by on 09/07/2024 206
Sorotan Utama |
|
Jenama The children’s house dipercayai oleh ibubapa di Malaysia semenjak tahun 1986 lagi. Diasaskan oleh Nan Civel (atau lebih mesra disapa ‘Auntie Nan’), The children’s house merupakan prasekolah pertama di Malaysia yang mengamalkan program Montessori yang komprehensif dan menyeluruh. Sejak penubuhannya, jenama sekolah ini telahpun mendidik seramai 20,000 kanak-kanak dari 50 negara, dan bilangan ini kian bertambah setiap tahun.
Dibuka pada tahun 2024, The children’s house di Taman OUG merupakan cawangan terbarunya, dengan dedikasiyang kuat terhadap memupuk pelajar abad ke-21, melalui prinsip-prinsip yang telah diwariskan oleh Maria Montessori berdekad yang lalu.
Persekitaran prasekolah yang dipenuhi kehijauan membekalkan ruang yang selesa untuk bayi dan kanak-kanak berusia lapan bulan hingga tiga tahun, di mana mereka boleh berkembang melalui program Montessori Playgroup. Lokasi sekolah yang dekat dengan Jalan Kelang Lama dan Lebuhraya Kesas memudahkan ibubapa untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka dari sekolah.
Salah satu tunjang utama kaedah Montessori adalah kewujudan persekitaran tersedia (prepared environment).Bagi mewujudkan persekitaran yang paling optimal untuk pembelajaran kanak-kanak, setiap unsur dalam persekitaran tersebut perlu memenuhi sebuah matlamat dan keperluan – sama ada dari segi pencahayaan ruang tersebut, mahupun perabot dan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak.
The children’s house, Taman OUG jelas mengikuti falsafah ini dalam reka bentuk ruangannya. Taman di kawasan lapang sekolah dipenuhi dengan pokok-pokok yang redup, di mana kanak-kanak boleh bermain dan meneroka. Terdapat juga sebuah taman permainan yang interaktif bagi mengalakkan interaksi sosial.
“Persekitaran tersedia kami direka khusus untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi ulung mereka, melalui ruang yang luas dan sesuai untuk tahap umur masing-masing. Selain itu, ia juga mengalakkan pembelajaran secara berdikari di samping menerapkan sikap positif terhadap pembelajaran, sekaligus menghasilkan individu yang pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan," – Aunty Nan
Ruang dalaman sekolah juga direka khas untuk mewujudkan suasana yang ceria dan mengalu-alukan. Tingkap yang tinggi dan genting kaca (skylight) mencerahkan bilik darjah dengan sinaran matahari secara semulajadi, manakala lantai dan perabot pula dibuat dari kayu dan memberikan perasaan yang tenang.
Selaras dengan prinsip-prinsip Montessori, bahan-bahan pembelajaran disusun kemas mengikut tahap perkembangan kanak-kanak, dan memberikan mereka kebebasan untuk menggunakan bahan yang mereka sukai, dalam persekitaran yang berstruktur.
Kurikulum The children’s house’s direka khas untuk membantu kanak-kanak menguasai asas literasi dan numerasi, di samping menerapkan rasa cinta terhadap ilmu dalam diri mereka. Lima bidang utama termasuklah:
Kemahiran hidup praktikal Bidang ini membantu kanak-kanak menguasai daya motor kasar dan daya motor halus mereka, dan juga daya tumpuan dan koordinasi. Melalui aktiviti-aktiviti seperti menuang air dan menggunakan pengapit, kanak-kanak dapat meningkatkan daya pergerakan mereka dan seterusnya menyediakan mereka untuk menulis. Aktiviti-aktiviti ini tidak sekadar membina kemahiran sahaja, terapi juga mengajar kanak-kanak kepentingan menyiapkan tugasan secara berdikari, dan menerapkan rasa bangga terhadap apa yang mereka lakukan.
Sensori: Dalam bidang ini, kanak-kanak digalakkan untuk meningkatkan rasa deria mereka melalui pelbagai bahan dan aktiviti yang melibatkan tekstur, bunyi, rasa, bau, saiz, dan warna. Hal-hal ini akan membantu mereka meningkatkan kesedaran mereka terhadap dunia di sekeliling, sesuatu yang amat penting untuk perkembangan kognitif dan emosi.
Bahasa: Kanak-kanak di The children’s house ditempatkan dalam persekitaran imersif yang kaya bahasa, di mana mereka belajar menggunakan bahan-bahan bercetak untuk mengenali huruf dan kosa kata. Kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam bahasa melalui aktiviti phonics, membaca, tatabahasa, dan juga menulis.
Bekerja dengan nombor: Bidang ini memperkenalkan kanak-kanak kepada dunia nombor dan konsep matematik asas melalui aktiviti seperti mengira, menambah, menolak, bahagi, dan juga sistem perpuluhan, bagi membantu kanak-kanak mengembangkan pemahaman konkrit dan abstrak, yang akan menyokong mereka dalam pembelajaran matematik yang lebih kompleks pada masa hadapan.
Budaya: Kanak-kanak didedahkan kepada seni, muzik, dan dunia di sekeliling mereka melalui pelbagai aktiviti. Pendedahan ini membantu mereka menghayati amalan budaya yang lain dan juga persekitaran yang berlainan, supaya mereka dididik menjadi warganegara global yang bertanggungjawab dan menghormati antara satu sama lain.
Bagi memastikan setiap kanak-kanak berkembang ke potensi mereka yang sepenuhnya dan untuk membekalkan mereka dengan pengalaman pembelajaran yang individu, nisbah dalam setiap bilik darjah dikekalkan pada bilangan yang rendah, iaitu 1:3 untuk bayi dan 1:5 untuk kanak-kanak toddler. Guru-guru di sini semuanya mempunyai kelayakan yang sesuai dan juga pengalaman dalam Montessori – mereka bukan sahaja cekap dalam kaedah Montessori, tetapi juga memiliki rasa kasih sayang terhadap kanak-kanak.
Secara kesimpulannya, The children’s house, Taman OUG mewakili standard yang tinggi dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kurikulumnya yang ulung mengikuti kaedah Montessori bagi memupuk kanak-kanak yang mempunyai sifat belas kasihan, empati, yakin, dan berdikari, dengan kemahiran sosial yang tinggi serta rasa cinta terhadap ilmu yang berkekalan.