by on 07/02/2025 13
Sorotan |
|
Pusat Keperluan KhasTaarana (Taarana Special Needs Centre) ditubuhkan pada Mei 2011 oleh Datin Sri Umayal Eswaran, pengerusi Yayasan RYTHM.
Sekolah Taarana merupakan inisiatif yayasan ini, yang juga mempunyai projek-projek lain seperti kerjasama strategik, kesukarelawanan pekerja, dan perkhidmatan komuniti di bawah naungannya. Kiddy 123 berbesar hati dapat berjumpa dengan pengetua, Dr Sunitha Sivakumaran, untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sekolah keperluan khas ini.
Taarana didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan ia ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak berumur antara 4 hingga 18 tahun yang mempunyai keperluan pembelajaran khas. Ini termasuk kanak-kanak dengan autisme, sindrom down, perkembangan global tertangguh, kesukaran pembelajaran, dan lebih lagi.
Melalui programnya yang pelbagai, sekolah ini bertujuan bukan sahaja untuk menyokong keperluan pembangunan kanak-kanak yang berbeza upaya, namun juga untuk mengenal pasti kekuatan serta kebolehan mereka masing-masing, dan membantu mereka berkembang menjadi anggota komuniti yang aktif dan menyumbang kepada masyarakat.
Tiga program utama di sekolah ini, seperti yang dikongsi oleh Dr Sunitha, adalah Program Intervensi Awal, Program Peralihan, dan Program Pra-Vokasional. "Penilaian penuh lagi lengkap pada awalnya akan membantu menentukan program dan/atau tahap yang paling sesuai untuk seorang kanak-kanak," kata Dr Sunitha.
Juga dikenali sebagai Program Kesediaan Kelas, ini memenuhi keperluan kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun. "Program ini adalah muka ke muka dengan setiap pelajar, dengan maksimum empat pelajar dalam satu kelas." Perhatian tertumpu kepada kemahiran kendiri, pengambilan arahan, bahasa dan komunikasi, serta kemahiran motor kanak-kanak,” Dr Sunitha memberitahu kami.
Program ini menggabungkan terapi Applied Behavior Analysis (ABA), dengan terapi pertuturan serta terapi pekerjaan. "Adalah penting untuk memahami bahawa seorang kanak-kanak hanya dapat menyertai bilik darjah jika mereka terlatih dalam penggunaan tandas, mampu menyuap diri, dan mampu memakai pakaian dengan sendiri." Selain itu, seorang kanak-kanak perlu pandai duduk dengan sabar, dan mengekalkan perhatiannya selama sekurang-kurangnya setengah jam supaya dapat belajar," jelasnya.
Sekolah ini juga mempunyai pakar intervensi tingkah laku dalaman untuk menyokong kanak-kanak dengan tingkah laku impulsif atau pemusnah.
Disediakan untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, Program Peralihan ini terdiri daripada tiga tahap: Peralihan Awal, Akademik 1, dan Akademik 2.
"Di semua peringkat ini, tumpuan tertumpu kepada akademik fungsional, termasuk penulisan, kemahiran numerasi, kemahiran bahasa, keupayaan kognitif, dan kemahiran berfikiran kritis," jelas Dr. Sunitha.
Dr. Sumitha turut berkongsi bahawa kebanyakan ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran khas tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah mainstream, dan ramai juga yang enggan anak mereka menghadiri program PPKI. Oleh itu, terdapat ramai pelajar yang kekal di Taarana, di mana mereka mendapat manfaat daripada Program Peralihan, yang membantu mengembangkan kemahiran motor halus, kemahiran sosial dan komunikasi, serta kemahiran kehidupan harian mereka seperti kerja-kerja di rumah dan sebagainya. Seiringan kemajuan mereka melalui tahap-tahap yang berbeza, mereka sentiasa dicabar untuk belajar lagi dan berkembang.
Program ini melatih kanak-kanak berumur 13 hingga 18 tahun untuk menjadi lebih berdikari dan kemungkinan juga,i mencari pekerjaan. Mereka diajar tentang kebersihan diri, menyediakan makanan ringkas, mengurus kewangan peribadi, membeli barang-barang keperluan, berkebun, melakukan kerja-kerja rumah, membersihkan pakaian mereka, dan menyertai aktiviti-aktiviti sukan. Selain itu, Yoga, Tarian & Pergerakan, dan Terapi Seni juga tersedia, menawarkan manfaat yang amat sangat kepada kanak-kanak dengan kebolehan yang berbeza.
Sebulan sekali, guru bertemu dengan ibu bapa untuk membincang tentang kemajuan anak mereka, mengulas mengenai sebarang isu, dan menentukan pendekatan terbaik untuk menanganinya. Selain itu, laporan mingguan dihantar kepada ibu bapa untuk makluman mereka. Kerjasama rapat seperti ini antara ibu bapa dan guru adalah penting untuk mengurus segala keperluan pelajar Taarana dan menyokong mereka dalam mencapai hasil yang disasarkan.
Program satu-ke-satu yang direka khas ini berfungsi sebagai penyambung kepada Program EIP dan Program Peralihan sekolah, dan juga terbuka kepada pelajar di luar sekolah Taarana.
"Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyedari bahawa walaupun akademik penting, isu tingkah laku tidak boleh diabaikan." Program ini, yang terdiri daripada 12 sesi dalam setiap blok, agak mustahak dalam menyokong dan menangani keperluan kanak-kanak yang menghadapi cabaran tingkah laku," kata Dr. Sunitha.
Tumpuan utama program ini adalah pada strategi pengurusan tingkah laku, dan ia bertujuan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak, mempertingkatkan keupayaan keluarga dalam menangani masalah pembelajaran, dan meningkatkan penyertaan sosial.
Taarana diuruskan dengan berkesan oleh sekumpulan 11 guru yang berkelayakan dan berdedikasi, bersama tiga ahli terapi, yang semuanya sangat bermotivasi dan komited terhadap peranan mereka masing-masing.
Ulasan oleh banyak ibubapa telah membuktikan bahawa guru-guru di sini sentiasa melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang bermanfaat untuk tumbesaran mereka. Oleh itu, sekolah ini telah berjaya mencapai hasil yang disasarkan iaitu membantu setiap pelajar yang berbeza kemampuannya menjadi versi terbaik dirinya.