by on 16/08/2024 155
Sorotan Utama |
|
Eduwis Kuchai Lama, Kuala Lumpur sebahagian daripada jenama pendidikan Eduwis yang terkenal untuk pendekatan holistiknya terhadap pendidikan awal kanak-kanak.
Prasekolah ini terserlah kerana program berkualiti tingginya yang dipengaruhi Rangka Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Australia (EHYLF) dan diintegrasikan dengan elemen tempatan, membekalkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
Cawangan Kuchai Lama dibimbing oleh pengetua sekolah. Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, beliau sangat memahami kepentingan pendidikan yang bagus dalam membentuk tahun-tahun awal dalam hidup kanak-kanak, dan falsafah serta pendekatan mengajar di pusat ini mencerminkan kepercayaan beliau.
Eduwis Kuchai Lama menawarkan pelbagai aktiviti yang direka khas untuk mengalakkan rasa ingin tahu dan kreativiti dalam diri kanak-kanak.
Bangunan prasekolah terdiri daripada tiga tingkat dan mempunyai kemudahan-kemudahan seperti taman permainan dalaman, sudut muzik, piano, sudut sains, sudut memasak, dan sudut role play. Ruang-ruang ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyertai pengalaman pembelajaran secara hands-on, sesuatu yang amat penting untuk minda yang muda.
Pendidikan muzik memainkan peranan penting dalam kurikulum di sini. Setiap murid belajar untuk bermain piano. Melalui sesi praktis harian yang singkat, kanak-kanak dapat praktis tanpa hilang tumpuan, dan mendapat pelbagai faedah seperti peningkatan koordinasi dan kemahiran kognitif.
Pendekatan Eduwis mengambil inspirasi dari teori oleh lapan pendidik terkemuka, iaitu Erik Erikson, Friedrich Froebel, Loris Malaguzzi, Maria Montessori, Jean Piaget, Shinichi Suzuki, Lev Vygotsky, dan Confucius.
Setiap pendidik ini telah menyumbang pandangan yang unik dalam bidang perkembangan kanak-kanak, dan Eduwis mengambil pandangan-pandangan ini untuk mengubal rangka pendidikan yang unggul.
Sebagai contoh, prasekolah ini mengamalkan pendekatan Vygotsky yang menekankan perkembangan bahasa dan interaksi sosial bagi mewujudkan persekitaran yang kolaboratif dan senang berkomunikasi.
Dari Montessori, Eduwis mengamalkan praktis untuk memupuk sifat berdikari melalui kemahiran hidup praktikal. Integrasi ini memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang seimbang, dan memenuhi keperluan kognitif, sosial, dan fizikal mereka.
Program Aktiviti Pembelajaran Tematik Berintegrasi (Thematic Integrated Learning Activities ), sebuah pendekatan yang inovatif yang diterajui Eduwis, mengaitkan semua subjek di bawah tema tertentu dan merangkumi lebih 1,600 aktiviti pelajaran yang berlainan.
Tema "Badan Saya", contohnya, mungkin merangkumi projek seni, lagu, sesi bercerita, dan aktiviti fizikal. Ia menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan membantu kanak-kanak mengaitkan ilmu dengan konsep di dunia sebenar.
Cara lain yang diggunakan Eduwis Kuchai Lama untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis ialah menerusi aktiviti yang memerlukan perbincangan. Semasa 'circle time', guru-guru menanyakan soalan yang terbuka untuk mengalakkan kanak-kanak bertanya, berfikir, dan berdialog.
Menurut pengetua sekolah, kanak-kanak di Eduwis Kuchai Lama sangat aktif, sersemangat, dan suka bertanya dan meneroka persekitaran mereka, berkat cara guru-guru di sini mengendalikan sesi kelas. Pendekatan pengajaran disesuaikan kepada tahap perkembangan kanak-kanak, jadi dari masa ke semasa, sekolah akan mengubah atau menambah bahan pembelajaran, aktiviti, dan kemudahan sekolah bagi membantu kanak-kanak membina kemahiran unik.
Contohnya, soalan mengenai tuala. Guru-guru akan membimbing kanak-kanak untuk bertanya mengenai kegunaan tuala tersebut, dan kanak-kanak bebas untuk mencadangkan idea dan memberi pandangan masing-masing secara kreatif. Idea di sebalik pendekatan ini adalah untuk mengajar kanak-kanak cara untuk berfikir, dan bukan mengikut apa yang diajar sahaja ssemata-mata. Melalui kaedah ini, mereka menjadi lebih yakin dan senang berkomunkasi, sesuatu yang amat penting yang tidak dapat diajar melalui buku.
Bsgi menyokong kurikulum sekolah, Eduwis Kuchai Lama mengadakan aktiviti seperti sesi bercerita, hari sukan, dan lawatan sambil belajar bagi memupuk minat dan bakat kanak-kanak, membina menjadi insan yang berguna.
"Kami memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkembang mengikut tahap masing-masing. Sebagai guru, peranan kami adalah untuk membimbing mereka menjadi versi di mereka sendiri yang terbaik, di mana mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Ia bukan tentang membentuk mereka menjadi apa yang kita mahukan," kata pengetua sekolah.
Tambah beliau, cara beliau mengendalikan sekolah bukanlah sebagai sebuah francais yang mementingkan perniagaan dan keuntungan, tetapi benar-benar ingin membantu kanak-kanak berkembang pesat. "Kami tidak membuat perbandingan di antara kanak-kanak, mahupun melihat siapa yang mendapat markah tertinggi. Kami ingin melihat peningkatan dan penambahbaikan dalam diri mereka," kata beliau lagi.
Eduwis Kuchai Lama menekankan setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuklah keselamatan dan nutrisi. Makanan disediakan di premis setiap hari bagi memastikan kanak-kanak mendapat hidangan yang seimbang. Prasekolah ini juga mengelakkan makanan goreng, dan menghidangkan makanan yang direbus atau sup yang dikurangkan garam dan minyak.
Bagi memastikan kemudahan-kemudahan diselenggara dengan baik, sekolah melakukan semakan terhadap bahan-bahan, alat-alat mainan, dan juga bangunan sekolah semasa cuti sekolah, untuk mengelakkan risiko keselamatan dan tidak menggangu sesi mengajar. Kanak-kanak dapat menggunakan semua peralatan dan kemudahan sekolah tanpa kebimbangan.
Dari segi tenaga pengajarnya pula, semua guru-guru di Eduwis Kuchai Lama mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak, atau pengalaman yang lama sebagai guru prasekolah. Komunikasi terbuka dengan ibubapa sangat penting di sini, dan ibubapa boleh sahaja berutusan dengan pihak sekolah dan menjadualkan pertemuan dengan guru atau pihak pengurusan sekolah bagi membincangkan progres anak-anak mereka.
Eduwis Kuchai Lama menawarkan pengalaman pembelajaran yang mesra, menyeronokkan, dan menyeluruh. Mereka menggabungkan praktis dan falsafah dari lapan pendidik dan membekalkan pengalaman pembelajaran hands-on, supaya setiap kanak-kanak dapat membina keyakinan dan kemahiran untuk kejayaan masa hadapan.