by on 02/06/2022 1490
Sorotan Utama: |
|
Ditubuhkan pada pertengahan 2018, Sekolah Antarabangsa dan Swasta Acmar (Acmar International & Private Schools) yang berlokasi strategik di Bandar Baru Klang, cukup dikenali sebagai yang terbaik dalam kategorinya. Pendekatannya adalah jenis holistik yang sihat di mana pelajar-pelajarnya dibimbing supaya muncul sebagai pemikir kreatif dan kritis, yang memiliki kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Sudah tentunya, sekolah ini memiliki kemudahan terkemuka yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan terkini serta kemahiran mengenai droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain.
Sekolah itu diasaskan pada tahun 1996, namun sayap Sekolah Antarabangsa (AIS) telah ditubuhkan pada tahun 2018.
Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS berusaha sepenuhnya terhadap kecemerlangan, di mana pendidikan yang berkualiti diutamakan untuk pelajarnya. Di samping itu, para pendidik dan kakitangannya juga komited terhadap perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat secara keseluruhannya. AIS menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang mampu diakses oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asramanya yang diurus dengan baik juga dibuka untuk semua.
Guru AIS giat memfokus pada elemen-elemen penting dalam kelas supaya pelajar mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekolahan mereka. Seperti mana setiap pelajaran yang diajar, [elajar juga dimaklumkan dengan baik tentang semua tugasan serta aktiviti. Namun, perlu diingatkan di sini bahawa teknologi tidak semestinya memacu matlamat pelajar!
Komitmen AIS terhadap kejayaan juga diselaraskan oleh persekitarannya yang sangat kondusif, yang direka khas untuk membantu kanak-kanak berkembang maju. Contohnya adalah bilik darjah yang luas, ceria dan memudahkan interaksi yang sihat. Sudut Permainan memastikan pelajar terhibur secukupnya sambil membelajar, manakala sudut Anugerah pelajar membantu meningkatkan harga diri mereka.
AIS menawarkan pendidikan berkualiti tinggi yang sentiasa diharapkan ibu bapa untuk anak mereka, dari peringkat awal Tahun, ke Sekolah Rendah, sehinggalah ke Sekolah Menengah. Kumpulan pelajar termuda dalam AIS sudah pasti menikmati permulaan yang mantap ke arah pendidikan sekolah mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah yang memberikan mereka motivasi untuk belajar dan mengembang sambil meluaskan pengetahuan mereka.
Pendidikan Sekolah Rendah di AIS menawarkan kurikulum yang seimbang yang bersifat tematik, kreatif dan disokong oleh rangka kerja Kurikulum Rendah Antarabangsa Cambridge yang beriktiraf.
Sekolah Menengahnya pula, melalui kurikulum berasaskan inkuiri, menawarkan pendidikan yang mencabar kemahiran pelajar dalam berfikiran bebas, yang membolehkan mereka mengaitkan serta menggunakan pengetahuan mereka dalam situasi-situasi kehidupan sebenar. Matlamatnya adalah untuk membimbing bakal calon-calon pekerja masa depan ini supaya lebih bermotivasi diri dan bersikap inkuiri diri dalam mencari ilmu pengetahuan, sambil mereka bersedia untuk menduduki peperiksaan IGCSE.
Pembelajaran dan penerokaan tidak semestinya tamat dengan bunyi loceng sekolah. Sebaliknya, AIS terkenal dengan senarai program-program yang sesuai sebagai pengisi masa lapang pelajar. Terdapat Bimbingan Mata Pelajaran Teras, Penyeliaan Kerja Rumah, Taska, Refresh & Rehat, dan banyak lagi. Juga, tiada pengalaman persekolahan yang lengkap tanpa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Di sini, AIS menawarkan pilihan program-program Cuti Sekolah, lawatan luar sekolah dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan udara segar dan cahaya suria, dan kesemuanya membantu mengisi masa pelajar dengan lebih baik daripada menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin gajet masing-masing.
Tidak ada sekolah yang dapat mempertahankan nama baik dan juga reputasinya tanpa guru-guru yang berkelayakan dan yang bersemangat untuk mengajar. AIS meyakinkan ibu bapa bahawa guru-gurunya disaring dengan teliti untuk tugas membimbing dan mengajar pelajar supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan dalam perjalanan persekolahan mereka. Sekurang-kurangnya dua kali setahun, guru-guru AIS juga perlu menjalani latihan yang sewajarnya sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Pihak AIS sentiasa berusaha untuk memastikan talian komunikasi terbuka dan selesa antara ibu bapa dan sekolah, dan jaminan ini dihargai serta membawa perasaan lega bagi keluarga pelajar. Dalam lain kata, Ibu bapa tidak perlu ragu jika ingin menghubungi pihak sekolah/guru untuk bertanya mengenai kebajikan, kemajuan, dan perihal lain anak mereka. Mereka dapat melakukan demikian melalui WhatsApp dan/atau e-mel, atau jika perlu, mereka juga boleh bersemuka untuk berbual/berbincang pada bila-bila masa, dan juga semasa Persidangan Ibu Bapa-Guru. Pihak sekolah percaya akan interaksi positif dengan ibu bapa, dan senantiasa mengamalkan demikian, di mana ibu bapa sentiasa disambut dengan senyuman dan dengan nama mereka masing-masing. Segala persoalan semestinya dijawab, dan maklum balas pun sentiasa dialu-alukan.
Tidak kira sama ada pelajar menghuni asrama atau keluar masuk sekolah setiap hari, keselamatan mereka akan sentiasa diberi keutamaan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain menjalani latihan keselamatan kebakaran yang kerap, pelajar juga digalakkan dan dibimbing untuk mengetahui prosedur keselamatan untuk setiap senario kecemasan yang mungkin bagi memastikan pelajar dan rakan-rakan mereka sentiasa selamat dan sejahtera.
Ibu bapa juga dialu-alukan supaya mengenali semua prosedur kecemasan tersebut, di mana mereka boleh memberikan membimbing anak mereka tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam apa juga bentuk kecemasan.
Kesimpulannya, setiap pelajar AIS atau Acmarian pasti yakin dengan pendidikan holistik yang diperolehi daripada pengalaman persekolahan mereka yang juga membawa kepuasan kepada diri masing-masing, dengan kepastian masa depan yang cemerlang.