by on 24/03/2022 1295
Sorotan Utama |
|
Tadika Dian merupakan tadika pertama yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu untuk berkhidmat kepada keluarga di penduduk Alam Impian, Shah Alam dengan perkhidmatan yang membolehkan ibu bapa percaya bahawa anak-anak mereka dijaga oleh guru yang menyayangi mereka seperti anak-anak mereka sendiri. Walaupun terdapat sekolah-sekolah lain yang tumbuh seperti cendawan di kawasan tersebut, Tadika Dian tetap mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ke hari ini, apatah lagi, kanak-kanak sukakan tadika ini yang menyeronokkan untuk mereka kunjungi.
Dengan memupuk hubungan positif dalam seluruh komuniti sekolah, Tadika Dian berusaha untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyediakan kanak-kanak supaya mereka dapat memberi impak positif di setiap langkah kehidupan mereka. Seperti nama tadika ini, - Dian (Bahasa Melayu untuk cahaya lampu yang berkilauan) - ia merupakan simbolik menerangi jalan untuk masa depan yang cerah.
Untuk berbuat demikian, Tadika Dian mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kaya dan memanfaatkan rasa ingin tahu kanak-kanak sebagai pendorong pembelajaran. “Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu. Anda tidak boleh menghalang mereka daripada meneroka kerana mereka cuba memahami dunia di sekeliliang mereka. Dan sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk kita tidak menyekat rasa ingin tahu tersebut, tetapi sebaliknya, mencipta peluang untuk mereka memenuhi rasa ingin tahu mereka melalui penerokaan yang selamat dan penuh keseronokan. Seterusnya, pengalaman ini akan menyemarakkan perkembangan intelek, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak,” jelas Cik Sopiah, pengasas Tadika Dian.
Gandingkan kanak-kanak yang ingin tahu itu dengan dunia yang penuh dengan perkataan baharu untuk difahami, permainan baharu untuk dimainkan, makanan baharu untuk dirasai dan konsep baharu untuk dikuasai, hasilnya adalah kanak-kanak yang suka bertanya banyak soalan. “Ia juga menjadi tugas kami untuk mendengar dengan penuh hormat, menjawab soalan mereka dan memupuk kemahiran komunikasi mereka. Kami menggalakkan mereka untuk belajar merenung tentang diri mereka sendiri, mengetahui apa yang mereka mahu, cara menyatakan kehendak mereka dan yakin bercakap dengan orang dewasa yang lain selain ibu bapa mereka. “Ini adalah kunci untuk membantu kanak-kanak belajar dengan berkesan sepanjang hidup mereka,” sambung Cik Sopiah.
Selain menggalakkan kanak-kanak mengekspresikan diri mereka, guru-guru di Tadika Dian menerima keperibadian setiap kanak-kanak, sehinggakan tiada polisi baju seragam (kecuali pakaian Pendidikan jasmani untuk hari Khamis) untuk menakrifkan seorang kanak-kanak itu.
Pada masa yang sama, setiap kanak-kanak memupunyai keupayaan dan gaya pembelajaran yang unik. Seperti yang dikemukakan oleh Howard Garder’s Theory of Multiple Intelligences, semua kanak-kanak dilahirkan dengan sembilan jenis kecerdasan yang berbeza, tetapi masing-masing mempunyai tahap kekuatan yang berbeza-beza. Ini menjadikan sesetengah kanak-kanak lebih baik diajar dalam persekitaran berasaskan linguistik (membaca dan menulis), manakala kanak-kanak yang lain lebih baik belajar melalui aktiviti berasaskan visual-spatial (melibatkan diri dengan imej dan gambar). Oleh kerana tiada persamaan terhadap dua kanak-kanak, guru-guru disini tidak akan dilihat mengajar menggunakan kaedah tangkap muat untuk semua kanak-kanak.
Guru-guru akan mengesan apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak; mereka mengikuti apa yang menarik minat kanak-kanak dengan rasa penuh keajaiban, dan membiarkan perkara itu membimbing pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Setiap hari adalah pengembaraan yang menarik untuk kanak-kanak apabila pembelajaran berlaku melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang bukan sahaja ia dapat memikat minat mereka, tetapi jugak memastikan minda aktif mereka berkembang dan dibentuk dengan baik. Program utama biasanya dipertingkatkan dengan lawatan sambal belajar, kem percutian, hari sukan, majlis graduasi, dan aktiviti pengayaan kokurikulum seperti Taekwondo, kelas Mandarin dan Al-Quran. Walaupun ada yang dibatalkan kerana sekatan coronavirus, guru di Tadika Dian tetap berdedikasi untuk memastikan pembelajaran diteruskan dalam format kreatif yang lain.
Dalam memastikan pembelajaran awal ini menyeronokkan bagi kanak-kanak, Tadika Dian juga memberi penekaan yang sama dalam membina asas kemahiran persediaan sekolah seperti mengetahui cara belajar dan cara untuk tabah menhadapi cabaran agar anak-anak akan beralih lancar ke sekolah rendah. Melihat bagaimana graduan lepas mampu berkembang maju dalam mana-mana jenis sekolah rendah, keberkesanan program dan amalan pengajaran tadika ini dapat dibuktikan.