanak-kanak didedahkan kepada asas matematik dan aktiviti deria,atau sensorial serta kemahiran hidup praktikal yang berguna; daripada tugasan dapur yang mudah kepada pakaian diri mereka dan lebih banyak lagi seperti menyusun, membasuh, mengangkat dan sebagainya. Mereka juga akan belajar cara menggunakan bahan Montessori untuk kelebihan pembelajaran mereka. Dari Tahap 1 hingga 3, pendidikan akademik akan diutamakan, di mana tumpuan yang sewajarnya akan diberikan kepada Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, serta Bahasa Mandarin.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika kita fikirkan dengan waras terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang terlalu mengutamakan bermain berbanding akademik,” kata Cik Kelly. "Keseimbangan yang sesuai amat diperlukan untuk memperoleh hasil terbaik dalam perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.
Satu amalan yang agak luar biasa dan luar jangkaan di Knowledge Tree, yang amat mengagumkan kami adalah aktiviti Mindfulness, iaitu aktiviti membina kesedaran. Setiap kanak-kanak dan guru mengamalkannya setiap hari di tadika. Sekurang-kurangnya sekali sehari, kanak-kanak digalakkan untuk menenangkan fikiran masing-masing dengan cara menarik nafas panjang, dan melepaskannya. Amalan pernafasan khas itu dikatakan dapat membantu menajamkan pemikiran kanak-kanak supaya mereka dapat memberikan penumpuan yang lebih baik kepada pelajaran dan aktiviti harian mereka.
Dari segi akademik, para pelajar tadika Knowledge Tree berjaya mencapai kemajuan dalam kurikulum ini yang mengembangkan keupayaan matematik mereka, pengetahuan sains serta pemerolehan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia mereka. Ini termasuklah tatabahasa, pemahaman, perbendaharaan kata dan ejaan. Jika kanak-kanak bakal didaftarkan ke sekolah rendah Cina, tuisyen yang lebih meluas dalam bahasa Mandarin akan ditawarkan untuk memastikan kanak-kanak tersebut dapat mencapai kejayaan semasa di sekolah nanti. Kanak-kanak yang bakal masuk Sekolah Kebangsaan pula perlu menguasai Bahasa Malaysia - oleh itu, kursus Bahasa Malaysia yang meluas turut ditawarkan.
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti selepas sekolah yang cemerlang, meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama, dan sebagainya. Selain tadika, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, dengan persekitaran yang selamat lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Bersandar pada yang terbaik yang ditawarkan oleh pendidikan berasaskan Montessori, Cik Kelly berusaha keras untuk memastikan persekitaran sentiasa menarik dan menyokong pembelajaran kanak-kanak. Dengan cara ini, mereka akan lebih cenderung untuk ingin belajar dengan sendiri, dan, dengan bimbingan yang mencukupi, ia pada asasnya adalah cara terbaik untuk kanak-kanak belajar. Tadika yang baik, iaitu yang menjadi buah mulut para ibu bapa, adalah tadika yang kanak-kanak suka hadiri. Di mana-mana cawangan Knowledge Tree, kanak-kanak didapati berkembang maju dalam mata pelajaran akademik. Mereka juga mempunyai pendedahan yang mencukupi kepada pembelajaran sensorial, dan dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik. Kanak-kanak juga pasti akan mempunyai banyak aktiviti di mana mereka boleh bergerak untuk melepaskan tenaga masing-masing. Mereka bukan sahaja mendapat latihan jasmani, namun mereka juga dapat membina lagi kemahiran motor mereka, serta koordinasi tangan-mata yang lebih baik.
Ibu bapa kepada para pelajar Knowledge Tree tidak pernah ragu tentang pilihan mereka - iaitu pilihan terbaik untuk anak-anak mereka semasa usia perkembangan kritikal. Maklumlah, apabila anak-anak mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan, mereka pasti akan berkembang maju!