by on 09/04/2025 1781
Sorotan |
|
Sejak dibuka pada tahun 2009, Tadika InspiraSeed di Bandar Puteri, Puchong telah menjadi prasekolah yang mengajar serta menghargai kanak-kanak kecil dihormati. Mereka sentiasa digalakkan untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Dibawah kepimpinan pengasas dan pengetua yang berdedikasi, Cik Jovy Lee, tadika ini sentiasa memberi pembelajaran yang bermakna dan menarik. Bersama pasukan guru yang berdedikasi, InspiraSeed memastikan setiap kanak-kanak mempunyai permulaan yang baik dalam perjalanan pendidikan mereka.
Di InspiraSeed, banyak pembelajaran dibuat di luar bilik darjah. Tadika ini menggabungkan amalan terbaik daripada pelbagai kaedah termasuk Montessori, pembelajaran bertema, Reggio Emilia, dan kurikulum prasekolah kebangsaan Malaysia. Mereka sentiasa menggunakan alam semula jadi sebagai pembelajaran utama mereka.
Sebaik sahaja kanak-kanak memasuki tadika ini, mereka disambut dengan ruang terbuka & luas, taman hijau yang cantik dan terurus, sebuah tapak permainan yang mengundang rasa ingin tahu yang menaik taraf imaginasi mereka. Bilik darjah yang separa terbuka dilengkapi dengan lantai berkayu dan tingkap besar. Ia memberi suasa ruang yang cerah dan lapang di mana kanak-kanak berasa selesa dan terinspirasi.
Pelajaran bertema di InspiraSeed diilhamkan oleh alam semula jadi, dan tema tersebut ditukar setiap tahun untuk memberi pengalaman yang baru. Pada tahun yang lepas, kanak-kanak telah belajar mengenai dinosaur dan hubungan mereka dengan tanah dan bumi. Kemudian, mereka belajar mengenai flora dan fauna di bumi ini.
Tema terkini mereka ialah “Dari Hutan ke Biji Benih”. Di sini, kami melihat kanak-kanak meneroka keajaiban alam semula jadi, cuaca, dan elemen-elemen lain. Oleh kerana konsep cuaca agak sukar untuk difahami (lagipun, kita tidak dapat melihat angin atau menyentuh awan), guru-guru menggunakan cara kreatif untuk memberi pemahaman terhadap topik tersebut kepada kanak-kanak.
Selain daripada bersyarah tentang awan dan hujan, kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti seperti 'menjadi' awan yang terapung dan hanyut di langit melalui aktiviti pergerakan di luar bilik darjah. Mereka membayangkan diri mereka sebagai angin, berpusing dan menari semasa konsert akhir tahun. Mereka juga membuat kincir angin sendiri untuk memahami bagaimana angin bertiup. Aktiviti ini bukan alang-alang bermain sahaja, kata Cik Jovy, tetapi direka bentuk untuk membantu kanak-kanak mencapai objektif pembelajaran dengan cara yang lebih menarik.
Aktiviti berasaskan projek ini sangat berkesan dalam menggalakkan rasa ingin tahu dan berfikiran kritis. Lagipun, ia meningkatkan Kemahiran kanak-kanak bekerja berkumpulan dan berkomunikasi dengan membincangkan pemerhatian dan pendapatan mereka di dalam kelas di antara satu sama lain.
Tahun ini, InspiraSeed telah memperkenalkan portfolio untuk setiap kanak-kanak untuk merekod aktiviti mereka dan untuk memantau kemajuan mereka sepanjang tahun persekolahan. Portfolio ini dikongsi dengan ibu bapa secara berkala. Ia memudahkan guru berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai pencapaian, kekuatan, dan bahagian untuk menambah baik anak mereka. Selain itu, projek-projek mereka dijadikan pameran di sekolah. Jadi, kanak-kanak akan merasa bangga atas hasil kerja mereka.
Meluangkan masa di alam semula jadi memberi manfaat luar biasa kepada kesejahteraan kanak-kanak. Itulah sebabnya Cik Jovy sangat berminat untuk mempromosikan pembelajaran alam semulajadi di tadikanya. "Kanak-kanak yang berinteraksi dengan alam semula jadi secara lama adalah lebih gembira, fokus, dan yakin diri. Di InspiraSeed, suasana kehijauan membantu kanak-kanak berasa tenang dan memberi mereka ruang untuk meneroka, berfikir, dan berkembang maju," katanya.
Selain itu, mereka mendapat pengajaran yang penting: bumi memerlukan penjagaan kita. Melalui pengalaman mereka, mereka mula memahami betapa pentingnya untuk melindungi alam semula. Bayangkan dunia tanpa pokok, sungai, dan udara segar? Ia adalah dunia yang sengsara. Jadi, InspiraSeed membantu kanak-kanak mencintai alam semulajadi dan alam sekitar, dan memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaganya seumur hidup.
Kita hidup dalam dunia digital, dan kanak-kanak hari ini amat mahir teknologi. Walaupun gadget dan skrin adalah sebahagian daripada kehidupan zaman moden, InspiraSeed percaya dalam melengkapi kanak-kanak dengan kemahiran yang tidak boleh digantikan oleh kecerdasan AI seperti kreativiti, pemikiran kritis, dan cara penyelesaian masalah.
Selain daripada membuat latihan di kertas, anak-kanak di InspiraSeed belajar melalui aktiviti praktikal. Mereka membuat pemerhatian, bertanya soalan, dan bereksperimen. Ini membina kemahiran yang akan membantu mereka di masa depan, tidak kira apa jenis kehidupan mereka menjalani.
Di Tadika InspiraSeed, matlamatnya mudah: mencipta tempat di mana kanak-kanak sentiasa rasa seronok untuk pergi ke sekolah setiap hari. Dengan cara pembelajaran yang diperkaya oleh alam semula jadi dan aktiviti praktikal, kanak-kanak akan lebih yakin diri, menghormati antara satu sama lain, dan minat belajar yang mendalam.