by on 01/10/2024 1501
Sorotan Penting |
|
Pusat Jagaan The Gifted Kids, Subang Jaya adalah cawangan Sekolah Antarabangsa Pine Hills yang menyediakan sokongan akademik dan terapi untuk pelajar berkeperluan khas. Pusat ini memenuhi keperluan kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun dengan pelbagai ketidakupayaan. Matlamat utama adalah untuk memperkasakan pelajar untuk mengatasi cabaran pembelajaran mereka agar mereka dapat beralih ke persekolahan aliran perdana dan menghadapi pelajaran akademik dan bersosial. Melalui pendekatan yang istimewa, setiap kanak-kanak akan menemui peluang untuk menonjolkan diri masing-masing.
Pusat ini direka bentuk dengan teliti agar memberikan rasa selamat dan mesra kepada semua. Ia menawarkan persekitaran yang diperibadikan agar sesuai dengan keperluan unik setiap pelajar yang biasanya tidak ditangani dalam suasana persekolahan tradisional. Kemudahan premium di Pusat Jagaan The Gifted Kids termasuk bilik darjah yang berwarna terang, gim hutan yang lapang dan dewan, kawasan khusus untuk terapi, serta pelbagai alat dan sumber sensori untuk menyokong proses pembelajaran.
Di sini, mereka meraikan perbezaan dan menghargai kepelbagaian. Mereka menangani spektrum keistimewaan yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada: sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme, disleksia, gangguan pemprosesan auditori, diskalkulia, disgrafia, gangguan pemprosesan bahasa, lewat perkembangan secara umum (GDD), dan kanak-kanak yang mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kelas aliran perdana.
Penting bagi ibu bapa untuk mengambil perhatian bahawa lebih lama mereka menunggu untuk menangani ketidakupayaan anak mereka, keadaan akan menjadi lebih rumit lagi. Masa itu emas; maka di sinilah peranan program intervensi awal seperti yang ditawarkan oleh Pusat Jagaan The Gifted Kids menjadi amat penting.
Berbanding dengan mensyaratkan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan program yang ketat dan sudah ditentukan dari awal, para guru keperluan pendidikan khas (SEN) saling bekerjasama dengan ahli terapi cara kerja, ahli patologi pertuturan-bahasa dan ahli psikologi untuk menghasilkan rancangan pendidikan perseorangan yang menyeluruh bagi setiap kanak-kanak. Secara bersama, mereka menangani keperluan pembelajaran khas pelajar yang sudah dinilai lebih awal dalam kumpulan kecil dan persekitaran persendirian.
Menggunakan pendekatan multidisiplin yang disesuaikan, para pelajar disokong untuk berkembang menurut kadar masing-masing untuk mengatasi ketidakupayaan pembelajaran dan pada masa yang sama berkembang dari sudut intelektual, sosial, emosi dan jasmani. Mereka dibimbing berdasarkan kelebihan mereka dan mengikuti kurikulum antarabangsa Cambridge dari segi akademik. Sedikit demi sedikit daripada konsep asas, mereka memindahkan pengetahuan ini kepada aktiviti akademik yang lebih rumit.
Sama seperti sekolah lain, pembelajaran bukan sekadar mengenai akademik. Para pelajar didedahkan kepada pelbagai peluang untuk menjadi kreatif dengan aktiviti kesenian dan melibatkan diri dalam pergerakan fizikal yang sihat, serta memupuk kemahiran harian yang diperlukan untuk hidup berdikari. Semasa waktu rehat dan aktiviti kelab pada hari Jumaat, mereka dapat bergaul dengan pelajar lain daripada kelas aliran perdana. Melalui pergaulan ini, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengukuhkan kemahiran interpersonal.
Sepanjang berada di sini, para pelajar akan meraih peningkatan keupayaan dan keyakinan untuk menggapai tahap lebih tinggi sebagai pelajar. Apabila mereka telah bersedia, mereka akan memasuki kelas aliran perdana. Pusat Jagaan The Gifted Kids juga bermatlamat untuk memudahkan pelajar yang lebih tua untuk berjaya beralih ke dunia pekerjaan melalui latihan vokasional yang berasaskan minat dan matlamat peribadi mereka.
Tenaga pengajar dan fakulti sokongan profesional di Pusat Jagaan The Gifted Kids adalah terlatih dan berpengalaman dalam perkara yang dilakukan oleh mereka. Mereka mengatur tahap perkembangan pelajar secara persendirian dan menyediakan ibu bapa dengan maklumat terkini termasuk laporan kemajuan suku tahunan daripada doktor panel.
Mengakui kepentingan terapi yang berterusan dan tekal bagi perkembangan pelajar berkeperluan khas, Pusat Jagaan The Gifted Kids juga menawarkan terapi dalam talian. Sesi ini disampaikan melalui pelantar maya untuk membolehkan pelajar menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh mereka untuk berkembang, tanpa mengira tempat dan masa.
Pusat Jagaan The Gifted Kids percaya bahawa ketidakupayaan tidak harus menjadi penghalang untuk belajar. Setiap laluan kanak-kanak akan berbeza. Keperluan setiap individu menjadi pemacu penyampaian program sekolah, meleraikan halangan untuk menghasilkan keadaan yang paling baik demi kejayaan.
Di samping itu, pusat pembelajaran Gifted Kids juga boleh didapati di tempat-tempat lain termasuk Bandar Puteri Puchong dan Taman Equine.