by on 10/02/2025 32
Sorotan Utama |
|
Terletak di kawasan perumahan yang tenang dan diselubungi kehijauan di Taman Desa, KaydeGarden merupakan sebulah prasekolah yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Prasekolah ini amat sesuai untuk ibubapa yang inginkan tempat di mana anak-anak mereka dapat membina asas yang kukuh dalam akademik dan meningkatkan daya kreativiti mereka dalam persekitaran yang mesra, seperti rumah sendiri.
Sekolah ini diasaskan oleh Kay (itulah sebab sekolah dinamakan Kayde Garden), seorang profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau memimpin pasukan tenaga pengajar yang penyayang dan berpengalaman. Visi mereka adalah untuk mewujudkan tempat di mana kanak-kanak boleh dipupuk, dibimbing, dan sedia untuk menghadapi cabaran peringkat kehidupan yang seterusnya – dan melihat dari segi kemudahan, persekitaran, dan program di prasekolah ini, nampaknya mereka dapat memenuhi segala keperluan perkembangan kanak-kanak.
Peralihan ke sekolah rendah—terutamanya SJKC—merupakan sebuah cabaran untuk ramai kanak-kanak. Oleh itu, kurikulum di Kayde Garden direka khas untuk membimbing murid-murid secara lembut tetapi berdisiplin supaya mereka biasa dengan rutin akademik, tetapi masih mengekalkan pendekatan yang menarik, menyeronokkan, dan sesuai untuk peringkat umur masing-masing.
Untuk kanak-kanak kecil (2 hingga 4 tahun), tumpuan adalah terhadap meningkatkan daya motor halus mereka, menyesuaikan mereka dengan rutin seharian, dan belajar sambil bermain. Mengambil inspirasi dari kaedah Montessori, kanak-kanak diajar untuk menggunakan bahan-bahan pembelajaran secara berdikari, dan membina keyakinan dalam proses penerokaan dan perkembangan ini.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar pula (5 hingga 6 tahun), pendekatan ini berubah sedikit dan kini lebih berstruktur dan melibatkan pelbagai projek. Salah satu contoh ialah projek kacang hijau di mana kanak-kanak menanam tumbuhan mereka sendiri, melakukan pemerhatian dan menulis rekod—menjadikan matapelajaran Sains lebih menarik. Pendekatan berasaskan projek ini selaras dengan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mengalakkan rasa ingin tahu dan pemikiran secara kritis.
Kelas di sini bukan sahaja melibatkan buku atau projek. Aktiviti-aktiviti seperti Little Gardener, seni dan kraf, permainan air, dan sesi memasak (Little Chef) memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk meluahkan perasaan mereka, belajar kemahiran baru, dan lebih penting lagi, menikmati keseronokan menimba ilmu.
Bagaimanakan rutin harian di prasekolah ini? Ibubapa boleh berasa lega kerana ia direka dengan masa untuk belajar, bermain, dan berehat yang seimbang. Prasekolah ini menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari, bermula dari jam 8.30 pagi. Untuk sesi separuh hari, kanak-kanak 3 tahun pulang dari sekolah pada pukul 12 tengah hari, manakala kanak-kanak 4-6 tahun pulang pada pukul 12.30 tengah hari. Manakala sesi sepenuh hari pula berlangsung sehingga 6.40 petang. Waktu pagi dipenuhi dengan kelas Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Malaysia, Sains, dan Matematik, dan kelas-kelas ini dikendalikan secara kreatif supaya murid-murid berasa seronok untuk belajar.
Untuk kanak-kanak dalam program sepenuh hari, waktu petang juga amat menggayakan. Selepas makan tengah hari, mereka diberi masa untuk bersantai, tidur, atau melakukan aktiviti seperti bermain dengan alatan teka-teki. Seterusnya, mereka menikmati snek dan terdapat lebih banyak aktiviti lagi seperti sesi bercerita, seni dan kraf, serta drama dan pidato.
Terdapat juga kelas muzik dan pergerakan dalam rutin mingguan di sini yang dikendalikan oleh guru spesialis, selain kelas Taekwondo setiap hari Khamis. Salah satu program penggayaan yang unik adalah Hua Wen Ying Yue Hui Ben, program muzik dan bercerita dalam bahasa Mandarin yang membina kemahiran bahasa dan pemikiran kreatif – ia amat berguna untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran menulis karangan mereka apabila mereka ke sekolah rendah.
Tidak senang untuk murid-murid menyesuaikan diri apabila mereka ke sekolah rendah terutamanya SJKC. Untuk memudahkan peralihan ini, pihak prasekolah menyediakan murid-muridnya dengan menerapkan elemen spelling (ejaan Bahasa Inggeris), ejaan, dan ting xie (kemahiran lisan dalam Bahasa Mandarin). Untuk kanak-kanak berusia 5 tahun, mereka juga akan mula menyiapkan kerja roman semasa penggal kedua persekolahan mereka.
Tetapi ia bukan sahaja tentang akademik. Guru-guru di sini juga rajin membantu kanak-kanak membina sikap yang positif terhadap penimbaan ilmu dan secara menyeluruh, seperti cara berinteraksi dengan kawan-kawan, sopan santun dalam kelas, dan banyak lagi – kemahiran-kemahiran yang diperlukan di sekolah rendah dan kehidupan secara lazim.
Salah satu aspek yang disukai ramai ibubapa adalah suasana KaydeGarden yang ramah dan selesa. Berbeza dengan sesetengah prasekolah yang terlalu formal dan menyerupai sebuah institusi – di sini, kanak-kanak disambut dengan suasana dan persekitaran yang mesra, yang terasa seperti lanjutan rumah sendiri.
Kanak-kanak bebas untuk meneroka juga. Prasekolah ini legkap dengan empat bilik darjah yang selesa, dewan multimedia, ruang bercucuk tanam, perpustakaan mini, dan akuarium untuk pemerhatian sains. Kanak-kanak kerap belajar di luar bilik darjah dan digalakkan untuk melakukan penerokaan alam sekitar dan eksperimen di halaman sekolah, di mana mereka dapat menikmati udara segar dan nyaman.
Keselamatan dan kebersihan amat dititikberatkan, dengan CCTV di setiap sudut, dan pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa seperti pemeriksaan pintu keluar api. Setiap bilik darjah dan ruang sekolah dilengkapi dengan pembersih udara supaya kanak-kanak dapat menikmati udara yang bersih. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan tengah hari dan makan malam yang sedap dan berkhasiat untuk kanak-kanak.
Di KaydeGarden, mereka amat mementingkan komunkasi yang baik dengan ibubapa. Melalui applikasi WhatsApp dan applikasi Oodlins, ibubapa dikemas kini tentang kemajuan anak-anak mereka. Sama ada kemas kini tentang aktiviti harian mereka, pengumuman acara, mahupun laporan kemajuan, pihak sekolah memastikan komunikasi antara kedua-dua pihak sentiasa lancar.
Prasekolah ini turut mengadakan pelbagai acara untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak mereka, seperti Hari Sukan dan konsert tahunan, memberi peluang kepada ahli keluarga untuk mencipta detik yang manis dengan si kecil.
KaydeGarden memenuhi cogan kata mereka iaitu “Your Friendly Neighbourhood Kindergarten” (Prasekolah Kejiranan yang Mesra). Ia sebuah tempat di mana kanak-kanak bukan dilihat sebagai murid-murid sahaja tetapi merupakan sebahagian daripada komuniti yang erat, dan kanak-kanak berasa seronok menghadiri sekolah setiap hari kerana sentiasa terdapat benda yang baru untuk dipelajari.