by on 16/05/2024 167
Sorotan Utama |
|
Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang merupakan sebuah sekolah yang dibina khas dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh bagi kanak-kanak berusia 2.5 tahun hingga enam tahun.
Sekolah ini mempunyai sejarah yang lama, sejak 1980 lagi, dan sebelumnya dikenali sebagai Talent Kindergarten di Taman Chi Liung sebelum berpindah ke tapak terbarunya pada tahun 2016.
Kini, sekolah ini tampak bergaya dan terdiri daripada bangunan bertingkat tiga di taman perumahan Bandar Parklands. Selain kemudahan-kemudahannya yang lengkap, sekolah ini juga menawarkan kurikulum yang komprehensif di mana kanak-kanak dipupuk dari semua aspek dan bukan sahaja dari segi akademik.
Ruang luas dan dipenuhi kehijauan merupakan ciri-ciri utama di Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang.
Sekolah ini terletak bersebelahan sebuah taman komuniti yang terurus, dengan akses yang mudah kepada taman permainan luaran, laluan berjoging, dan juga gelanggang bola keranjang. Dalam kawasan sekolah pula tersedia lumba lari berhalangan dan kawasan permainan messy play, termasuklah ruang untuk permainan pasir.
Bilik-bilik darjah di sini antara yang paling luas di bawah jenama Small Wonder Malaysia.
Pengetua sekolah Cik Grace Khoo menerangkan bahawa ruang yang luas merupakan ciri utama untuk kanak-kanak supaya mereka dapat belajar, meneroka, dan bermain secara bebas, sesuatu yang sangat digalakkan pihak sekolah. Ianya juga membantu kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang lebih formal, kerana sekolah rendah biasanya mempunyai bilik darjah yang lebih besar dan lebih ramai bilangan muridnya.
Tingkat teratas sekolah yang dikhaskan untuk murid-murid yang lebih besar, dilengkapi dengan tingkap kaca dari lantai sampai ke siling, dan suasananya seperti berada di dalam sebuah rumah atas pokok, berkat kehijauan di sekiling bangunan sekolah.
Kurikulum sekolah menggabungkan pendekatan berasaskan permainan dan pembelajaran berasaskan projek, bagi memastikan kanak-kanak tidak sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga daya pemikiran kritis yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Kanak-kanak yang lebih kecil dididik melalui pendekatan Montessori, jadi mereka tidak menggunakan buku teks pada peringkat ini. Sebaliknya, jadual waktu mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menggayakan, alatan permainan, dan bahan-bahan sensori.
Mereka juga diajar kemahiran hidup yang asas seperti menyusun dan mengemas tempat makanan masing-masing dan cara untuk menggunakan alatan makanan. Walaupun tugasan-tugasan ini senang untuk orang dewasa, ianya melibatkan daya motor halus yang perlu dilatih dari kecil lagi, di samping menerapkan nilai-nilai seperti tabiat diri yang baik, disiplin, sifat berdikari, dan kesopanan dan kesusilaan.
Kanak-kanak yang lebih besar pula mengamalkan pendekatan pelajaran yang berkisarkan sudut-sudut pembelajaran dan pembelajaran berasaskan projek. Walaupun guru-guru menyampaikan pengetahuan melalui kaedah yang lebih tradisional untuk matapelajaran Bahasa Mealyu, Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Matematik, kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk memupuk minat masing-masing melalui penglibatan mereka dalam projek.
Ibubapa juga diberikan peluang untuk menglibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak mereka. Pada tahun 2023, sekolah telah mengadakan "A Childhood Expedition" yang meliputi empat projek berlainan. Murid-murid dalam salah satu kelas belajar cara membuat mi, melawat ke kilang mi untuk melihat proses produksinya, dan akhirnya membuat mi mereka sendiri untuk dihidangkan kepada ibubapa mereka.
Kelas yang lain pula terlibat dalam projek trak ais krim, di mana murid-muridnya menyertai kelas membuat ais krim gelato, dan mengadakan sesi saran (brainstorm) untuk mencipta perisa yang sihat, menghasilkan ais krim unik berperisa kubis bunga. Mereka juga terdedah kepada konsep matematik yang amat berguna dalam kehidupan seharian mereka, seperti cara untuk berjual beli menggunakan wang tunai dan juga kod QR.
Sementara itu, aktiviti pengayaan selepas waktu sekolah merangkumi drama Inggeris dan Mandarin, Scholastic World of English, kelas seni dan kraf, dan kelas alat keyboard. Kelas pengayaan Mandarin dan English sangat bermanfaat untuk kanak-kanak yang bakal ke SJK(C) kerana ianya membantu mereka dalam penguasaan dwibahasa.
Selain akademik, sekolah ini juga dipercayai ibubapa untuk menguruskan makan minum anak-anak dan juga keselamatan mereka. Makanan di sekolah dimasak segar setiap hari.
Nisbah guru ke pelajar rendah, iaitu 1:8 untuk kanak-kanak yang lebih kecil dan 1:12 untuk kanak-kanak yang lebih besar. Terdapat sebuah pondok pengawal di luar sekolah, manakala di dalam premis sekolah pula terpasangnya CCTV.
Pada zaman moden ini, pembelajaran tidak lagi tertakluk kepada penyampaian ilmu secara satu hala sahaja, ataupun melalui penghafalan semata-mata.
Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang sentiasa mengikut pedagogi yang terkini, melalui kombinasi kaedah pengajaran yang inovatif serta aktivti hands-on yang membolehkan kanak-kanak menjadi peserta yang aktif dalam pendidikan mereka sendiri.