by on 10/07/2024 1984
Sorotan Utama |
|
Kinder World adalah salah satu penyedia pendidikan awal terkemuka dengan sejarah panjang yang telah memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka sejak 1998. Bertempat di kawasan perumahan yang tenteram di Bandar Puchong Jaya, Kinder World menawarkan kurikulum antarabangsa dengan penekanan kepada perkembangan sosial, emosi, jasmani dan intelektual kanak-kanak berusia 2-6 tahun.
Kinder World menerima dengan terbuka amalan dan prinsip Rangka Kerja Pendidikan Awal dan mengiktiraf bahawa pendidikan awal kanak-kanak perlu mendukung kecintaan belajar - sesuatu yang menyokong kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya. Oleh itu, pengetuanya berusaha sedaya upaya untuk memastikan prasekolah ini boleh menawarkan kanak-kanak waktu bermain yang tidak terganggu, banyak masa untuk aktiviti bebas, persekitaran yang tenang dan merehatkan serta hubungan kerjasama.
Hadiah terhebat yang boleh anda berikan kepada anak anda ialah rasa ingin belajar. Apatah lagi, 18 tahun pertama kehidupan anak anda atau lebih dari itu akan dikhaskan untuk pendidikan, dan selepas itu sama seperti orang lain, mereka akan terus belajar selagi hayat dikandung badan - Pengetua
Program pendidikan di Kinder World direka bentuk untuk menyediakan rangka kerja penting yang diperlukan kanak-kanak supaya dapat melakukan yang terbaik semasa tahun-tahun terawal hidup mereka. Oleh itu, setiap pelajaran didatangkan dengan bahan pelajaran menarik bagi memastikan kanak-kanak boleh fokus dan memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama. Kebanyakan bahan pembelajaran adalah dari Educursion Singapura.
Terdapat program akademik dan aktiviti ko-kurikulum (CCA) termasuk program seni, sukan dan kemahiran hidup untuk menyediakan anak anda dengan silibus perkembangan yang menyeluruh dan holistik. Subjek pembelajaran berikut ditawarkan di Kinder World:
Program Membaca Fonik
Program Pintar Bahasa berfokus kepada bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia.
Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dengan keseimbangan tugas berfokus dan aktiviti berinisiatifkan kanak-kanak
Pengenalan sains asas
Program Seronok membaca
Program Pengiraan penyelesaian masalah
Program ICT
Program Kamus Saya
Untuk mendukung keperluan emosi, jasmani, kreatif dan intelektual setiap kanak-kanak supaya mereka mencapai kejayaan akademik dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Matlamat kami adalah untuk mencapainya dengan melatih pemikir kritis melalui sistem pendidikan yang mempunyai kepelbagaian. - Pengetua
Para guru di Kinder World merupakan graduan universiti dan berkelayakan dalam subjek yang diajarkan. Kebanyakan staf pengajar Kinder World menguasai dua atau lebih bahasa, dengan penekanan khusus terhadap bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Para guru menggembleng usaha terbaik mereka untuk memberi tindak balas kepada minat belajar, kekuatan dan keupayaan kanak-kanak di Kinder World. Pengetua juga melabur secara signifikan dalam pembangunan dan peluang profesional para gurunya sehingga pembangunan profesional sentiasa berjalan untuk setiap orang guru.
Kinder World telah direka bentuk untuk mendukung suasana yang tenang dan berinspirasi pada setiap hari dan saat untuk para guru yang memiliki minat mendalam, dan lebih penting lagi untuk si kecil cilik di bawah asuhan mereka. Kinder World mengamalkan dasar buka pintu dan meraikan perkongsian dengan ibu bapa dan juga dengan komuniti setempat.
Bagi menyokong persekitaran pembelajaran dinamik dan pengalaman transformasional, prasekolah ini mengutamakan pelbagai kemudahan lengkap;
Makmal komputer
Makmal ujikaji
Bilik darjah
Bilik muzik
Pusat sumber
Kawasan bermain
Kolam renang
Bilik rehat
Sistem pemantauan CCTV
Papan putih interaktif
Ko-kurikulum tambahan
Portal interaktif ibu bapa
Perpustakaan
Ibu bapa dan guru di Kinder World berkongsi nilai, kepercayaan dan aspirasi yang mereka miliki untuk anak-anak mereka. Mengenal pasti perkara ini, Kinder World secara berterusan berusaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat memenuhi matlamat ini. Daripada kurikulum holistik sehinggalah kepada persekitaran mesra kanak-kanak, sudah menjadi matlamat Kinder World untuk menghormati dan mengiktiraf aspirasi ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka ke sini.