by on 16/05/2024 188
Sorotan Utama |
|
Sukar untuk mencari prasekolah di Lembah Klang yang bersejarah seperti Beaconhouse Preschool Klang. Ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu (ketika itu ia dikenali sebagai Tadika Bunga Raya), sekolah ini merupakan institusi yang terkemuka di bandar Klang, dan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan bergenerasi penduduk Klang.
Kini, Beaconhouse terus mengukir cerita sekolah ini, sepertimana yang telah dilakukan jenama ini semenjak dua dekad yang lalu.
Pengetua Sekolah Cik Melody Wan (gambar di atas), yang telah meneraju operasi sekolah selama tiga tahun, teguh mengekalkan warisan sekolah ini di samping mengenalkan pendekatan pedagogi yang terbaru bagi memastikan kurikulum sekolah dikemaskini untuk keperluan pendidikan terkini.
Bangunan-bangunan yang biasanya terletak di kawasan perumahan yang lama selalunya mempunyai ruang yang luas, dan Beaconhouse Preschool Klang tergolong dalam kategori ini dengan halaman depan, belakang, dan dalaman yang luas, memastikan kanak-kanak mempunyai persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran mereka.
Melangkah masuk ke dalam sekolah, kita akan berasa nostalgia melihat ciri-ciri seperti tangga spiral di ruang utama sekolah, lantai marmar, dan tingkap bergril dengan corak geometri, sesuatu yang sering dilihat dalam reka bentuk rumah dari tahun 60an hingga 80an.
Bilik-bilik darjah pula direka dengan reka bentuk yang lebih moden, dengan lantai kayu, perabot yang berwarna-warni sesuai untuk kanak-kanak, dan dinding-dinding yang dihias dengan pameran informatif dan projek yang dibuat oleh murid-murid..
Padang di halaman belakang sekolah digunakan untuk aktiviti di luar, dan lengkap dengan buaian dan taman tanaman kecil. Terdapat juga 'mud kitchen' untuk messy play dan ruang kecil untuk haiwan peliharaan iaitu dua ekor kura-kura!
Walaupun sekolah penuh dengan ciri-ciri nostalgia, kurikulum dan pedagogi sekolah tidak sesekali kuno. Keseimbangan dan kepelbagaian di antara yang lama dan baru memastikan kanak-kanak dapat menerima manfaat dari kedua-dua aspek ini dalam pendidikan mereka.
Walaupun rangka utama kurikulum sekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi matapelajaran seperti Bahasa Melayu dan Matematik, elemen-elemen dari silibus antarabangsa turut disertakan menggunakan bahan-bahan dari Beaconhouse sendiri, di samping Jolly Phonics dan Cambridge English dari UK, dan juga Busy Ant Math dari Collins, program matematik yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Kanak-kanak yang lebih kecil menerima manfaat pembelajaran yang menggabungkan Montessori dan Reggio Emilia. Kepelbagaian ini memastikan bahawa kanak-kanak sedia untuk cabang-cabang pendidikan yang berlainan, sama ada ke sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan, sekolah persendirian mahupun sekolah antarabangsa.
Bilik-bilik darjah di sini dilengkapi 'Busy Boards' dan sudut-sudut pembelajaran di mana kanak-kanak boleh meluangkan masa dalam permainan dan pembelajaran yang bermakna setelah mereka habis dengan tugasan yang diberi dalam kelas.
Tambahan lagi, matapelajaran di sekolah ini juga melibatkan pelbagai bidang perkembangan, seperti permainan secara berstruktur, muzik, komputer (ICT), dan pendidikan jasmani. Kesemua aktiviti dan pengajaran adalah berasaskan falsafah Beaconhouse iaitu "Play to Learn, Learn to Play".
Salah satu ciri utama Beaconhouse adalah program membaca Bahasa Inggerisnya, yang dikendalikan pendidik yang sangat berpengalaman - beliau telah berkhidmat di tadika ini selama 42 tahun.
Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dan merupakan sebahagian daripada jadual waktu biasa mereka. Murid-murid menerima bimbingan individu dari guru khas ini, di mana mereka akan menghabiskan lima hingga tujuh minit, dua atau tiga kali seminggu, untuk mengasah kemahiran membaca mereka. Sesi-sesi ini adalah tambahan kepada sesi membaca mereka yang biasa dengan guru kelas masing-masing.
"Praktis sangat penting untuk membina kemahiran membaca, tetapi ibubapa sekarang sukar untuk meluangkan masa untuk kanak-kanak mereka. Melalui program ini, matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam kemahiran pembacaan mereka,"kata Cik Melody.
Terdapat juga program membaca untuk matapelajaran Mandarin, yang dikendalikan oleh guru subjek Mandarin sekiranya jadual waktunya lapang.
Aktiviti penggayaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan lagi kemahiran akademik, sosial, dan emosi mereka. Sekolah ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti memasak kek, pidato, drama, tarian, robotik, Taekwondo, seni dan kraf, dan bola sepak. Kanak-kanak yang menyertai aktiviti-aktiviti ini tidak perlu lagi menghadiri kelas pengayaan di luar, membolehkan ibubapa meluangkan lebih masa bersama mereka.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu ciri utama di Beaconhouse Preschool Klang, di mana setiap projek meliputi jangka masa dua hingga tiga bulan. Kaedah ini mengalakkan murid-murid untuk memupuk daya penyelesaian masalah dan juga daya pemikiran kritis mereka.
Penglibatan ibubapa juga amat penting. Murid-murid membawa projek-projek mereka pulang ke rumah dan melibatkan ibubapa mereka dalam penghasilan projek tersebut (salah satu projek ini melibatkan pembinaan model dari bahan-bahan kitar semula dan proses ini direkod dalam video)
Ibubapa dijemput untuk melihat pameran khas pada akhir tempoh projek ini, memberi peluang tambahan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Cara yang lain adalah melalui sambutan budaya yang diadakan oleh pihak sekolah, seperti Tahun Baru Cina.
Aspek keselamatan dan kebersihan dititikberatkan di Beaconhouse Preschool Klang, dan mereka melakukan semakan suhu badan setiap hari. Cik Melody mengupah tiga pekerja am yang ditugaskan untuk membantu di dapur atau membantu kanak-kanak apabila mereka perlu menggunakan tandas.
Cadar tidur juga dijemur setiap hari (bergantung kepada cuaca) dan aktiviti mengabus dan membersih kerap kali dilaksanakan.
Dari segi keselamatan pula, kawasan-kawasan sekolah dilengkapi CCTV dan mereka juga mengupah seorang pengawal keselamatan. Guru-guru di sini mempunyai kelayakan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak tetapi juga sekurang-kurangnya pengalaman dua hingga tiga tahun bekerja. Mereka diberikan latihan khusus untuk perlindungan dan polisi keselamatan kanak-kanak.
"Tidak mudah untuk ibubapa meletakkan anak-anak mereka dalam jagaan orang lain tetapi pihak kami akan membuat yang terbaik supaya ibubapa dapat percaya terhadap perkhidmatan kami," kata Cik Melody.