by on 11/07/2019 1900
Tadika Kingsbee, Kuchai Lama memenuhi ideologi tadika contoh kepada ibu bapa dan mewakili keperluan mereka dengan penyelesaian yang kreatif. Tadika ini merupakan sebuah tempat yang memberi keselesaan dan keyakinan terhadap kemudahan dan program yang disediakan serta terhadap para guru sendiri. Tadika ini turut memberi penekanan kepada keselamatan dan ketenteraman minda apabila kanak-kanak berada di sini. Kanak-kanak akan diberikan penjagaan yang terbaik dan dibimbing oleh para guru yang terlatih dan prihatin terhadap perkembangan dan kesejahteraan mereka. Masa kanak-kanak akan diluangkan di Tadika Kingsbee Kuchai Lama ini dalam persekitaran yang menyokong perkembangan mereka bagi menyediakan mereka terhadap sesi persekolahan.
Keselamatan tahap premium dipraktikkan di tadika ini demi kesejahteraan kanak-kanak, para pekerja dan keluarga. Ia beroperasi di bawah 3 lapisan sistem keselamatan untuk memastikan hanya petugas dengan autoriti boleh memasuki kemudahan ini. Pintu masuk utama tadika ini diawasi oleh penjaga keselamatan dan kamera pengawasan CCTV yang mencukupi di setiap kawasan utama. Pergerakan keluar masuk ibu bapa dan pelawat diuruskan dengan pintu keselamatan dan sistem intercom video.
Suasana yang damai dan mesra di sini dapat memberikan pengalaman belajar dalam kumpulan yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Reka bentuk yang luas dan terbuka dengan cahaya semula jadi menjadi penyeri dalam tempat bermain mereka. Warna-warna lembut digunakan untuk memberikan kesan damai dan ruang-ruang serta kemudahan di sini disesuaikan dengan tinggi kanak-kanak. Keseronokkan kanak-kanak dalam melibatkan diri dengan setiap aktiviti dan sikap positif mereka menjadi bukti bahawa suasana di sini digemari oleh mereka.
Metod yang dipraktikkan di Tadika Kingsbee mampu membantu kanak-kanak dalam menghadapi dunia luar dan menggalakkan rasa ingin tahu, kemahiran berfikir secara kritikal dan keyakinan mereka dengan pendidikan kreatif seperti melalui pementasan drama dan perucapan, bermain, aktiviti interaktif serta menggunakan objek untuk belajar.
Penggunaan drama dalam proses pembelajaran merupakan kaedah penting untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dan mengekspresi diri masing-masing. Kaedah ini memberikan perkembangan sihat terhadap kesemua aspek dan mendedahkan sisi kreatif kanak-kanak, personaliti positif serta keyakinan mereka. Di sini, kanak-kanak didedahkan dengan peluang belajar yang luas mengikut kategori tertentu seterusnya menggalakan mereka untuk:
Pengasas Tadika Kingsbee, Kuchai Lama percaya bahawa komitmen yang tinggi diperlukan untuk memastikan kualiti penjagaan, pendidikan, keselamatan dan kesejahteraan setiap kanak-kanak di sini terjaga. Mereka sentiasa akan memastikan dorongan diberikan kepada keluara demi membina budaya kerjasama antara ibu bapa dan sekolah serta kominiti antara ibu bapa dengan ibu bapa yang lain. Komunikasi merupakan kunci dan ibu bapa akan dimaklumkan tentang setiap perkembangan anak-anak mereka secara berkala melalui aplikasi telefon bimbit. Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh belajar mengenai cara yang paling berkesan untuk memaksimumkan hasil pembelajaran kanak-kanak melalui bengkel ibu bapa yang diadakan di sini.
Setiap kanak-kanak yang mendaftar di Tadika Kingsbee Kuchai Lama ini dianggap sebagai individu yang serba boleh dan berpotensi tinggi. Para guru di sini memahami keunikkan setiap kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan diri masing-masing dalam setiap aktiviti yang diadakan. Kurikulum yang kukuh, persekitaran yang menggalakkan serta bantuan dari para guru yang berdedikasi mampu membantu mereka dalam semua program di sekolah ini dan seterusnya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.