by on 13/06/2024 17097
Artikel ini telah dikemas kini pada 13 Oktober 2024.
Terletak di kawasan kejiranan Kuchai Lama, Sri Petaling, Taman Desa dan kawasan perumahan berdekatan terdapat beberapa prasekolah dan tadika yang berkualiti yang menjanjikan hanya yang terbaik untuk anak kecil. Mencari pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik untuk anak anda renyah maka kami telah memilih beberapa prasekolah yang terbaik di kawasan ini untuk memudahkan tugas ibu bapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap tadika, anda hanya perlu klik dan baca ulasan penuh kami mengenai sekolah tersebut, ya semudah itu!
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Jauh dari jalan yang sibuk, 3Q MRC Taman Desa adalah tadika yang bersih dan cantik dengan suasana yang ceria. Tadika ini telah berkhidmat kepada masyarakat lebih daripada 16 tahun menggunakan sistem 3Q ™ yang terbukti berkesan. Di sini, semua pelajaran direka agar menarik dan menyeronokkan sambil mengasah kedua-dua otak kiri dan kanan.
Penglibatan ibu bapa sentiasa dialu-alukan, dengan sesi "Meet-the-Parents" yang diadakan dua kali setahun. Bersama para pendidik yang terlatih dan profesional di sekolah, ibu bapa pasti berasa yakin bahawa anak mereka akan mendapat untuk pendidikan awal kanak-kanak terbaik.
Beaconhouse Preschool Sri Petaling menawarkan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 2.5 tahun hingga enam tahun, dengan tumpuan diberikan terhadap perkembangan holistik. Terletak di Sri Petaling, sekolah yang dibina khas ini memiliki pelbagai kemudahan seperti kolam renang yang tertutup dan juga bilik muzik. Manakala kurikulumnya pula mengikuti falsafah "Play to Learn, Learn to Play" yang menggabungkan aktiviti hands-on denga matapelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik, dan Bahasa Cina. Penglibatan ibubapa amat digalakkan, bagi membina suasana pembelajaran yang penuh sokongan. Guru-guru yang profesional memastikan kanak-kanak di sekolah ini menerima pendidikan yang berkualiti dan sempurna, bagi menyediakan mereka untuk kejayaan di peringkat sekolah rendah, di samping menerapkan kemahiran yang perlu untuk masa hadapan yang cemerlang.
Sebahagian daripada jenama Eduwis yang terkemuka, Eduwis Kuchai Lama menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik dan berdasarkan rangka pembelajaran pendidikan awal Australia, digabungkan dengan unsur-unsur tempatan.
Terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, prasekolah ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah pendidikan muzik dan pembelajaran bersepadu berasaskan tema, yang diinspirasikan dari teori-teori lapan pendidik yang berpengaruh. Kemudahan-kemudahan yang tersedia termasuklah taman permainan, sudut muzik, sudut sains, dan sudut role play yang menyokong pembelajaran secara hands-on. Kurikulum di sini mengalakkan pemikiran kritis melalui aktiviti perbincangan dan pertanyaan soalan.
Kingsbee Preschool, Kuchai Lama adalah prasekolah yang membuatkan ibu bapa berasa selesa dan yakin dengan kemudahan, guru dan program yang disediakan. Tarikan utama sekolah ini adalah keselamatan yang terjamin ketika kanak-kanak berada di sekolah.
Kanak-kanak dididik menggunakan kurikulum pendidikan yang membolehkan mereka mempunyai peralihan lancar ke sekolah rendah dan terus cemerlang dalam kehidupan apabila mereka membesar. Tumpuan pendidikan merangkumi semua bidang perkembangan kanak-kanak dan menggunakan Teori Multiple Intelligence Howard Gardner untuk menyokong perkembangan seluruh otak. Kanak-Kanak selalu diberi peluang berinteraksi dalam kelas pembelajaran yang berorientasi kelompok, termasuk drama dan ucapan, imaginative play, aktiviti interaktif dan menggunakan objek sebenar untuk belajar.
Sekolah ini sentiasa mencari jalan untuk menyokong keluarga dan membangun budaya penglibatan ibu bapa di sekolah dan sesama ibu bapa. Setiap kanak-kanak akan berpeluang menyertai program Kingsbee ™ dan berkembang menjadi individu yang berjaya.
Little Urban Forest (LUF) di Taman Bukit Desa merupakan sebuah 'forest school' untuk kanak-kanak berusia 2-6 tahun. Ia menekankan peranan alam sekitar dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan bilik-bilik darjah yang terbuka, luas, serta dikelilingi laman yang hijau. Kurikulum di sini memberi tumpuan kepada pembelajaran di luar bilik darjah, kemahiran hidup, dan kelestarian, digabungkan dengan pembelajaran akademik yang menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah rendah. Dengan nisbah guru ke pelajar yang rendah, kanak-kanak melibatkan diri dalam penerokaan secara hands-on, program mingguan bagi membina kemahiran hidup, dan rombongan sambil belajar ke pelbagai tempat yang menarik.
Dalam lanskap pendidikan awal kanak-kanak, Piccoli Kindergarten sentiasa menonjol sebagai jenama yang dipercayai ibu bapa. Di sini, kanak-kanak berumur 18 bulan-6 tahun memulakan penerokaan penuh penemuan dan perkembangan. Terletak di Taman Gembira, tadika ini mendapat inspirasi dari pendekatan Reggio Emilia, yang digabungkan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Gabungan unik ini mencipta pengalaman pendidikan yang lengkap dan holistik, yang seterusnya memupuk rasa ingin tahu semulajadi kanak-kanak dan menyokong perkembangan peribadi mereka. Pendekatan Reggio Emilia menekankan peranan persekitaran (ruang fizikal, bahan dan aparatus) sebagai "guru ketiga" dalam membentuk pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan ini menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka secara amali dan memupuk kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah. Dengan penggabungan KPSK dalam kurikulum mereka, Piccoli Kindergarten memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang komprehensif dan lengkap untuk mereka melangkah ke alam persekolahan.
Sekolah Antarabangsa Campus Rangers, 9Seputeh menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan pelajar akan memperoleh manfaat daripada suasana persekolahan yang mesra yang membawakan kebaikan yang mutlak untuk setiap pelajar. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran IGCSE pada 2012 oleh pasangan suami isteri yang kedua-duanya merupakan pendidik berpengalaman dengan visi untuk menginspirasi dan mengubah kehidupan pelajar. Bagi kebanyakan pelajar, jika bukan kesemuanya, pengalaman pembelajaran diperibadikan telah membawa perubahan; mereka dapat menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh mereka di sekolah lain. Melihatkan pencapaian luar biasa ini, para pengasasnya mencari jalan untuk memperkembangkan visi mereka. Pada hari ini, sekolah ini berdiri dengan kampus yang lebih besar sementara terus mengekalkan komuniti yang erat dan mesra sama seperti dahulu.
Di Campus Rangers, para pelajar belajar merentasi kontinuum program yang berpandukan kerangka pendidikan British. “Kami melengkapi pelajar dengan pendidikan holistik dan berkualiti, menanamkan mereka dengan nilai dan amalan ketuhanan, dan mengubah kehidupan melalui kasih sayang, keprihatinan dan bimbingan kaunseling. Kami memastikan tiada seorang pun yang tertinggal di belakang,” kata Mr. Ho, pengasas Sekolah Antarabangsa Campus Rangers.
Terletak di sebuah taman perumahan yang penuh kehijauan, Small Wonder Malaysia, Taman OUG membekalkan pengalaman pembelajaran yang holistik di mana pembelajaran dan permainan diseimbangkan. Terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, kurikulum sekolah menggabungkan elemen dari Montessori, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, dan pembelajaran secara projek bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi setiap kanak-kanak. Sekolah ini juga mempunyai reka bentuk dan ruang yang cantik, dengan ciri-ciri seperti Mini Theatro dan juga kolam ikan, membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran di luar dan berinteraksi dengan habitat-habitat semulajadi.
Sunshower Educare merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang hebat. Sekolah ini menekankan pendidikan yang diperibadikan dan juga perkembangan kanak-kanak yang holistik. Diinspirasikan daripada falsafah Reggio Emilia, ia fokus terhadap pembelajaran berasaskan alam semula jadi dan menawarkan kurikulum yang komprehensif. Sekolah ini juga menyediakan persekitaran yang selamat dan memupuk dengan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang ketat. Guru-guru juga sentiasa memperkembangkan kemhiran mereka agar si kecil sentiasa dibimbing dengan sempurna. Dalam kata lainnya, Sunshower Educare menerbitkan rasa cintakan ilmu, memupuk potensi serta menanamkan keyakinan dalam diri kanak-kanak untuk masa hadapan yang cemerlang.
Berdasarkan 5 idea besar, kurikulum Super Genius Kids menyediakan kanak-kanak menjadi pelajar yang hebat dan membina watak mereka serta menerapkan nilai-nilai yang baik. Kurikulum dinamik dan holistik, bersama-sama dengan guru yang berpengalaman dan kemudahan yang baik menjanjikan persekitaran yang menarik dan kondusif bagi kanak-kanak untuk mencapai kecemerlangan.
Tiada siapa yang tertinggal kerana kelas tambahan dan aktiviti pengayaan boleh disediakan untuk kanak-kanak jika mereka memerlukannya. Pelajaran bukan hanya di bilik darjah, tetapi juga melalui field trips dan lawatan ke tempat-tempat seperti Zoo Negara dan Menara KL. Dengan tekad dan semangat dari sekolah ini dan kelas yang menyeronokkan, sudah tentunya sekolah ini dapat memupuk minda anak-anak kecil untuk menjadi pelajar seumur hidup.
The children’s house merupakan nama yang dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan untuk program pendidikan Montessori mereka, dan cawangan terbaru mereka di Taman OUG mempunyai segala ciri-ciri jenama TCH: persekitaran yang mesra dan tersedia, ruang yang cantik, serta guru-guru terlatih dalam kaedah Montessori, yang sanggup pergi lebih jauh bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai potensi maksima mereka. Selain membina asas yang kukuh dalam kemahiran literasi dan numerasi – aspek-aspek yang penting dalam perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh – program di TCH juga menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan prinsip-prinsip moden abad ke-21, bagi memupuk individu yang mampu beradaptasi, teguh, dan mampu berfikiran secara kritis dan berdikari.
VIP Kindergarten, Sri Petaling mengamalkan pendekatan yang seimbang terhadap pendidikan awal kanak-kanak, dengan tumpuan diberikan kepada perkembangan IQ, EQ, dan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences). Kurikulum ini direka khas untuk menyediakan kanak-kanak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan menggabungkan pembelajaran sambil bermain semasa tahun awal kanak-kanak, sebelum beralih ke kelas yang lebih berstruktur apabila mereka berusia lima hingga enam tahun. Murid-murid belajar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif, dan dapat menyertai pelbagai aktiviti praktikal seperti memasak dan bercucuk tanam, serta memperoleh perspektif yang unik mengenai masyarakat, alam sekitar, dan komuniti menerusi lawatan sambil belajar.
YGLR, Sri Petaling (Pusat Jagaan Cahaya Li Ren) menawarkan suasana yang mesra, yang direka khas untuk menerapkan semangat permainan yang positif serta interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak. Selain tadika, mereka juga menawarkan perkhidmatan jagaan harian dan kelas tuisyen untuk pelajar sekolah rendah. Sekolah YGLR mengambil unsur-unsur dari kurikulum “Sunshine Li Ren”, dan menggabungkannya dengan amalan tempatan bagi mempersiapkan anak-anak untuk alam persekolahan rendah dan selanjutnya. Kurikulum mereka berteraskan pendidikan kanak-kanak dan merangkumi skop Kemahiran yang harus dikuasai kanak-kanak supaya mereka boleh menikmati alam kanak-kanak yang gembira dan masa hadapan yang cerah. Untuk kemudahan para ibu bapa yang bekerja, YGLR menawarkan program sepanjang hari dan juga beroperasi untuk jangka masa yang panjang setiap hari, termasuklah cuti sekolah. Jadual seharian merangkumi masa untuk pendidikan formal, aktiviti selepas sekolah, masa tidur, dan juga masa makan.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.