Epsom College in Malaysia, KLIA
Kiddy123 Frame
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house
Little Angel Kindergarten
Small Wonder Malaysia

Pusat Pendidikan Khas Terbaik di Malaysia

by on 02/04/2020 35064

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 19 Mac 2024.

Kanak-kanak berkeperluan khas seharusnya turut mendapat kurikulum yang berkualiti dan sokongan yang setara dengan rakan neurotipikal mereka. Dengan ini, kami ingin membantu ibu bapa yang perlu memperkenalkan anak mereka kepada terapi intensif dan program intervensi dengan senarai pusat keperluan khas (Special Needs Centers) terbaik kami di Malaysia untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme, kelewatan pertuturan, ADHD, kesukaran belajar dan kelewatan perkembangan dan lain-lain.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

 


Alisther Rehabilitation & Intervention Centre yang terletak di bandar Bukit Jalil, merupakan pusat intervensi sehenti pelbagai disiplin yang menyediakan sokongan kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang didiagnosis dengan keperluan khas dalam pelbagai spektrum. Pusat ini berdaftar dengan Allied Health untuk menjalankan perkhidmatan intervensi kepada kanak-kanak berumur antara 2 hingga 12 tahun, dengan matlamat akhirnya untuk mencapai integrasi kembali kepada masyarakat.

Alisther terus memperjuangkan intervensi awal untuk mengatasi stigma ibu bapa terhadap anak mereka yang mengalami masalah perkembangan seperti Autisme, ADHD, GDD, antara lain melalui kempen kesedaran. Pusat ini menyediakan pelbagai program termasuklah program intervensi awal, terapi pertuturan, terapi pekerjaan, terapi tingkah laku, pelan intervensi individu, peningkatan perkembangan deria, intervensi kemahiran sosial dan program kemahiran hidup.

Baca Selanjutnya

Alisther Rehabilitation & Intervention Centre, Bukit Jalil

P-3-2 & P-3A-2, Pusat Bandar, Jalan Jalil Utama 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pusat Pendidikan Khas Apple King, Sungai Chua menyediakan perkhidmatan keperluan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai, atau berisiko mengalami, kelewatan atau kecacatan perkembangan. Perkhidmatan ini memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Melalui pemeriksaan, penilaian dan campur tangan langsung, mereka ingin membantu keluarga menjaga anak mereka dengan sebaik-baiknya.

Mereka menangani spektrum luas bidang khusus, termasuk tetapi tidak terbatas pada: autisme, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, masalah pembelajaran dan kelewatan perkembangan saraf. Walaupun sukar, kesemua rawatan disesuaikan untuk setiap anak berdasarkan keperluan unik mereka dan diberikan dalam persekitaran positif dan tidak tertekan.

Untuk memberikan hasil yang paling berkesan, terapi one-to-one atau program kumplan kecil disesuaikan untuk memberi anak-anak kemahiran yang mereka perlukan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi. Program terapi merangkumi program intervensi awal, program junior, latihan neurofeedback dan terapi Applied Behaviour Analysis (ABA).

Baca Selanjutnya

Apple King Special Education Centre, Sungai Chua, Kajang

No. 23 (2nd & 3rd Floor), Jalan Berjaya Baru 1, Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, Kajang, Selangor 43000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum intensif 1: 1 terapi intensif kepada kanak-kanak dan remaja dengan kebanyakan cabaran pembelajaran termasuk autisme, ADHD, GDD, kelewatan pertuturan, sosial & cabaran tingkah laku, bermula seawal usia 18 bulan. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu!

Dengan konsultan yang berkelayakan tinggi dan terlatih dalam ABA, Autism dan SPED secara umum, ABC berusaha untuk menjadi yang terbaik dari segi terapi ABA dan sokongan Autisme dalam masa terdekat.

Baca Selanjutnya

Autism Behavioral Center (ABC), Bangsar, Kuala Lumpur

No. 45E, Bangunan Bangsaria, Level 3, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Enso International Academy, TTDI ialah sebuah sekolah "homeschool" yang dibina khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dengan kelainan upaya. Enso menyediakan tetapan inklusif yang memenuhi pelbagai keperluan khas seperti disleksia dan dalam spektrum autisme – tempat di mana semua kanak-kanak boleh melalui pengalaman pembelajaran sesuai dengan tagline mereka, “Learn. Belong. Succeed." Staff Enso terdiri daripada pakar yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan khas dan ahli terapi profesional yang benar-benar berdedikasi untuk menyampaikan hasil transformatif untuk setiap kanak-kanak di akademi ini.

Enso mempunyai visi untuk menyediakan pelajar berkeperluan khas dengan seberapa banyak peluang yang boleh sebagai pelajar rendah di sekolah arus perdana. Kurikulumnya - diilhamkan oleh Kurikulum Kebangsaan Inggeris - direka bentuk dengan teliti untuk memberi pelajar pelbagai peluang pendidikan di samping memenuhi keperluan khas yang diperlukan mereka. Persediaan untuk kehidupan di luar sekolah sentiasa menjadi matlamat penting di Enso. Untuk memastikan kehidupan mampan diri untuk setiap pelajar, Enso membawa pembelajaran ke peringkat seterusnya dengan memperkenalkan latihan pra vokasional ke dalam programnya juga.

Baca Selanjutnya

Enso International Academy, TTDI

2nd Floor, Plaza Vads, 1, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 60000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Flying Kids Child Development Centre, Ipoh merupakan sebuah sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun. Kurikulum pelbagai disiplin di sekolah ini diselaraskan mengikut keupayaan individu, dengan program seperti Program Pendidikan Individu (Individualised Education Programme) dan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) yang menekankan bukan sahaja aspek akademik tetapi integrasi sosial dan kemahiran hidup. Tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi serta nisbah guru dan murid yang rendah memastikan setiap murid menerima perhatian peribadi yang secukupnya. Flying Kids ada menganjurkan pelbagai aktiviti seperti rombongan bersama ibu bapa, lawatan ke rumah, dan juga memberi cadangan kepada ibu bapa tentang cara-cara untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan anak-anak mereka.

Baca Selanjutnya

Flying Kids Child Development Center, Ipoh

No. 15, Lorong Taman 6, Taman Pertama, Ipoh, Perak 30100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


HappyLand adalah pusat terapi pelbagai disiplin untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya atau kelewatan perkembangannya. Pusat ini berusaha memberikan harapan dengan menawarkan perkhidmatan dalam persekitaran menyeronokkan dan bebas tekanan yang membolehkan individu memaksimumkan potensi sepenuhnya. Oleh kerana setiap kanak-kanak unik dengan keperluan yang sangat spesifik, Happyland mengambil kira perbezaan ini dengan pemahaman bahawa program yang dibuat secara individu lebih berkesan. Fokus utama terletak pada kerjasama dengan ibu bapa, pendidik dan profesional sekutu lain untuk mendapat keputusan positif.

Selama 18 tahun, kakitangan Happyland yang terlatih telah membantu beratus-ratus kanak-kanak dengan cabaran seperti autisme, ADHD, gangguan integrasi deria dan Sindrom Asperger. Banyak kanak-kanak mungkin mempunyai diagnosis keseluruhan yang sama, tetapi sangat berbeza dalam tahap kemampuan mereka. Oleh itu, adalah mustahak untuk berkunjung ke pusat dan bertemu dengan kakitangan Happyland agar mereka dapat merangka program yang disesuaikan secara individu untuk mengatasi cabaran yang unik. Cadangan terapi akan diberikan setelah penilaian penuh dilakukan sendiri oleh kakitangan Happyland.

Baca Selanjutnya

HappyLand Psychology & Therapy Centre, Johor Bahru

No. 46, Jalan Ros Merah 3/2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Miles Autism Academy adalah satu pusat sehenti yang pakar dalam menyediakan khidmat diagnosis rasmi, rawatan & intervensi, dan juga khidmat penjagaan harian untuk mereka yang didiagnos dengan autism atau keperluan khas lain. Ahli pasukan utamanya mempunyai 8 hinggan 15 tahun pengalaman meluas dalam berkerja dengan komuniti ini, termasuklah Penganalisis Tingkah Laku Diperakui Lembaga (Board Certified Behavior Analyst – BCBA) untuk memastikan khidmat paling berkualiti tinnggi diberikan kepada semua keluarga.

Baca Selanjutnya

Miles Autism Academy, Petaling Jaya

No.31A, 1st Floor, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, 47400, Selangor. Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Oasis Place adalah contoh ‘transdisciplinary practice’ yang melibatkan sekumpulan ahli terapi berpengalaman yang bekerjasama untuk mengatasi pelbagai batasan dan kelewatan perkembangan pada kanak-kanak dan orang dewasa. Beberapa sebab untuk mengunjungi Oasis Place termasuk: kebimbangan mengenai kelewatan perkembangan berterusan dalam komunikasi, ‘movement and play’; keperluan untuk penilaian disasarkan; terapi untuk mencapai tujuan intervensi awal; akses ke program rekreasi inklusif, kem dan sijil profesional.

Rawatan diberikan oleh ahli terapi mahir dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang penilaian, diagnosis dan rawatan. Sesi dirancang untuk memberikan pendekatan menyeluruh yang mengenali keperluan sosial, komunikatif, deria, fizikal dan emosi setiap individu. Rangkaian rawatan yang tersedia termasuk terapi pekerjaan, terapi pertuturan dan bahasa, terapi muzik, psikologi dan pemakanan. Perkhidmatan lain menyokong kanak-kanak dalam kemahiran menulis tangan, mengurus diri dan sosial, menangani penolakan sekolah, dan memproses deria. Di antara usaha aktif mereka untuk mencapai perkara di atas, lawatan klinik ke sekolah dan rumah juga ditawarkan untuk memastikan individu yang memerlukan disokong dalam persekitaran lain.

Baca Selanjutnya

Oasis Place Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Level 16, Menara Sentral Vista, No. 150, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur 50470
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Membayangkan sebuah masyarakat yang ideal di mana individu berkeperluan khas dapat menikmati setiap aspek kehidupan yang setara dengan orang lain, SI World menyediakan terapi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas bergantung pada keperluan mereka setelah penilaian menyeluruh.

Dengan begitu banyak cawangan di seluruh Malaysia, sekolah ini ingin menjadi sekolah yang mudah diakses dan menyokong setiap keluarga, dengan latihan ibu bapa individu yang disediakan untuk membantu anak-anak di rumah. SI World juga menawarkan "Backup Education" untuk kanak-kanak yang tidak sesuai di tadika atau sekolah tradisional.

Beberapa terapi yang disediakan oleh SI World adalah ‘Sensory Integration Therapy’, ‘Occupational Therapy’, ‘Physiotherapy’ dan ‘Speech Therapy’, yang dilakukan oleh ahli terapi mereka yang terlatih.

Untuk senarai penuh lokasi SI World, klik di sini: CherasKajangKepongKlangOld Klang RoadPuchongSelayangSerdangShah Alam & Sungai Petani, Kedah

Baca Selanjutnya

SI World @ Klang

No. 10, Jalan Pandamaran Jaya 101G/KS05, Klang, Selangor 42000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pusat Jagaan The Gifted Kids, Subang Jaya adalah cawangan Sekolah Antarabangsa Pine Hills yang menyediakan sokongan akademik dan terapi untuk pelajar berkeperluan khas. Pusat ini memenuhi keperluan kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun dengan pelbagai ketidakupayaan. Matlamat utama adalah untuk memperkasakan pelajar untuk mengatasi cabaran pembelajaran mereka agar mereka dapat beralih ke persekolahan aliran perdana dan menghadapi pelajaran akademik dan bersosial.

Mereka menangani spektrum keistimewaan yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada: sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme, disleksia, gangguan pemprosesan auditori, diskalkulia, disgrafia, gangguan pemprosesan bahasa, lewat perkembangan secara umum (GDD), dan kanak-kanak yang mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kelas aliran perdana.

Penting bagi ibu bapa untuk mengambil perhatian bahawa lebih lama mereka menunggu untuk menangani ketidakupayaan anak mereka, keadaan akan menjadi lebih rumit lagi. Masa itu emas; maka di sinilah peranan program intervensi awal seperti yang ditawarkan oleh Pusat Jagaan The Gifted Kids menjadi amat penting. Mengakui kepentingan terapi yang berterusan dan tekal bagi perkembangan pelajar berkeperluan khas, Pusat Jagaan The Gifted Kids juga menawarkan terapi dalam talian.

Baca Selanjutnya

The Gifted Kids Care Centre, Subang Jaya

No. 20, Jalan Usj Sentral 3, Persiaran Subang Subang Jaya, Selangor 47600
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Integrative Academy (TIA) adalah pusat keperluan pendidikan khas kanak-kanak di Plaza Arkadia, yang terletak di dalam bandar Desa ParkCity yang tenang. Mereka menawarkan program pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari usia 3 hingga 15 tahun.

Pusat ini menawarkan dua program holistik: Program Intervensi Awal (3-6 tahun), dan Program Primary Home School (7 hingga 15 tahun). Pelajar yang menyertai program-program ini akan dipupuk untuk mengembangkan kemahiran sosial & akademik mereka, integrasi deria & kemahiran fizikal, kemahiran hidup, dan bermain & kognisi.

TIA mempunyai kawasan gim yang besar, selamat dan lengkap untuk pelajar mereka.

Baca Selanjutnya

The Integrative Academy, Suite Enesta Kepong

Unit 1-06, Suite Enesta Kepong, Jalan 10/32, Taman Jinjang Baru, Kepong, Kuala Lumpur 52000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 

Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.