by on 24/05/2024 186
Sorotan Utama |
|
Pertubuhan Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi adalah berasaskan prinsip-prinsip perkembangan secara holistik. Tadika dan prasekolah ini meraikan pencapaian setiap kanak-kanak dan menghormati mereka sebagai individu yang unik dengan cara pemikiran, kekuatan, dan minat mereka yang tersendiri.
Sebelumnya dikenali sebagai Mighty Junior Kindergarten, sekolah ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun, dan memberi sebuah platform di mana mereka dapat memenuhi rasa ingin tahu mereka dan meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia di luar.
Pembelajaran secara hands-on merupakan norma di sekolah ini tidak mengira kumpulan umur, kata pengetua sekolah, Cik Ong Ai Ying. "Pada masa yang sama, kami juga menyediakan mereka untuk persekolahan formal, jadi mereka senang beralih ke SK mahupun SJKC," kata beliau.
Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi terdiri daripada dua kampus yang berdekatan. Kampus junior terletak di Lorong Batu Nilam 12A dan khas untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga empat tahun, manakala kampus senior pula di Lorong Batu Nilam 9L khas untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.
Kedua-dua kampus ini dikelilingi kehijauan dan terletak di kawasan perumahan yang tenang, dengan ruang yang luas untuk pembelajaran di dalam mahupun di luar. Ruang tertutup disediakan untuk aktiviti fizikal, jadi kanak-kanak terlindung dari cuaca panas semasa bermain di luar.
Bilik-bilik darjah mempunyai reka bentuk minimal, dengan lantai kayu dan perabot yang sesuai untuk kanak-kanak. Reka bentuk yang kelihatan lembut dan bersih ini adalah supaya perhatian kanak-kanak tidak mudah terganggu, di samping membekalkan sebuah suasana yang tersusun dan tenang.
Terdapat juga sudut pembelajaran dan pembacaan di sekitar kampus, jadi kanak-kanak boleh mendalami minat mereka dalam bahasa, seni dan kraf, sains, dan matematik.
Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi menggunakan kurikulum yang dinamik dan disesuaikan kepada peringkat perkembangan yang berlainan.
Untuk kanak-kanak yang lebih muda, pendekatan Montessori menjadi tunjang utama dan bertumpu kepada kemahiran hidup praktikal, penerokaan sensori, pemahaman budaya, literasi, dan numerasi. Kanak-kanak diajar kemahiran berdikari, sopan santun, dan arahan asas seperti cara untuk memakai dan melipat baju, dibimbing oleh guru-guru sekolah.
Program Little Chef yang diadakan seminggu sekali untuk 1.5 jam setiap sesi, melatih kanak-kanak dari usia dua hingga tiga tahun dalam daya motor halus mereka melalui tugasan seperti menuang air, memicit bahan, dan memotong (menggunakan alatan yang sesuai). Mereka juga diajar untuk menyusun perkakas dan mengambil makanan mereka sendiri.
Pendekatan untuk kanak-kanak yang lebih besar pula menggabungkan pembelajaran berasaskan projek dan juga matapelajaran biasa. Subjek teras seperti Bahasa Melayu, Mandarin, dan Matematik adalah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), disokong oleh buku-buku dan bahan-bahan dari jenama Talento.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu ciri penting di sekolah ini dan dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan daya pemikirian kritis dan juga penyelesaian masalah. Gaya pembelajaran ini merangkumi empat jam dalam jadual waktu mereka setiap minggu, di mana kanak-kanak akan meneroka sudut pembelajaran, melakukan perbincangan secara berkumpulan, dan mengenalpasti topik yang menarik minat mereka.
Cik Ong memberi contoh sebuah projek bertemakan makanan yang melibatkan makanan terkenal di bandaar Klang. Sebahagian dari projek ini adalah lawatan sambil belajar ke kedai penjual makanan, di mana kanak-kanak terdedah kepada proses masakan dan bahan-bahan yang diperlukan. Ibubapa dijemput ke sekolah untuk menikmati makanan yang telah disediakan oleh anak-anak mereka.
"Dalam pembelajaran berasaskan projek, kami mengalakkan kanak-kanak untuk mencari penyelesaian, jadi kesalahan akan berlaku dan merupakan proses yang semulajadi," jelas Cik Ong.
Cik Ong menekankan bahawa melalui aktiviti ini, mereka juga menggabungkan pembelajaran mata pelajaran teras, kerana kanak-kanak dapat belajar tentang konsep matematik (seperti jumlah nasi untuk dimasak, jumlah air yang diperlukan dan banyak lagi).
Selain akademik, Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi juga menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas, seperti Scholastic World of English, Taekwondo, drama Mandarin, dan kelas kepimpinan, mendedahkan murid-murid kepada pengalaman yang pelbagai.
Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi memahami kepentingan sistem sokongan yang padu untuk kanak-kanak semasa tahun-tahun awal kehidupan mereka. Oleh sebab itu, sekolah mengambil pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi yang dapat memberi perhatian dan didikan yang secukupnya kepada kanak-kanak.
Sekolah ini juga amat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kerap menganjurkan acara seperti Hari Keluarga dan aktiviti yang melibatkan ibubapa. Acara-acara ini membuka peluang kepada ibubapa untuk melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak mereka dan membina keyakinan di antara pihak sekolah, guru, dan murid-murid.
Small Wonder Malaysia merupakan contoh yang ulung dalam pendidikan awal kanak-kanak. Suasana kampus yang tenang, kurikulum yang dinamik, serta program pengayaan yang hebat - kesemua aspek ini bergabung untuk memberi pengalaman pembalajaran yang tidak berbanding.