by on 02/01/2018 2373
Tadika Genius Riang yang juga dikenali sebagai Super Genius Kids ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Puan Hong dan Puan Chew. Walaupun penubuhannya masih baru, Puan Hong dan Puan Chew masing-masing merupakan pengusaha tadika yang luar biasa. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman dengan Kementerian Pendidikan selama lebih dari 10 tahun.
Penubuhan tadika ini bermula apabila Puan Hong menyedari bahawa beliau mampu menyumbang lebih lagi demi masa depan generasi akan datang. Beliau ingin membawa visinya sendiri dalam pembelajaran kanak-kanak di samping memupuk dan membimbing kanak-kanak masa kini.
Kurikulum dan kaedah pengajaran yang dirancang khas di tadika ini merupakan integrasi ahli falsafah pendidikan awal terkenal, Program Pembelajaran Aksara Cina Bergambar E-SEE (E-SEE PCC) dan sistem pendidikan KPM.
Puan Hong berganding bahu bersama Puan Chew oleh kerana hal ini boleh dicapai melalui penubuhan tadika swasta, iaitu Tadika Genius Riang.
Kurikulum dan kaedah pembelajaran di tadika ini berasaskan pendekatan pembelajaran yang direka sendiri oleh Puan Hong dan rakan perundingnya yang mempunyai pengalaman sebagai pensyarah dan penulis. Mereka berdua turut menghasilkan buku mereka sendiri. Kanak-kanak disini diajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Moral, Sains, dan Matematik. Sedikit penekanan diberikan kepada subjek Bahasa Malaysia dan Mandarin oleh kerana fokus tadika ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah, terutamanya sekolah rendah Cina. Jolly Phonics digunakan untuk mengajar Bahasa Inggeris dan dedikasi yang tinggi diberikan dalam menyediakan bahan pengajaran yang relevan.
Demi memberi peluang kepada para guru untuk meluangkan masa bersama setiap pelajar, saiz kelas di sini adalah kecil. Oleh kerana sesetengah pelajar mungkin lemah dalam bahasa tertentu, kelas tambahan turut diberikan selepas sesi persekolahan. Kelas tambahan seperti seni dan kraf tangan, muzik dan tarian mampu memberikan pembelajaran menyeluruh kepada kanak-kanak serta memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan.
Tadika Genius Riang percaya bahawa kesabaran merupakan kunci kepada hati kanak-kanak. Puan Hong dan Puan Chew sering mencuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak dalam bahasa ibunda mereka sendiri supaya mereka lebih memahami ayat yang cuba disampaikan. Apabila kanak-kanak lebih menerima guru mereka, pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Selain itu, kanak-kanak juga akan lebih gembira dengan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan.
Oleh itu, kelas-kelas di sini sangat luas, terang dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Bukan itu sahaja, terdapat juga bilik bermain yang dilengkapi pelbagai mainan dan sumber berunsurkan pendidikan seperti blok binaan, alatan untuk main peranan dan penceritaan. Pelbagai buku cerita turut disediakan di sini.
Selain daripada perkembangan akademik, tadika ini turut memberi penekanan pada pembentukan karakter kanak-kanak. Puan Hong percaya bahawa nilai murni membentuk diri seseorang. Dengan sikap yang positif terhadap kehidupan, seseorang itu akan menjadi bahagia dan berjaya, seiring dengan moto Tadika Genius Riang: Keinginan Mendalam untuk Belajar dan Berjaya. Puan Chew turut menukar lirik dan menyusun semula lagu-lagu kanank-kanak yang popular untuk mengajar nilai moral di samping mengajar mereka bahasa melalui lirik-lirik tersebut.
Tadika Genius Riang turut mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, KidZania, Farm in the City, Kilang Coklat Beryl’s dan Menara KL. Semasa lawatan ini, pelajar diberikan pendedahan kepada dunia luar. Hal ini mampu memberikan pengalaman berbeza dan menambah perasaan ingin tahu mereka.
Untuk mendekati kanak-kanak dan ibu bapa mereka, Tadika Genius Riang menggunakan moto
Keinginan Mendalam untuk Belajar dan Berjaya
Perkara ini lahir daripada kepercayaan tulus mereka bahawa semua kanak-kanak boleh belajar. Keinginan yang kuat untuk belajar akan diiringi oleh sikap positif kepada pembelajaran itu sendiri. Dengan semangat, dedikasi dan keazaman mereka, saya tidak mempunyai keraguan bahawa mereka mampu merealisasikan visi mereka di Tadika Genius Riang.