by on 18/03/2025 423
Sorotan |
|
Mencari prasekolah yang sesuai adalah cabaran bagi ibu bapa kerana ini adalah tempat anak kecil anda akan meluangkan sebahagian besar masa mereka. Anda pasti mahu prasekolah yang terbaik untuk mereka.
Sunshower Educare, Happy Garden Sunshower Educare, Happy Garden adalah prasekolah yang sesuai. Di sini, kanak-kanak akan dihormati dan dijaga dengan sebaik mungkin. Terletak di kawasan kejiranan yang damai di Happy Garden, KL, prasekolah Reggio Emilia ini mempunyai persekitaran yang selesa dan kemudahan yang lengkap serta pendidikan yang kukuh khas untuk kanak-kanak berumur 2 – 6 tahun.
Persekitaran kanak-kanak dapat mempengaruhi cara mereka belajar dan membesar. Kemudahan sekolah yang dirancang dengan teliti boleh membuat pelajar belajar dengan lebih baik. Prasekolah ini meliputi kawasan seluas 10,000 kaki persegi. Ia adalah ruang yang besar untuk kanak-kanak bermain dan meneroka.
Taman di luar adalah tempat mereka boleh melakukan aktiviti berkebun, permainan air, dan bersukan untuk menguatkan ciri-ciri fizikal mereka. Apabila anda melangkah masuk, anda akan menjumpai ruang penerimaan tetamu yang selesa sebelum anda memasuki bilik darjah. Maknanya, ruang tetamu tersebut juga digunakan sebagai lapisan keselamatan tambahan.
Setiap bilik darjah dipenuhi dengan paparan interaktif dan bahan pembelajaran yang dipilih dengan teliti. Terdapat juga bilik khas seperti dewan serbaguna, bilik multimedia, studio tarian, bilik muzik, stesen lakonan, serta perpustakaan.
Prasekolah tesebut mempunyai sistem keselamatan yang ketat termasuk pengawasan CCTV 24/7, sistem penapisan air yang canggih, sistem pembersihan udara UV, cat berteknologi nano, dan sanitasi berkala. Jadi, ibu bapa boleh berasa tenang hati kerana anak-anak mereka berada di tempat yang sempurna.
Di Sunshower Educare, pembelajaran sentiasa seronok dan menarik. Pedagoginya memberi tumpuan kepada enam bidang teras: fizikal, sosio-emosi, bahasa, kreativiti, matematik awal, dan perkembangan deria.
Pedagogi ini bermakna kanak-kanak tidak hanya belajar di depan papan putih. Di sebaliknya, terdapat banyak aktiviti praktikal seperti membina ‘robot’ daripada bahan kitar semula, menggunakan barang yang dikumpul dari taman untuk membina 'sarang burung', atau bercerita melalui persembahan boneka. Setiap minggu biasanya dipenuhi dengan aktiviti dan pembelajaran yang berasaskan muzik dan pergerakan, drama, membuat kek, atau pendidikan seni.
Selain itu, penggunaan dwibahasa memberikan kanak-kanak asas kukuh dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Sekolah ini juga menggunakan sukatan pelajaran Bahasa Inggeris Cambridge yang diintegrasikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Ini memastikan kanak-kanak juga bersedia secara akademik untuk sekolah rendah, terutamanya untuk SJKC.
Prasekolah ini juga menyediakan aktiviti tambahan yang bermanfaat seperti kelas bahasa Mandarin, kelas puisi Mandarin, drama, Taekwondo, balet, seni & kraf, dan pelajaran piano. Pakar-pakar diupah untuk mengajarnya.
"Kami sentiasa meningkatkan mutu guru-guru kami. Ia membantu dalam kerjaya mereka serta meningkatkan kualiti pendidikan kepada kanak-kanak di sini," kata CEO Sunshower Educare, Encik Steven Lim.
Guru-guru di sini mempunyai ijazah Sarjana dalam Pendidikan dan Bahasa. Jadi, mereka adalah pakar di dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, menjadi pendidik yang bagus adalah melangkaui kelayakan kertas. Seseorang guru mesti mempunyai keikhlasan, dedikasi dan kasih saying terhadap kanak-kanak.
Peribahasa menyatakan 'Seluruh kampung diperlukan untuk membesarkan seorang anak'. Sebagai prasekolah di kawasan perumahan, mereka telah menjalin hubungan erat dengan komuniti---sama ada dengan penduduk di kawasan ini, atau dengan ibu bapa yang kerap terlibat dalam proses tumbesaran anak mereka.
Sekolah ini sentiasa memaklumkan perkembangan kanak-kanak kepada ibu bapa melalui aplikasi mudah alih, mesyuarat ibu bapa-guru, atau disampaikan melalui perbualan dengan ibu bapa apabila mereka datang menjemput anak-anak mereka.
Praekolah ini juga menganjurkan acara seperti sambutan Tahun Baru Cina dan hari sukan. Ia mencipta kenangan terindah untuk semua yang terlibat. Pengetua Cik Poh Sin berkongsi tentang acara fesyen yang disukai oleh kanak-kanak. "Kami mempunyai seorang ibu bapa yang merupakan peniaga fesyen, dan dia, dengan relanya, meluangkan masa untuk membantu kami menganjurkan pertunjukan fesyen. Segelintir kanak-kanak menguruskan kostum, manakala segelintir lagi menjadi 'model' untuk persembahan itu!" dia mengimbas kembali. "Ia adalah peluang untuk mereka belajar dengan cara kreatif, dan bukan hanya melalui buku."
Jika anda seorang ibu bapa yang risau tentang apa yang dimakan oleh anak anda di sekolah, Sunshower Educare sentiasa menyediakan makanan segar dan berkhasiat setiap hari kepada kanak-kanak. Menu makanan di sini dirancang khas oleh pakar pemakanan. Hidangan sihat seperti nasi perang, sayur-sayuran, dan sup yang menyelerakan membekalkan nutrien untuk perkembangan kanak-kanak dan memastikan mereka bertenaga sepanjang hari.
Bagi penduduk Happy Garden dan lain-lain, Sunshower Educare adalah prasekolah adalah yang boleh dipercayai untuk membangunkan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak berasa gembira dan disayangi oleh komuniti di sini yang menghargai keunikan mereka. Sebagai ibu bapa, anda akan berasa tenang hati mengetahui bahawa anak anda menerima pendidikan berkualiti tinggi dan dijaga dengan baik.