on 03/04/2024 193
Sorotan Utama |
|
Ibu bapa yang mencari pendidikan holistik bagi anak-anak mereka akan mendapatinya di Beaconhouse Preschool Sri Petaling, sebuah prasekolah yang dibina khas untuk kanak-kanak berusia 2.5 tahun hingga 6 tahun.
Sebahagian daripada jenama Beaconhouse Malaysia yang terkemuka, sekolah ini merupakan sekolah terbesar mereka, meliputi ruang sebanyak 30,000 kaki per segi dalam taman perumahan yang penuh kehijauan di Sri Petaling.
Lokasi sekolah yang strategik, berdekatan tempat-tempat seperti Bukit Jalil, Taman OUG, Seri Kembangan, Sungai Besi, Happy Garden, dan juga Kuchai Lama, menjadikannya pilihan utama dalam kalangan ibubapa yang tinggal di kawasan-kawasan berdekatan.
Beaconhouse Preschool Sri Petaling menawarkan pelbagai kemudahan yang hebat dan layak dibandingi dengan kemudahan yang terdapat di sebuah sekolah swasta yang esklusif. Sebaik sahaja melangkah masuk ke premis sekolah, anda akan dapat melihat bahawa semua yang diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak boleh didapati di sini – termasuklah taman permainan luar yang diliputi rumput buatan, kawasan permainan pasir (sandpit), serta makmal computer, gim, bilik muzik, perpustakaan, dan kafeteria.
Kolam renang tertutup di mana murid-murid menghadiri kelas berenang sekali setiap dua minggu, merupakan sebahagian daripada kurikulum mereka – memastikan kanak-kanak mendapat senaman impak rendah yang mencukupi, di samping mengajar mereka tentang kepentingan mengikuti arahan.
Terdapat juga sebuah bilik muzik yang dipenuhi dengan alatan muzik, termasuklah sebuah piano, beserta dengan sebuah perpustakaan yang luas, yang mempunyai lebih daripada 800 buku.
Pembelajaran yang tidak terkekang kepada bilik darjah sahaja merupakan suatu aspek yang sangat penting bagi perkembangan seorang kanak-kanak, menurut Pengetua Sekolah, Helene Teoh. Beliau menekankan kepentingan pendekatan pedagogi yang holistik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyokong dan merangsangkan.
“Di sini, kami memberi kanak-kanak pelbagai peluang pembelajaran di luar dan mengalakkan mereka untuk melakukan eksplorasi. Selain kawasan permainan pasir, terdapat juga sebuah taman kecil di mana murid-murid boleh menikmati alam sekitar, menangkap serangga, ataupun mengumpulkan daun-daun untuk digunakan dalam projek seni dan kraf,” kata Helene, yang merupakan sebuah pengajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan melebihi 38 tahun.
Menyokong kemudahan sekolah yang ulung ini adalah pendekatan akademik yang seimbang, selaras dengan moto Beaconhouse, “Play to Learn, Learn to Play” (Bermain sambil Belajar, Belajar sambil Bermain).
“Di Beaconhouse, kami faham bahawa pendekatan yang berteraskan permainan merupakan sebuah alatan pendidikan yang sangat kuat. Aktiviti kami direka secara praktikal dan menarik, dan guru-guru pula menggunakan alat seperti kad perkataan dan kad gambar untuk melibatkan kanak-kanak dalam pembelajaran yang mempunyai tujuan yang jelas (purposeful learning),” jelas Helene.
Bagi membina asas yang kuat dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, masa yang lama diperuntukkan untuk pembelajaran bahasa dalam jadual waktu setiap minggu: 2.5 jam untuk kumpulan junior, dan 4 jam bagi kumpulan senior. Sekolah ini menggunakan program terkemuka dari UK, Jolly Phonics, bagi murid-muridnya yang lebih kecil, dan program Year 1 Jolly Grammar untuk kanak-kanak berusia enam tahun.
Selain Bahasa Inggeris, matapelajaran teras termasuklah Matematik, Bahasa Melayu, dan Mandarin. Subjek lain merangkumi Ilmu dan Pemahaman Dunia (Knowledge and Understanding of the World), iaitu subjek berasaskan tema bagi murid-murid yang lebih muda. Murid-murid dalam kumpulan senior pula menikmati sesi pembelajaran berasaskan projek bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.
Kelas muzik memupuk irama dan kreativiti, dan terdapat juga program ICT di mana kanak-kanak dapat bermain permainan pendidikan yang interaktif dalam komputer. Tambahan lagi, sekolah menawarkan pelbagai kelas pengayaan selepas sesi sekolah, seperti robotik, drama, seni, pidato, kelas renang, dan juga Sains dan Matematik dalam Bahasa Mandarin, dikendalikan oleh guru-guru sekolah.
Pengalaman yang menggayakan ini memastikan bahawa murid-murid Beaconhouse sedia untuk menghadapi cabaran alam sekolah rendah, sama ada di sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, mahupun sekolah antarabangsa.
Salah satu aspek yang membezakan Beaconhouse Preschool Sri Petaling dari sekolah-sekolah lain adalah program sekolahnya yang melibatkan ibubapa secara aktif.
Sepanjang tahun, sekolah mengadakan sebanyak 20 hingga 25 aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa, di mana mereka dapat melibatkan diri dalam kelas anak-anak mereka dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama. Semasa kunjungan Kiddy123, salah satu kelas baru sahaja selesai melakukan sesi membuat ais krim bersama ibu bapa dan anak-anak mereka. Ditambah lagi dengan pelbagai sambutan dan jamuan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, dan Hari Ibubapa.
“Kami sentiasa berasa sukacita apabila ibubapa meluangkan masa dari pekerjaan masing-masing untuk hadir ke sesi-sesi ini, walaupun pada hari minggu, dan melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak mereka. Yang paling pentingnya, kanak-kanak itu sendiri berasa mereka disayangi, dan ini juga memberi motivasi kepada mereka kerana mereka tahu ibubapa mereka menitikberatkan pendidikan mereka,” kata Helene.
Komunikasi dengan ibubapa merupakan aspek yang penting, dan dilakukan melalui saluran seperti applikasi LittleLives, Whatsapp, emel, menerusi panggilan dan secara peribadi. Sekolah mengadakan acara sosial seperti ‘coffee mornings’ di mana para ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru sekolah. Hari Perjumpaan Ibu Bapa memberi peluang untuk penjaga yang ingin menyuarakan sebarang kebimbangan mengenai anak-anak mereka di sekolah.
Para guru juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, dan membolehkan kanak-kanak membina hubungan yang positif dengan rakan-rakan serta orang dewasa dalam komuniti masing-masing. Oleh itu, guru-guru di sekolah ini bukan sahaja mahir dalam bidang akademik tetapi juga aspek lain seperti pertolongan kecemasan asas dan keselamatan perlindungan (safeguarding).
Kesimpulannya, Beaconhouse Preschool Sri Petaling membezakan dirinya sebagai sebuah institusi pendidikan yang mengutamakan perkembangan holistic kanak-kanak, penglibatan ibubapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka, dan juga membekalkan persekitaran yang kondusif dan menyokong untuk kanak-kanak. Dengan kemudahan yang lengkap, kurikulum yang seimbang, serta tenaga pengajar yang berdedikasi, sekolah ini membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dan menyediakan mereka untuk kejayaan masa hadapan.