by on 21/04/2025 869
Sorotan |
|
Terletak di Kota Damansara, My Little World menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang baik. Ditubuhkan oleh sekumpulan ahli psikologi dan pendidik awal kanak-kanak yang berkelulusan dalam bidang Psikologi Perniagaan dan Neuro-Linguistic Programming (NLP), pembelajaran unik di sekolah ini direka khas untuk bayi dan kanak-kanak berusia antara 4 bulan hingga 6 tahun.
Perjalanan My Little World dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak bermula daripada pengalaman peribadi pengasasnya sebagai ibu bapa, yang kecewa dengan tadika-tadika konvensional yang terasa seperti kilang dan bukan ruang asuhan. Dalam era teknologi dan digital hari ini, My Little World tampil dengan kaedah pendidikan yang memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan semula jadi kanak-kanak. Kaedah ini mengutamakan pembangunan kemahiran hidup asas melalui permainan, penerokaan dan pembelajaran daripada kesilapan – membolehkan kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan mereka sendiri. Ini sejajar dengan nilai My Little World yang percaya bahawa "Setiap individu memiliki dunianya tersendiri."
Mereka percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza, dan pembelajaran perlu mencerminkan perbezaan itu. Daripada menggunakan kaedah pengajaran yang kaku, My Little World menerapkan elemen pembangunan otak untuk mengasah kemahiran kognitif anak-anak dan menyatukannya ke dalam kurikulum prasekolah secara praktikal.
Program Neu 360 yang dibangunkan secara dalaman memberi tumpuan kepada bahasa, seni, ritma dan matematik – direka khas untuk merangsang sambungan saraf yang penting dalam tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak, iaitu ketika pertumbuhan neuron berada pada tahap tertinggi.
Setiap hari, ia bermula dengan aktiviti fizikal bagi mengaktifkan tubuh dan seterusnya merangsangkan minda. Persekitaran sekolah mendorong penerokaan dan hubungan dengan alam semula jadi. Kawasan bermain di luar dilengkapi dengan trampolin dan laluan halangan – semuanya direka untuk mengukuhkan kekuatan teras dan koordinasi tubuh.
Terdapat juga pondok buluh dan padang rumput besar yang dipercayai mampu membina hubungan yang sihat antara kanak-kanak dengan alam semula jadi. Bilik darjah pula terang, lapang dan fleksibel – dengan proses pembelajaran yang berlaku di merata tempat dan bebas daripada gangguan digital.
Selepas aktiviti pagi, jadual pembelajaran diteruskan dengan sesi bertema yang dipacu oleh minat anak-anak. Ia menggalakkan mereka meneroka konsep-konsep dengan cara kreatif. Sama ada memahami kenapa tayar itu bulat atau mempelajari budaya melalui ucapan salam dari pelbagai negara, setiap pelajaran dilakukan secara praktikal dan mudah difahami.
Untuk kanak-kanak yang lebih besar, sesi petang pula memberi tumpuan kepada keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – seperti kemahiran membaca dan menulis yang menyediakan kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Aktiviti pengayaan juga disediakan, termasuk tarian (bagi pembangunan motor dan pengurusan emosi), muzik serta bola sepak.
Dalam dunia yang berkembang pesat dengan teknologi, kanak-kanak hari ini berhadapan dengan cabaran yang tidak pernah dialami generasi terdahulu. Oleh itu, My Little World Preschool memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal.
Kanak-kanak terlibat dalam pembelajaran berasaskan projek dan juga diperkenalkan kepada konsep keusahawanan melalui program yang mengajar asas kewangan secara menyeronokkan dan bersesuaian dengan usia. Namun begitu, pasukan My Little World sedar bahawa bukan semua kanak-kanak bersedia untuk aktiviti seperti ini. Seperti yang mereka menekankan, “Perkara pertama adalah pembangunan otak. Jika seorang kanak-kanak tidak dapat fokus atau duduk diam, kita perlu tangani perkara itu dahulu sebelum memberi mereka tanggungjawab projek.” Di sini, pembangunan otak bermula seawal 4 bulan, dengan aktiviti praktikal yang sesuai untuk mencetus rasa ingin tahu dalam diri anak kecil. Ini membolehkan otak mereka berkembang dengan lebih cepat dan berkesan, seterusnya membentuk individu yang luar biasa.
Pembangunan bahasa juga menjadi salah satu tumpuan utama. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai kosa kata secara semula jadi dan praktikal – mempelajari perkataan baharu sambil menjalani aktiviti harian termasuk sambutan perayaan dan budaya. Pendedahan seperti ini membantu membina minat serta asas bahasa yang kukuh.
Tadika ini juga mengamalkan nisbah guru kepada pelajar yang kecil (2:6 untuk kanak-kanak lebih muda dan 1:8 untuk yang lebih besar), memastikan perhatian secara peribadi dapat diberikan. Guru-guru dipilih bukan sahaja berdasarkan kelayakan tetapi juga kesabaran serta pemahaman mereka terhadap perkembangan kanak-kanak. Latihan berterusan juga disediakan bagi memastikan mereka mampu menangani pelbagai keperluan pembelajaran dan tingkah laku dengan berkesan.
Penglibatan ibu bapa pula menjadi tunjang penting dalam falsafah My Little World. Sekolah ini menggalakkan komunikasi terbuka dan memberikan panduan kepada ibu bapa untuk mengembangkan anak mereka serta memberi sokongan emosi. “Perkembangan awal kanak-kanak memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan sekolah,” jelasnya “Ia memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak yang cemerlang.”
Akhir sekali, My Little World Preschool bukanlah tentang menghasilkan markah ujian yang tinggi atau pencapaian akademik awal. Ia adalah tentang memberi asas kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat, kekuatan emosi dan pemikiran kritikal. Untuk ibu bapa yang mencari prasekolah di mana keunikan anak mereka diraikan dan minda mereka dipupuk, My Little World menawarkan cara yang terunggul.