by on 23/01/2020 6929
HappyLand Psychology & Therapy Centre ialah sebuah pusat terapi multidisiplin untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan masalah ketidakupayaan atau kelewatan dalam perkembangan mereka. Pusat ini berusaha untuk memberi harapan dengan menawarkan perkhidmatan dalam persekitaran tanpa tekanan dan bercirikan bermain yang membolehkan individu memaksimumkan potensi diri masing-masing. Memandangkan setiap kanak-kanak adalah unik dengan keperluan yang sangat khusus, HappyLand menerima semua perbezaan ini dengan kefahaman bahawa program individual memberi hasil yang lebih berkesan. Fokus utamanya terletak pada kerjasama dengan ibu bapa, para pendidik dan profesional bersekutu yang lain ke arah mencapai perubahan yang positif.
HappyLand Psychology & Therapy Centre ditubuhkan pada 2002 oleh Dr. Eva Wong dengan matlamat untuk mempromosikan dan menampung perkhidmatan intervensi melalui pendidikan dan kerja berpasukan. Beliau ialah seorang pengarang berkelulusan Ph.D. dalam bidang Psikologi Pendidikan dengan karya-karya yang telah terbit. Di Pusat ini, Dr. Eva menggalakkan penetapan matlamat individu dan mereka bentuk program terapi yang sesuai dengan keperluan unik setiap individu. Beliau gigih memastikan sokongan kepada pasukannya untuk membangunkan diri mereka secara profesional bagi membantu keluarga terlibat mencapai hasil yang akan memberi manfaat paling besar dalam hidup mereka.
Di HappyLand Psychology & Therapy Centre ini, sepasukan pakar orang kurang upaya yang berkelayakan dan berpengalaman luas berada di bawah satu bumbung. Anda akan menemui ahli terapi cara kerja, ahli fisioterapi, ahli psikologi, kaunselor dan banyak lagi. Selama 21 tahun, pasukan HappyLand yang sangat terlatih menyokong ratusan kanak-kanak yang menghadapi cabaran seperti:
Ramai kanak-kanak mungkin menerima diagnosis keseluruhan yang serupa, tetapi mereka sangat berbeza pada tahap keupayaan atau persembahan masing-masing. Oleh itu, penting untuk singgah melawat pusat ini dan bertemu dengan pasukannya supaya mereka boleh menghasilkan program yang disesuaikan untuk individu bagi mengatasi cabaran unik yang dihadapi. Pengesyoran terapi akan diberikan selepas penilaian penuh dibuat secara perseorangan. Ia mungkin termasuk gabungan beberapa jenis terapi untuk menggalakkan sikap berdikari, kecekapan diri, keyakinan diri dan hasil lain yang bermanfaat.
Perkhidmatan yang ditawarkan |
Pentaksiran Psikopendidikan Pentaksiran psikopendidikan menyediakan kefahaman yang lebih mendalam tentang isu akademik, tempat kerja dan tingkah laku seseorang individu, seperti disleksia, ADHD dan autisme. Pentaksiran ini memanfaatkan pelbagai ujian psikometrik untuk menyediakan penerokaan mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan seseorang berbanding rakan sebayanya. |
Kumpulan Latihan Kemahiran Sosial Kumpulan kemahiran sosial mengajar individu cara berinteraksi secara betul dengan rakan sebaya melalui latihan fizikal/sensori dan permainan yang direka bentuk dengan teliti. Aktiviti ini berguna bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk berbual secara interaktif, membina persahabatan dan lain-lain gangguan komunikasi sosial. |
Terapi Cara Kerja Terapi cara kerja membantu individu yang mengalami kesukaran melakukan tugasan harian, seperti mengezip seluar dan menulis kerana kemahiran motor yang lemah. Rawatan terdiri daripada latihan dan aktiviti untuk menambah baik kemahiran yang lemah, seperti keseimbangan, koordinasi dan harga diri. |
Fisioterapi Fisioterapi bertujuan untuk membantu individu yang mempunyai postur yang lemah, skoliosis, kelewatan perkembangan motor dan kerosakan boleh pulih. Ia membantu menambah baik kemahiran pergerakan, kekuatan otot, kemahiran motor dan fleksibiliti pergerakan sendi. |
Pentaksiran QEEG dan Terapi Maklum Balas Neuro Maklum balas neuro melatih semula otak untuk meringankan simptom pelbagai gangguan kesihatan mental dan neurologikal, seperti kelewatan perkembangan berterusan, isu tingkah laku dan kecelaruan tekanan pasca-trauma. |
Aromaterapi Hidro Aromaterapi Hidro memanfaatkan kesan terapeutik air dan minyak pati untuk meredakan emosi, memudahkan tidur dan meringankan implikasi sensori kanak-kanak. |
Program Protokol Selamat & Sihat (SSP) Program ini melibatkan penggunaan muzik dan input multisensori untuk mengurangkan tekanan dan kesensitifan pendengaran. Ia meningkatkan keterlibatan komunikasi dan sosial dengan menenangkan keadaan emosi pada minda. |
Terapi Pendidikan beserta Latihan Daya Tumpuan Program ini boleh disesuaikan dengan keperluan individu yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, lemah ekspresi lisan, kefahaman sosial, memori pembelajaran atau pemikiran logik. Dalam tempoh tertentu, seseorang individu akan dapat melihat peningkatan daripada aspek kognitif, komunikasi, sosial, emosi dan perkembangan adaptif. |
Kelas Pemulihan Pembelajaran & Latihan Vokasional Program ini boleh disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan pendidikan keseluruhan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai Pelan Pendidikannya secara individu yang meliputi lima aspek utama – Fizikal, Emosi Sosial, Tingkah Laku Adaptif, Kognitif dan Komunikasi. Di samping itu, pusat ini juga menyediakan latihan vokasional, kemahiran pengucapan awam, kemahiran persembahan, pengurusan kewangan, latihan keusahawanan dan latihan sambil bekerja. Program ini mengekalkan nisbah guru kepada pelajar yang rendah untuk memastikan semua keperluan akan dipenuhi. |
Jelic Jelic telah membangunkan kurikulum yang lengkap berdasarkan pengalaman amali semata-mata dengan pelbagai bentuk manipulasi untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam pemikiran prosedural dan pemikiran kreatif. Jelic memberi tumpuan dalam enam aspek iaitu Pemikiran Pintar, Deduksi Matematik, Pemikiran Gabungan, Kemahiran Hidup, Ekspresi Linguistik dan Penciptaan Estetik. Ia digunakan untuk melatih manipulasi tangan, membina keyakinan diri, menajamkan deria untuk pemerhatian dan meningkatkan rasa ingin tahu untuk penerokaan. |
Kem/Bengkel Pusat ini menawarkan kem dan bengkel termasuk Kem Integrasi Sensori ‘Fear Not’, sesi Berkhemah, Bengkel Pendidikan Seks, Kem Emosi Sosial & Daya Tumpuan (Kem SEA), dan Kem Pramenulis. |
Ahli terapi memberikan sokongan dan perkhidmatan dengan rasa belas kasihan dan penuh perhatian dalam suasana seronok dan mesra keluarga. Tempat ini dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan terapeutik dan pentaksiran, termasuk taman atas bumbung dan bahan-bahan yang secara alamiah dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak. Terdapat kawasan bermain terbuka dan berwarna-warni yang menyediakan tarikan visual kepada kanak-kanak, termasuk bilik rawatan berasingan untuk individu dengan semua jenis keupayaan. Paling penting, pusat ini menggalakkan suasana sesi terapi yang selalu dianggap sebagai bermain, menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan. Pada akhirnya, cara paling berkesan untuk melibatkan kanak-kanak semasa terapi adalah dengan menjadikannya aktiviti yang menyeronokkan.
Terapi adalah suatu perjalanan untuk ibu bapa dan keluarga begitu juga dengan pesakit. HappyLand Psychology & Therapy Centre menyepadukan bimbingan dan kaunseling untuk menyokong keluarga yang terlibat supaya setiap orang boleh menghadapi keadaan dengan lebih baik bagi menyokong keperluan pesakit dengan berkesan. Untuk mengoptimumkan keputusan yang berjaya, bengkel keibubapaan berkala juga ditawarkan untuk menggalakkan kesan positif dalam hubungan ibu bapa dengan anak.
Jika anak anda didiagnosiskan dengan ketidakupayaan atau kelewatan perkembangan, yakinlah bahawa HappyLand boleh menyediakan strategi praktikal yang berfokuskan penyelesaian yang mudah dilaksanakan di rumah mahupun di sekolah untuk membantu anak anda. Mereka melihat seorang anak secara keseluruhan dan mengadakan sesi terapi yang seronok namun berkesan. Mereka membina hubungan dengan setiap orang yang terlibat, termasuk ahli keluarga secara perseorangan untuk membawakan perubahan yang berterusan.