by on 22/02/2025 1060
Sorotan Utama |
|
Little Dreamers Childcare Centre, Klang menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak dan bayi berusia 2 bulan hingga 4 tahun. Dibuka pada 2019, pusat ini memberi ketenangan fikiran kepada ibubapa apabila mengetahui mereka telah memilih persekitaran yang selamat, memupuk perkembangan dan penuh kesoronokan untuk anak-anak mereka membesar. Penjaga yang penyayang di Little Dreamers komited untuk membimbing anak-anak kecil meneroka keajaiban dunia dan mula mencintai pembelajaran sepanjang hayat dalam tahun-tahun pertama yang berharga.
Di sini, kanak-kanak menggunakan masa mereka di sini untuk bermain dan meneroka dalam kemudahan yang menarik dan dicat terang. Melangkah sahaja ke Little Dreamers, pusat ini terasa selesa dan kemas dengan jumlah cahaya semula jadi yang cukup dari tingkap yang besar. Terdapat kawasan berstruktur untuk memenuhi keperluan kumpulan umur yang berbeza - satu dilengkapi dengan katil bayi untuk bayi; satu lagi, kawasan lapang untuk kanak-kanak kecil menikmati aktiviti yang direka mengikut keperluan dan minat mereka. Setiap ruang disusun dengan teliti dengan perabot, bahan dan set mainan yang sesuai dengan perkembangan mental dan fizikal.
Di Little Dreamers, guru-guru hanya mahukan kanak-kanak berasa teruja dan gembira untuk ke sekolah setiap hari kerana mereka tahu kanak-kanak membesar dan belajar dengan paling optimum apabila mereka berseronok. Guru-guru berkongsi kegembiraan apabila kanak-kanak ketawa, menunjukkan kemajuan, dan mencapai tonggak perkembangan. Mereka memahami bahawa tiada dua kanak-kanak yang serupa, dan inilah sebabnya mereka menyesuaikan program mereka untuk memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak pada setiap peringkat pembelajaran dan mendorong mereka untuk membesar mengikut kadar mereka sendiri.
Pusat ini menawarkan 2 program: Infant Care/Penjagaan Bayi (2-18 bulan) & Toddlers/Kanak-kanak Kecil (19-48 bulan).
Bermula daripada umur 2 bulan, program Infant Care direka untuk memupuk si kecil dengan penjagaan yang diperibadikan berdasarkan jadual unik mereka dan panduan pemakanan. Pada tahap yang memerlukan penjagaan rapi ini, setiap kanak-kanak menjalinkan hubungan yang membina dengan pengasuh khas, memupuk rasa percaya dan selamat. Pengasuh mendorong perkembangan bayi dengan penuh perhatian melalui aktiviti mudah untuk membantu mereka mencapai tonggak perkembangan dalam sensori awal, pola pemakanan, komunikasi dan perkembangan motor seperti belajar menggulingkan diri, merangkak, senyum dan mengoceh. Aktiviti mudah tetapi sangat berkesan dalam membantu perkembangan ini termasuklah urutan bayi, terapi hidro, kad imbasan,muzik, nursery rhyme, menconteng, bermain dengan span, melukis dengan kereta mainan dan pelbagai lagi aktiviti yang merangsang sensori dan visual. Pengasuh-pengasuh berkerjasama rapat dengan ibubapa untuk memahami setiap keperluan dan rutin bayi untuk memastikan mereka selesa berada di sini. Ibubapa juga diberi laporan semasa melalui aplikasi mobil Oodlins.
Apabila si kecil membesar, program disini menyokong peralihan dari bayi ke zaman kanak-kanak secara teliti. Kanak-kanak dipandu dengan lembut ke arah jadual yang lebih teratur dan berstruktur untuk memberikan mereka aktiviti yang konsisten dan masa rehat. Fokus kali ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan pelbagai pengalaman fizikal (hands-on) yang akan memupuk perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal. Ketika masa mereka di Little Dreamers, setiap hari dipenuhi dengan keajaiban. Mereka dapat menikmati aktiviti berdasarkan tema yang menyeronokkan, seperti menulis dengan kayu aiskrim, memotong doh mainan, melukis di atas kerajang, kraf perayaan kebudayaan, permainan dengan tujuan, latihan amali kehidupan, membakar kek, memasak dan juga bermain air sambil memperoleh konsep awal dalam pelbagai jenis bidang pembelajaran – daripada celik huruf dan nombor, sehinggalah ke seni dan sains. Apabila kanak-kanak belajar berdikari, mereka akan mula untuk mengembangkan kemahiran komunikasi, keyakinan, percaya diri, dan kecerdasan sosial untuk maju ke peringkat tadika.
Little Dreamers mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah pengawasan mereka. Pagar keselamatan dan kamera CCTV dipasang untuk memastikan kanak-kanak membesar dalam lingkungan yang selamat; proses pembersihan dan sanitasi yang menyeluruh dibuat secara berkala, lebih-lebih lagi dalam masa sekarang; guru-guru juga dilatih dalam prosedur pertolongan cemas. Mengekalkan persekitaran yang memupuk tumbesaran juga bermaksud memberi si kecil makanan seimbang (termasuk snek) yang halal dan disediakan segar di pusat tersebut.
Seluruh pasukan di Little Dreamers berkongsi matlamat yang sama – untuk memberi kanak-kanak tahun-tahun pertama yang paling hebat dalam hidup mereka. Untuk ibu bapa pula, anda boleh menjangkakan lebih dari penjagaan kanak-kanak yang penyayang apabila anda mendaftarkan anak anda di sini. Kanak-kanak akan dilentur secara luaran dan dalaman, dan para keluarga akan berhubung dengan baik melalui komunikasi terbuka untuk menggalakkan hasil pembelajaran yang optimum. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Little Dreamers adalah tempat istimewa yang menginspirasikan kegembiraan, persahabatan, keyakinan dan jaminan untuk kanak-kanak berkembang maju di masa akan datang.