by on 14/04/2024 18321
Artikel ini telah dikemas kini pada 12 November 2024.
Pengembaraan Kiddy123 dalam meninjau prasekolah telah membawa kami ke Tropicana - Ara Damansara, Selangor. Tempat ini adalah di pinggir bandar yang padat penduduknya dan ianya berkembang pesat dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Juga dikenali sebagai Segitiga Emas Petaling Jaya, ibu bapa diberikan banyak pilihan prasekolah untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa prasekolah di kawasan ini yang dikenali untuk menawarkan program yang menarik untuk anak-anak kecil.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara , Prasekolah Terbaik di Damansara Heights.
Guru-guru di Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menitikberat terhadap keperluan untuk berehat restoratif supaya kanak-kanak bangun dengan lebih bahagia dan lebih bersedia untuk belajar. Berada di aras dua, Pacific Place, Ara Damansara, Choo Choo Train Baby & Child Care Centre terletak di antara Subang Jaya dan Kelana Jaya. Ruang belajar dan sosial digabungkan di ruang terbuka untuk memudahkan pembelajaran dan interaksi yang fleksibel.
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Bayi-bayi dijaga dengan jadual yang fleksibel dan dihiburkan mengikut keperluan mereka pada siang hari. Mereka dilayan dengan sentuhan yang bagus melalui urutan yang lembut di pagi hari. Sentuhan ini menyumbang kepada perkembangan emosi dan intelektual mereka pada masa akan datang. Pusat ini menawarkan program-program holistik yang memanfaatkan kekuatan kaedah pendidikan Montessori. Fokusnya adalah untuk memupuk sifat ingin tahu dalam kanak-kanak untuk membina asas yang kukuh pada masa yang paling produktif dalam kehidupan mereka.
Kinderland Maisson Ara Damansara menawarkan program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan penuh untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Di sini anda akan mendapat kemudahan penjagaan bayi khas dan kurikulum prasekolah yang lengkap.
Pusat premium ini dibuka pada tahun 2017 dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak belajar dan meneroka, dan persekitaran yang dirancang agar kondusif untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak di sini akan belajar tanggungjawab, mengembangkan rasa ingin tahu dan pasti membina keyakinan mereka.
Melalui pendekatan pendidikan holistik dan berpusatkan muzik, anak-anak di Kinderland akan membantu mengembangkan semua aspek pertumbuhan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kreatif.
Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi anugerah, tadika Kindyland Tropicana adalah satu-satunya tadika di Malaysia yang terletak di sebuah clubhouse yang megah. Tentunya faedah belajar di sini pasti banyak! Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.
Melalui rangkaian program progresif yang memberi tumpuan kepada bahasa, membaca, dan kemahiran matematik, pembelajaran di Kindyland disiapkan untuk menyediakan pelbagai jenis pendidikan awal yang secara holistiknya menggabungkan penerokaan berpusatkan kanak-kanak dengan arahan yang diarahkan oleh guru.
Tropicana Golf juga menawarkan sekuriti 24/7 dengan kamera CCTV yang memantau hampir semua bahagian kelab golf. Itu tidak termasuk lagi kemudahan standard resort seperti kolam renang, taman permainan, dan kafe. Kanak-kanak di Tropicana Kindyland sangat istimewa untuk menikmati kemudahan eksklusif kelab golf ini!
Berbanding dengan pertubuhan lain di luar sana yang kebanyakannya 'berasaskan permainan', tumpuan di sini adalah untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan dan fasa persekolahan moden. Sebagai contoh, membaca dan menulis juga dipandang serius kerana kebanyakan kanak-kanak kurang kemahiran hidup yang penting ini disebabkan penggunaan alat digital yang berlebihan dari usia yang sangat muda. Di Kindyland, ibu bapa dijamin bahawa anak-anak mereka akan dapat membaca dengan betul, bukan hanya menghafal perkataan dalam buku-buku tertentu. Di dalam akademik dan kemahiran hidup, para pengarah dan pengetua Kindyland telah menyusun kurikulum yang kuat dan berimpak untuk memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk menjalani kehidupan persekolahan masing-masing, mengikut jenis sekolah yang mana mereka akan pergi.
Jika dilihat dari mana-mana sudut sekalipun, Kindyland telah melampaui apa yang diharapkan dari sesuatu tadika, ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat bersedia untuk apa yang benar-benar menanti mereka dalam kehidupan sebenar.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga lagi cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Little Play Child Care Centre, Ara Damansara, baru sahaja membuka pintunya pada Jun 2022 dengan visi untuk mewujudkan komuniti rapat di mana anak-anak kecil boleh berkembang dengan gembira dalam persekitaran mesra dan merangsang minda. Pusat berlesen ini menyediakan pendidikan dan penjagaan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun seterusnya memberikan mereka permulaan yang hebat dalam hidup.
Pasukan pendidik di Little Play benar-benar memahami bahawa tiada apa yang lebih sukar untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil daripada hari penghantaran pertama di pusat jagaan kanak-kanak. Itulah sebabnya mereka telah mencipta tempat yang selamat dan memupuk di mana kanak-kanak akan menerima kasih sayang secukupnya agar peralihan dari rumah ke Little Play adalah selancar yang mungkin. “Kami komited untuk mewujudkan ikatan yang kuat dengan kanak-kanak dalam jagaan kami agar mereka berasa gembira untuk datang ke sini setiap hari. Kami berharap mereka dapat ketawa dan bermain sambil kami memperkenalkan mereka kepada dunia pembelajaran yang menarik. Adalah sama pentingnya bagi ibu bapa untuk berasa selamat dan pasti dalam keputusan mereka untuk mempercayakan penjagaan anak-anak mereka kepada kami,” kata Cik Corina, pengasas Little Play, yang juga diiktiraf untuk menyokong kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas – satu nilai penting dalam mengenal pasti kelewatan perkembangan awal kanak-kanak.
Pitter Patter Preschool and Childcare dikenali sebagai tempat di mana ibu bapa dapat merasa yakin bahawa anak-anak mereka akan dijaga dengan baik ketika mereka bermain, belajar dan berkawan.
Cinta yang teguh oleh pengetuanya terhadap penjagaan kanak-kanak, pendidikan dan pembangunan awal mendorongnya untuk menubuhkan Pitter Patter. Setelah semua yang dia pelajari dan daripada pengalaman, dia benar-benar percaya bahawa pembelajaran yang tidak hanya terbatas didalam kelas membantu kanak-kanak belajar secara semulajadi. Penubuhan pusat itu sendiri telah merealisasikan pendapat pengetuanya.
Pitter Patter bukanlah seperti beberapa prasekolah yang benar-benar akademik. Persekitaran pembelajaran sangat penting, dan di sini, kanak-kanak mempunyai akses kepada bahan dan sumber yang mereka perlukan untuk berkembang secara kognitif di mana mereka terdedah kepada subjek seperti Matematik, Sains, Pengetahuan Dunia dan Seni Kreatif. Melalui persekitaran yang ideal ini, pelajar-pelajar kecil ini akan dapat membuat kenalan dan mengambil konsep-konsep baru dengan senang sambil menikmati hari-hari mereka seperti yang sepatutnya kanak-kanak nikmati, dengan keseronokan dan gelak ketawa. Pelajaran dijadikan interaktif dan menarik untuk menjaga minda-minda kecil ini supaya mereka berminat dan dahaga untuk belajar dengan lebih lagi.
Ianya jelas bahawa Pitter Patter adalah lain daripada yang lain dalam menyediakan ruang yang menarik untuk kanak-kanak belajar, bermain dan bertanya. Ia juga menyegarkan apabila didapati ada individu seperti Cynthia, pengetua, yang masih melihat nilai keperluan asas seperti ruang, dan pentingnya kebebasan dan bermain dalam perkembangan awal kanak-kanak.
Summer Academy, Damansara Utama adalah tempat di mana pembelajaran bukan sahaja satu rutin tetapi pengembaraan yang menakjubkan. Motto mereka “Learning is Fun; It is Fun to Learn…” menonjolkan pendekatan mereka terhadap pendidikan. Di Summer Academy, mereka berusaha untuk menghidupkan semula kegembiraan dalam pembelajaran dalam diri pelajar mereka.
Sebagai sebuah “Learning School”, Summer Academy sentiasa mengevolusikan dan menambah baik metodologi pengajaran mereka. Mereka menawarkan kurikulum antarabangsa yang fokus terhadap proses pembelajaran pelajarnya. Perkembangan kepimpinan dan personaliti diketengahkan, memastikan kanak-kanak bersedia untuk cabaran masa hadapan.
Taska Damansara Utama, Petaling Jaya, mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan penyelesaian kepada keluarga dengan menawarkan si kecil dengan pengalaman pendidikan yang memupuk, lebih daripada khidmat jagaan kanak-kanak yang tipikal. Taska ini diasaskan oleh Puan Lui – seorang guru yang terlatih dan bersemangat dan sangat menyukai kanak-kanak sebagimana beliau menyukai tugasnya sebagai seorang guru – lebih 40 tahun dulu, dan hingga sekarang, ia menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang dipercayai di kawasan kejiranan ini. Guru-guru berkelayakan menggunakan cara yang menarik dan berkesan agar kanak-kanak dapat mengoptimakan hasil pembelajaran mereka. Hasilnya, kanak-kanak berbilang bangsa dapat membina asas kukuh untuk ke SJKC.
TCH Ara Damansara adalah pusat pertama dibuka di bangunan komersial. Terletak di aras satu bangunan Oasis Village di Oasis Square Ara Damansara, pusat ini mempunyai kawasan seluas 14,000 kaki persegi. Ia dirancang dan direka dengan teliti, dengan tujuan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Program penjagaan bayi adalah lebih daripada sekadar program menjaga bayi dari umur 3 - 18 bulan. Terdapat rancangan pelajaran untuk merangsang dan membantu bayi mengembangkan deria mereka, seperti “Baby Art”, “Baby Massage”, “Baby Sensory” dan sebagainya. Oleh kerana ibu bapa di Malaysia umumnya lebih prihatin terhadap akademik dan sama ada anak mereka dapat menguasai kurikulum sekolah rendah, TCH Ara Damansara juga menawarkan program bahasa lanjutan untuk menyediakan pelajar mereka untuk pendidikan sekolah rendah. Terdapat pilihan program Mandarin dan Bahasa Malaysia yang menggunakan “creative play”, seni dan permainan untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kuat dalam kedua-dua bahasa. Program lanjutan ini boleh didapati di TCH bersama-sama dengan program-program sepenuh hari.
Tree Dolphin Childcare Centre, Ara Damansara merupakan pusat pendidikan dan penjagaan sehenti yang dilesenkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun. Pusat ini dibuka dari jam 7.45 pagi hingga 6.30 petang dan menawarkan pilihan penjagaan fleksibel dan penjagaan hujung minggu. Premis pusat yang lapang ini termasuklah kemudahan-kemudahan seperti taman permainan dalaman, sudut membaca, dan bilik bayi. Tree Dolphin menekankan aspek belajar sambil bermain yang diinspirasikan dari Playgroup Victoria Australia yang memberi tumpuan kepada perkembangan holistik kanak-kanak dari pelbagai disiplin. Program-program di sini merangkumi kelas pergerakan kreatif dan drama, perkembangan akhlak, dan kercerdasan pelbagai MiKids. Pusat ini adalah tempat yang memupuk kepercayaan, hormat-menghormati, dan tanggungjawab melalui komunikasi terbuka dan kemas kini harian untuk ibubapa, memastikan suasana yang menyokong dan mesra untuk kanak-kanak dan juga keluarga mereka.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.