by on 17/07/2024 207
Sorotan Utama |
|
Sebagai ibubapa kepada kanak-kanak khas, sudah tentu hidup anda dipenuhi pelbagai cabaran. Ini mungkin termasuk menghadiri temu janji untuk sesi terapi anak anda, cabaran persekolahan anak-anak, dan juga mencari sumber-sumber dan bahan-bahan yang dapat membantu perkembangan dan pendidikan anak-anak anda.
Golden Babies Care Centre di Bandar Kinrara, Puchong bermatlamat untuk memberi sokongan kepada golongan ibubapa ini, dan juga anak-anak bekeperluan khas. Dibuka pada pertengahan tahun 2024, pusat penjagaan ini yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sesuai untuk keluarga yang mencari tempat yang menawarkan servis pendidikan dan penjagaan yang premium, di mana anak-anak mereka dapat menerima sokongan yang sewajarnya, belajar, dan berkembang bersama dengan rakan-rakan mereka.
Pusat ini terbuka kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, dengan tumpuan diberikan kepada mereka dengan autism, ADHD, masalah perkembangan sosial, dan juga isu tingkah laku.
Golden Babies Care Centre ditubuhkan oleh seorang ibu yang berdedikasi, dan beliau sangat faham tentang cabaran yang dihadapi ibubapa dalam membesarkan anak-anak mereka.
Setelah menghabiskan nasa sedekad sebagai seorang suri rumah, beliau sedar akan kekurangan dalam komuniti di Bandar Kinrara kerana tidak ada pusat penjagaan untuk kanak-kanak bekeperluan khas, di mana mereka dapat menerima penjagaan rapi dan pendidikan yang wajib. Komitment untuk mewujudkan pusat seperti ini menjadikan Golden Babies sebuah tempat yang unik dan sesuai untuk kanak-kanak keperluan khas dan keluarga mereka.
Di Golden Babies Care Centre, tumpuan diberikan kepada penjagaan individu. Program Intervensi Awal (EIP) direka khas untuk menyediakan kanak-kanak demi menghadapi cabaran dunia secara yakin, mengajar mereka kemahiran hidup yang asas seperti cara menjaga diri sendiri, komunikasi, dan interaksi sosial.
Servis lain yang ditawarkan termasuklah terapi ABA (Applied Behaviour Analysis),terapi permainan, kumpulan sosial, dan intervensi tingkah laku, semuanya direka khusus untuk membantu kanak-kanak mengikut tahap dan keperluan masing-masing.
Integrasi sosial merupakan sebahagian besar dari pendekatan yang digunakan di Golden Babies, kerana mereka sedar akan kepentingan melengkapi kanak-kanak dengan kemahiran yang perlu bagi menyertai aktiviti berkumpulan. Matlamat di sini adalah untuk membantu kanak-kanak berintegrasi semula ke dalam tadika untuk kanak-kanak biasa, dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah yang formal.
Golden Babies Care Centre dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keperluan perkembangan kanak-kanak keperluan khas. Pusat ini terdiri daripada empat bilik darjah kecil dan dua bilik darjah besar, sesuai untuk kanak-kanak menyeleraskan diri kepada setting kumpulan dan tahap bunyi yang berlainan.
Reka bentuk yang dilaksanakan dengan teliti ini membantu kanak-kanak menyesuaikan diri secara berperingkat, supaya mereka boleh berinteraksi apabila mereka benar-benar bersedia.
Taman permainan dalaman yang berwarna-warni, lengkap dengan dinding memanjat, membekalkan ruang yang selamat untuk kanak-kanak bermain dan mengembangkan daya motor halus dan kasar mereka.
Manakala bilik-bilik darjah pula boleh disusun secara fleksible bagi melatih kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berlainan. Kelas dan sesi terapi tidak sahaja terkekang kepada empat dinding bilik darjah sahaja, tetapi mereka akan bergerak ke tempat-tempat lain dalam pusat penjagaan ini, dan melakukan aktiviti berdasarkan keperluan terapi atau pendidikan mereka.
Semestinya, keselamatan dan kebersihan dijamin. Bilik-bilik darjah dan juga ruang awam dibersih dengan rapi dan bahan-bahan pembelajaran juga disanitasi setiap hari. Pusat ini juga dilengkapi dengan CCTV.
Salah satu ciri unik Golden Babies Care Centre adalah pendekatan mereka yang melibatkan pembelajaran dalam dunia nyata.
Pelajar-pelajar akan dibawa ke tempat-tempat berdekatan seperti pasar raya, kedai gunting rambut, restoran, dan sebagainya untuk mengajar mereka kemahiran hidup praktikal di bawah bimbingan guru yang terlatih. Mereka mungkin ditugaskan untuk membeli barang di pasar raya dengan sendiri. Pendekatan secara hands-on ini membantu kanak-kanak untuk membina keyakinan diri dan sifat berdikari dalam kehidupan seharian mereka.
Menunjukkan komitmen Golden Babies kepada masyarakat, pusat penjagaan ini hanya menerima yuran pendaftaran secara 'one-off' dan juga yuran sumber (resource) tahunan, selain yuran bulanan. Deposit tidak diperlukan. Jenis pembayaran ini memudahakan ibubapa untuk memilih pilihan yang paling sesuai untuk anak-anak mereka, tanpa perlu bimbang tentang kontrak dan kekangan lain. Ibubapa dikemas kini tentang perkembangan anak-anak mereka melalui aplikasi mobil.
Golden Babies Care Centre bukan sahaja tempat penjagaan untuk kanak-kanak bekeperluan khas, tetapi sebuah hab komuniti yang mengalakkan perkembangan, pembelajaran, dan integrasi sosial.
Pusat ini merancang untuk terus mengembangkan servis yang ditawarkan, termasuklah aktiviti kokurikulum dan latihan tenaga pekerja supaya mereka sentiasa dikemas kini tentang perkembangan terkini dalam bidang pendidikan kanak-kanak keperluan khas.