by on 15/12/2017 2190
Melangkah masuk ke Sri Kenanga, saya disambut oleh seorang lelaki tampan! Rupa-rupanya, beliau ialah Justin, salah seorang pengetua bersama di Sri Kenanga. Bersama-sama Puan Cheah, pengetua pengasas dan juga ibunya (mereka adalah pasukan ibu-anak!), mereka mengendalikan Sri Kenanga dengan sentuhan ajaib.
Sebaik bertemu Puan Cheah, saya mendapati beliau adalah seorang individu baik hati yang mampu menceriakan suasana hanya dengan tampil berada di sesuatu tempat. Dengan senyuman yang sentiasa bermain di bibir penuh kemesraan, Puan Cheah menyerlahkan kebaikan dan hati saya berasa tenteram melihat kanak-kanak dengan bersahaja mendekati beliau dan Justin untuk dipeluk dan didakap.
Puan Cheah mengasaskan Sri Kenanga lebih 30 tahun yang lalu. Beliau menganggap tadika beliau bukan sekadar satu bentuk perniagaan atau semata-mata tempat yang menerima kanak-kanak tetapi juga sebagai saluran untuk berbakti kepada masyarakat dalam skala kecilnya yang tersendiri. Puan Cheah memberitahu kami bahawa beliau mempunyai seorang guru yang hebat semasa beliau masih kecil. Pada suatu ketika, beliau bertanyakan gurunya cara beliau boleh membalas semula jasanya dan gurunya menjawab: “Raih perhatian kanak-kanak dan beri sentuhan kepada mereka seperti saya memberi sentuhan kepada kamu.”
Puan Cheah mengasaskan Sri Kenanga lebih 30 tahun yang lalu. Beliau menganggap tadika beliau bukan sekadar satu bentuk perniagaan atau semata-mata tempat yang menerima kanak-kanak tetapi juga sebagai saluran untuk berbakti kepada masyarakat dalam skala kecilnya yang tersendiri. Puan Cheah memberitahu kami bahawa beliau mempunyai seorang guru yang hebat semasa beliau masih kecil.
Pada suatu ketika, beliau bertanyakan gurunya cara beliau boleh membalas semula jasanya dan gurunya menjawab: “Raih perhatian kanak-kanak dan beri sentuhan kepada mereka seperti saya memberi sentuhan kepada kamu.”
Dan kami percaya, kebaikan dan rasa kasihan belas ini turut terkena tempiasnya kepada kanak-kanak di tadika mereka dan ini mungkin boleh menjadikan kanak-kanak di sini mempunyai lebih rasa empati kepada orang lain juga.
Puan Cheah memegang ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Justin memegang dua ijazah dengan salah satunya ialah ijazah Psikologi Kanak-kanak. Dengan latar belakang ini, anda beroleh keyakinan bahawa anak anda berada dalam jagaan yang sangat baik oleh pihak berkelayakan. Walaupun mereka sangat banyak terlibat secara langsung dengan pengendalian tadika dan berinteraksi/mendidik kanak-kanak, Puan Cheah dan Justin sama-sama menekankan bahawa tiada apa-apa yang mungkin tercapai dengan kudrat mereka berdua sahaja. Mereka mempunyai pasukan guru terbaik yang komited untuk menyampaikan pengajaran yang berkualiti tinggi. Ramai antara para guru yang sudah berada bersama mereka bertahun-tahun dengan salah seorang guru yang telah bertugas di tadika ini selama hampir 28 tahun! Para guru tadika ini berkelayakan tinggi dan ramai yang terlatih dalam pelbagai bidang berlainan termasuk bidang kesukaran belajar pada kanak-kanak, jadi tadika ini juga berkelayakan untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Para guru menghadiri mesyuarat penyeliaan secara tetap dan perlu menerima latihan secara konsisten agar dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Puan Cheah dan Justin percaya dengan pendekatan bersepadu untuk pendidikan kanak-kanak dan mengambil kira kepelbagaian kanak-kanak daripada sudut perbezaan keluarga dan kebudayaan. Bagaimanapun, secara ringkasnya kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun mengikuti gaya pembelajaran Montessori yang membenarkan lebih masa bermain, belajar mengikut kadar kemampuan masing-masing dan belajar membuat pilihan. Sebaliknya, kanak-kanak 5 hingga 6 tahun mengikuti metod pendidikan Waldorf yang membina sifat bergantung kepada diri sendiri dan keyakinan dalam diri kanak-kanak. Mereka juga diperkenalkan dengan konsep kerja berpasukan dan bahan-bahan pendidikan yang lebih banyak untuk memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk sekolah rendah. Subjek yang ditawarkan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Matematik, Moral, Muzik serta Pergerakan dan Pendidikan Jasmani.
Dan kemudiannya, Puan Cheah sangat teruja apabila beliau menceritakan mengenai sambutan Hari Acara mereka. Sekali sebulan, akan terdapat hari istimewa seperti ‘Bad Hair Day’ atau ‘Pajama Day’ apabila pelajar dan guru datang ke sekolah mengikut tema tersebut. Beliau berkata ia sangat menyeronokkan untuk memecahkan kebosanan rutin persekolahan, manakala kanak-kanak serta para guru sentiasa berasa seronok setiap kali acara ini diadakan. Akhirnya, ikatan kemesraan yang lebih erat turut terbentuk antara kanak-kanak dengan guru-guru mereka.
Jika ada kanak-kanak yang berkelakuan tidak baik, mereka akan dibawa ke bilik pengetua, jadi mereka tidak mengganggu keamanan kelas dan isu akan ditangani secara peribadi. Sekolah ini percaya bahawa kebebasan dalam jumlah yang secukupnya adalah perlu supaya para guru memeganga autoriti tetapi tetap bersahabat dengan pelajar. Sempadan itu perlu ditemui dan rasa hormat perlu diraih serta difahami. Selain itu, Puan Cheah berkata, tanpa rasa hormat anda hanya sekadar bising bersuara.
Makanan yang bersih dan berkhasiat disediakan setiap hari di dapur tadika dan menunya ditukarkan setiap 3 minggu. Terdapat pelbagai pilihan hidangan yang ditawarkan dengan kesemuanya mempunyai nilai nutrisi yang bagus.
Sri Kenanga mempunyai dua cawangan di Kelang. Cawangan Bayu Perdana terletak di lot tepi jajaran rumah teres. Kawasannya lapang, bersih dan selesa. Kawasan aktiviti permainan luarnya baru sahaja dinaik taraf dan kini dilengkapi dengan rumput tiruan. Cawangan Botanic merupakan lot kedai tiga tingkat yang kelihatan sungguh bertenaga dan menarik. Pada tahun depan, cawangan ini akan diperluas dan mengambil tempat di tingkat pertama dan kedua bangunan bersebelahan untuk memenuhi populasi pelajar yang kian bertambah. Di kedua-dua cawangan, terdapat sudut membaca untuk setiap 3 bahasa utama di mana para pelajar akan mendatangi guru untuk membaca secara individu.
Pernah sekali Puan Cheah diberi sorotan dalam majalah Female kerana sistem pengekodan khusus untuk keselamatan di sekolahnya. Mereka mempunyai sistem pengesanan dan ciri panggilan semula yang diikuti oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Tadika yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini mempunyai nisbah pelajar kepada guru 6:1 (3 tahun), 15:1 (4 tahun) dan 16:1 (5-6 tahun).
Terdapat sesi pagi (8 pagi-12 tengah hari) dan sesi petang (1.30 pagi-5.30 petang) serta program pengayaan sepenuh hari (8 pagi-5.30 petang). Terdapat juga kem musim cuti yang menawarkan kemahiran pengucapan awam, drama dan sebutan korus tetapi kem ini hanya terbuka untuk pelajar Tadika Sri Kenanga sahaja.