by on 14/11/2024 15
Sorotan Utama |
|
Bila kita sebut tentang pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak, apa yang biasa akan kita bayangkan? Mungkin aspek-aspek seperti persekitaran yang ramah dan mengalu-alukan, ruang-ruang yang cantik, penjaga yang penyayang, ataupun program-program yang menggayakan yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Super Buddies Childcare Centre, Kelana Jaya merangkumi semua aspek ini, dan banyak lagi. Diasaskan oleh tiga rakan dan profesional dalam bidang pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, matlamat mereka adalah untuk mewujudkan tempat di mana bayi dan kanak-kanak dapat bebas menjadi diri mereka sendiri, dan boleh berkembang dalam suasana yang ramah dan penuh kasih sayang.
Super Buddies Childcare Centre terbuka kepada bayi dari usia dua bulan dan kanak-kanak hingga usia 4 tahun. Reka bentuk pusat ini mencerminkan falsafah pendidikan yang diamalkan oleh pengasas-pengasas pusat ini: dengan ruang dalaman yang luas dan lengkap dengan perabot kayu semulajadi serta skema warna yang terang tetapi lembut, yang menciptakan suasana yang mengalu-alukan bagi para tetamu.
Tingkap yang luas dan pintu yang diperbuat dari kaca membolehkan ruang tersebut diterangi cahaya matahari semulajadi, dan pusat ini juga tidak menggunakan lampu pendarflour kerana ianya lebih sukar untuk penglihatan kanak-kanak. Manakala perabot dan bahan-bahan pula disesuaikan kepada ketinggian kanak-kanak bagi mengalakkan keyakinan diri dan rasa berdikari. Terdapat juga rangka kayu yang boleh mereka panjat, dan taman permainan dalaman dengan rumput tiruan yang menyerupai rumput sebenar, supaya kanak-kanak dapat bergerak dan melakukan aktiviti fizikal.
Di bahagian nurseri, lampu yang lebih malap digunakan, dan bunyi 'white noise' dimainkan kerana bayi biasanya lebih sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Para penjaga terlatih dalam teknik seperti membuai, membedung, dan menepuk supaya bayi-bayi berasa lebih selesa. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh bergerak dan bermain di dalam kawasan gim modular, yang dapat membantu perkembangan daya motor kasar mereka.
Bagi memastikan standard yang tinggi dalam keselamatan dan kebersihan, setiap ruang dilengkapi dengan CCTV, dan dipasang dengan pagar keselamatan, selain titik palam yang tinggi. Pusat ini melakukan semakan suhu badan dan fizikal setiap hari, manakala bahan-bahan, perabot, dan lanti dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari, beserta pembersih udara bagi memastikan kualiti udara sentiasa terjaga.
Super Buddies bukanlah tempat di mana kanak-kanak akan duduk dengan diam sahaja. Sebagai pusat perkembangan yang berasaskan permainan, mereka akan terlibat dalam pelbagai aktiviti hands-on dan belajar sambil bermain. Rangka kurikulum di sini adalah berdasarkan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK, yang merangkumi 7 bidang pendidikan yang penting:
Komunikasi dan bahasa
Perkembangan diri, sosial, dan emosi
Perkembangan fizikal
Literasi
Matematik
Pemahaman Dunia
Seni dan Reka Bentuk Ekspresif
Kanak-kanak akan memulakan sesi pagi dengan aktiviti membina blok, melukis dengan rakan-rakan, atau mendengar cerita. 'Permainan' ini bukan bermain semata-mata tetapi mempunyai matlamat perkembangan tertentu, seperti literasi dan matematik yang dipelajari melalui aktiviti yang berlainan.
Terdapat sudut belajar juga, seperti sudut 'role play' di mana mereka dapat memakai kostum dan berlakon sebagai watak tertentu, sekaligus meningkatkan daya pertuturan dan juga sosial mereka. Selain itu, sudut membaca membekalkan ruang di mana mereka boleh menghabiskan masa secara tenang. Pusat ini juga menganjurkan sesi jalan-jalan yang melibatkan kanak-kanak yang lebih besar di kawasan luar sekolah, serta aktiviti bertema seperti berkelah dan bermain air di kolam renang.
Super Buddies menawarkan program separuh hari (7.30 pagi - 2.00 petang) dan program sepenuh hari (7.30 pagi - 7.30 malam) provides options for half-day (7:30 am – 2:00 pm) and full-day (7:30 am – 7:30 pm), yang memudahkan ibubapa yang bekerja. Jadual waktu harian menggabungkan pembelajaran, permainan, dan istirehat secara seimbang, dan memberikan fleksibiliti kepada kanak-kanak dalam rutin seharian mereka.
Kanak-kanak memerlukan diet yang penuh dengan nutrisi; oleh itu Super Buddies menyedikan makanan yang berkhasiat dan seimbang, yang disediakan setiap hari di dapur mereka sendiri.
Makanan kanak-kanak biasanya terdiri daripada 2 jenis sayur (seperti brokoli, lobak, bayam, kapsikum, zuchhini, tomato, atau cendawan); sejenis protein seperti ayam, ikan, tofu, telur, atau tempeh, dan satu makanan karbohidrat seperti nasi, roti, atau tortilla. Semua makanan disediakan menggunakan bahan-bahan segar dan untuk snek pula, mereka hanya akan memberikan buah-buahan segar seperti tembikai, betik, atau epal.
Untuk bayi dan kanak-kanak kecil, makanan kurang gula dan garam disediakan. Super Buddies menyokong konsep 'Baby Led Weaning', atau proses cerai susu di mana kanak-kanak tidak akan memakan makanan berbentuk 'puree', tetapi terus ke makanan pejal, yang disesuaikan mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
Penjaga tidak akan menyuapkan makanan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, bayi dipercayai dengan kebolehan untuk makan secara sendiri (dipantau oleh penjaga). Cara ini membolehkan kanak-kanak untuk menyentuh, merasa, dan meneroka pelbagai tekstur dan persia makanan, seterusnya membina keyakinan. Kaedah ini sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makanan (picky eater). Pusat ini juga mempunyai kemudahan menyimpan susu bagi para ibu-ibu.
Sukar untuk mencari guru dan penjaga yang sesuai dan di Super Buddies, mereka mengambil serius proses mengaji tenaga pekerjanya dengan teliti. Mereka hanya mengambil staf yang selaras dengan falsafah mereka, yang bertumpukan kasih sayang, kesabaran, dan kreativiti. Guru-guru di sini semuanya mempunyai diploma atau ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, atau telah menghabiskan Kursus Asuhan Permata (KAP), dan pengalaman dalam menjaga bayi dan juga perkembangan kanak-kanak.
Nisbah dalam kelas dikekalkan pada angka yang rendah iaitu 1:3 untuk bayi dan 1:5 untuk kanak-kanak yang lebih besar, jadi setiap individu mendapat perhatian yang secukupnya. Staf di sini mampu mengendalikan kelas dan sesi permainan dengan cekap, sama ada aktiviti sensori mahupun aktiviti menyanyi - mewujudkan suasana kelas yang menarik dan merangsangkan.
Super Buddies percaya bahawa ibubapa harus terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka, jadi mereka menggunakan applikasi Class Dojo untuk mengemaskini mereka tentang perkembangan semasa setiap hari, termasuklah waktu tidur, pertukaran lampin, dan makanan harian. Gambar dan nota mingguan pula membolehkan ibubapa mengetahui apa yang telah anak-anak mereka lakukan di sekolah semasa ibubapa sedang bekerja.
Super Buddies juga menganjurkan sambutan seperti Pesta Kuih Bulan, di mana ahli-ahli keluarga dapat menyertai pelbagai aktiviti seperti membuat tanglung, menikmati makanan perayaan, dan membuat kuih bulan. Acara-acara seperti ini membina semangat komuniti yang erat dan membolehkan ibubapa mencipta kenangan yang manis bersama anak-anak mereka.
Super Buddies Childcare Centre bukan hanya tempat asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak di sini bebas untuk meneroka, belajar, dan berkembang dalam persekitaran yang selamat, dikelilingi oleh penjaga yang menghormati sikap ingin tahu dan peribadi setiap individu. Bagi ibubapa pula, tempat ini menjadi pilihan yang bernas kerana mereka berasa lega bahawa anak-anak mereka dijaga dengan baik sepanjang hari.