by on 07/05/2024 31945
Artikel ini telah dikemaskini pada 5 Januari 2025.
Dengan pembangunan pesat bandar-bandar baharu di Klang, prasekolah dan tadika juga tumbuh seperti cendawan di kawasan tersebut. Akan tetapi, terlalu banyak prasekolah dan tadika yang sering mendakwa diri mereka sebagai yang terbaik. Oleh itu, Kiddy123 telah membuat senarai prasekolah dan tadika terpilih di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Bayu Perdana & banyak lagi! Setiap prasekolah dan tadika ini mempunya keistimewaan mereka tersendiri, teruskan membaca dan lihatlah prasekolah dan tadika yang sesuai dengan pilihan anda.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.
Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.
Dengan sejarah lebih 60 tahun, Beaconhouse Preschool Klang telah mendidik generasi atas generasi penduduk di Klang, dan terus menghasilkan individu yang cemerlang, sekarang di bawah jenama Beaconhouse yang terkemuka. Kurikulum sekolah mengandungi elemen dari pelbagai pendekatan pembelajaran dan ianya digandingkan dengan aktiviti yang menggayakan, sesuai dengan falsafah Beaconhouse “Play to Learn, Learn to Play”. Selain subjek akademik, kanak-kanak di sini turut mengambil bahagian dalam pembelajaran berdasarkan projek, di mana mereka dapat mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran secara kritis mereka. Ruang sekolah termasuklah bilik darjah yang besar dan halaman yang luas sangat kondusif untuk pembesaran kanak-kanak.
Beaconhouse Preschool Sarah’s Klang merupakan sebuah tadika dengan sejarah selama tiga dekad di bandarraya Klang, menawarkan suasana pembelajaran yang mesra untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun. Ia diikitiraf sebagai sekolah yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai pendekatan yang holistik, dengan penekanan diberikan kepada membina asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin, belajar sambil bermain, serta aktiviti yang berstruktur. Dengan pelbagai kemudahan yang luas seperti kolam renang yang tertutup, ruang permainan di luar, dan juga bilik darjah yang lengkap, sekolah ini menyerlahkan komitmennya terhadap memupuk perkembangan yang seimbang dan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk setiap muridnya.
CIC Sri Andalas Klang sesuai untuk ibubapa dan keluarga yang ingin mencari program pendidikan yang holistic untuk anak-anak mereka yang berusia 3 hingga 12 tahun. Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, pusat ini menawarkan pengalaman pendidikan yang sempurna yang berdasarkan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam, dan menyimbangkan akademik dan juga perkembangan menyeluruh setiap kanak-kanak. Terdapat 18 program pendidikan yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pendiidkan tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – selain aktiviti praktikal yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa hadapan yang cemerlang.
Para ibubapa usah resah atau bimbang sekiranya menghantar bayi dan anak-anak kecil mereka ke Do Re Mi Baby & Child Care Centre di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, kerana pusat penjagaan ini amat komited terhadap membekalkan penjagaan rapi bagi si manja yang kecil, di samping memupuk mereka ketika peringkat hidup mereka yang terpenting. Pusat jagaan ini beroperasi dari 8 pagi sehingga 7 malam pada hari minggu, sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai masa bekerja yang panjang. Selain mewujudkan persekitaran dan suasana yang mesra dan seperti di rumah sendiri, kanak-kanak di sini turut serta dalam pelbagai aktiviti dan program yang mengalakkan pembelajaran secara menyeluruh, melalui tema mingguan yang akan mendedahkan mereka kepada bahasa-bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin, selain Matematik, seni dan kraf, pergerakan dan muzik, dan banyak lagi.
Aktiviti praktikal dan pembelajaran berasaskan projek menjadi tumpuan di Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi, sebuah prasekolah yang mempunyai kurikulum yang dinamik, sesuai dengan setiap tahap perkembangan kanak-kanak. Sekolah ini dibahagikan kepada dua kampus yang besar, dikelilingi kehijauan, dengan ruang yang luas serta reka bentuk yang cantik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak kecil. Subjek utama yang diajar di sini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Matematik, yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), disokong dengan buku dan bahan-bahan pembelajaran dari jenama Talento.
Pembelajaran bukanlah setakat menerima didikan dari guru sahaja. Oleh itu, Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang melibatkan kanak-kanak dalam proses pembelajaran melalui pendekatan yang pelbagai, termasuklah elemen dari Montessori, KSPK, dan pembelajaran berdasarkan projek. Sekolah ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak, seperti bilik darjah yang amat luas, perpustakaan, taman permainan luar, dan ruang ‘messy play’. Salah satu ciri unik di sini ialah pembelajaran berdasarkan projeknya, yang memupuk kreativiti, daya penyelesaian masalah, di samping mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi kanak-kanak.
Sebahagian daripada jenama Stellar Preschool dari Johor, Stellar Preschool Klang membawa pendekatan pembelajaran, pedagogi holistik, serta persekitaran mesra yang sama seperti sekolah induknya. Sekolah ini menghormati sejarah prasekolah yang sebelumnya, yang kini diduduki Stellar Preschool Klang. Pada masa yang sama, mereka menyerlahkan kewibawaan serta kualiti tinggi jenama Stellar melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang menggayakan, digandingkan bersama kurikulum yang kuat. Selain akademik, murid-murid di sekolah ini diajar kemahiran kehidupan seharian untuk memupuk semangat berdikari, nilai-nilai murni, dan banyak lagi, bagi membina mereka menjadi individu yang cemerlang.
Selama lebih 30 tahun penubuhannya, Sri Kenanga adalah tadika yang prihatin. Apa yang menjadikan mereka menonjol adalah sikap mereka terhadap kanak-kanak dan masyarakat. Sudah tentu semua kanak-kanak yang datang dijaga dengan baik, tetapi perbezaannya ialah mereka membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Keuntungan dari tadika sering disumbangkan kepada rumah anak yatim dan/atau individu yang memerlukan.
Sri Kenanga kini mempunyai 2 cawangan. Cawangan Botanic ialah sebuah rumah kedai tiga tingkat yang kelihatan begitu ceria dan menarik. Tempat yang terang dengan cahaya semula jadi dan terasa sangat lapang dengan banyak ruang untuk kanak-kanak meneroka! Sekolah ini bahkan pernah dipaparkan di majalah Female kerana sistem pengekodan khas mereka untuk keselamatan anak-anak di sekolah!
Ini adalah cawangan yang lain Tadika Sri Kenanga di Bayu Perdana. Terletak di banyak sudut deretan rumah teres, tadika ini sangat luas, bersih dan selesa. Guru di sini terlatih dan berkelayakan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas juga!
Terdapat sesi pagi, sesi petang, dan program pengayaan sepenuh hari. Kumpulan umur yang berbeza belajar dengan cara berbeza di Tadika Sri Kenanga. Contohnya, kanak-kanak berumur 3-4 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Montessori untuk lebih banyak waktu bermain dan belajar mengikut kemampuan tersendiri. Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Waldorf untuk belajar berdikari dan latihan keyakinan diri. Mereka juga diperkenalkan kepada kerja berkumpulan dan bahan yang lebih “educational” untuk memastikan persediaan yang baik bagi sekolah rendah.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.