by on 07/08/2017 1925
The children’s house (TCH) dikenali sebagai jenama tadika yang menggunakan kaedah pendidikan Montessori sepenuhnya. TCH menyediakan persekitaran pembelajaran yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara akademik dan menyeluruh, serta memupuk minat untuk belajar dan menimba ilmu. Sepanjang penubuhannya, TCH telah mengajar beribu-ribu orang kanak-kanak dari 50 buah negara yang berlainan. Pada hari ini, TCH mempunyai lapan cawangan di Lembah Klang dan dua daripadanya terletak di bangunan komersial.
TCH Ara Damansara merupakan TCH pertama yang dibuka di dalam bangunan komersial. Ia terletak di tingkat 1 bangunan Oasis Village di Oasis Square Ara Damansara. Tadika seluas 14,000 kaki persegi ini telah direka khas dengan teliti demi mencapai matlamatnya untuk menyediakan persekitaran yang boleh membantu kanak-kanak mencapai potensi sepenuhnya. Tempat ini direka menggunakan konsep ruang terbuka supaya kanak-kanak tidak akan rasa terkurung dengan batasan bilik darjah yang tertutup.
Walaupun tiada halaman di luar seperti di TCH yang lain, namun di sini terdapat ruang bermain yang bersih dan aktiviti kanak-kanak tidak akan terganggu biarpun semasa hujan.
Oleh kerana TCH ini terletak di dalam bangunan komersial, kami berasa seperti berada di dalam taman tema di dalam pusat membeli-belah. Sebaik saja kami berjalan melepasi pagar kecil yang mengasingkan ruang pejabat pentadbiran dan ruang playschool, kami dapat melihat perbezaan yang ketara antara suasana kedua-dua ruang ini. Memandangkan pada masa itu adalah waktu bermain bagi kanak-kanak dalam kategori tadika, kami boleh mendengar gelak ketawa dan teriakan mereka yang menggembirakan.
Bahan memberangsangkan dan karya seni digunakan untuk menghiasi ruang ini. Antara perhiasan yang tidak dapat kami lupakan ialah Menara Berkembar Petronas yang diperbuat daripada barang terpakai. Kami seolah-olah kembali menjadi seorang kanak-kanak yang berada di alam ajaib.
TCH ini adalah TCH pertama yang menawarkan program untuk bayi dan ia juga merupakan salah sebuah cawangan TCH yang menawarkan program sepanjang hari untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja di kawasan tersebut.Program penjagaan bayi ini bukan sahaja sebuah program yang menjaga bayi berumur 3 hingga 18 bulan semata-mata. Program ini juga merangkumi rancangan pelajaran yang direka untuk merangsang dan membantu perkembangan deria bayi seperti Baby Art, Baby Massage dan Baby Sensory. Memandangkan bayi memerlukan waktu tidur yang lebih panjang dan mereka juga agak sensitif terhadap bunyi bising, maka bilik bayi diasingkan dari ruang playschool yang utama dan mereka dijaga oleh jururawat yang bertauliah. Bilik bayi ini dilengkapi dengan ruang makanan (pantry) dan ruang mandi serta ruang bermain untuk bayi sahaja.
Pada umumnya, ibu bapa di Malaysia lebih menitikberatkan aspek akademik serta sama ada anak mereka dapat menangani kurikulum di sekolah rendah. Oleh itu, TCH Ara Damansara juga menawarkan program bahasa tambahan supaya pelajar mereka bersedia untuk memasuki sekolah rendah kelak. Pelajar boleh memilih antara program Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Program bahasa tambahan ini menggunakan lakonan, seni dan permainan kreatif untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam kedua-dua bahasa. Program tambahan ini ditawarkan di TCH yang menawarkan program sepanjang hari.
Bilangan pelajar dijangka akan meningkat dengan perkembangan TCH pada tahun-tahun mendatang. Terdapat begitu banyak potensi untuk TCH Ara Damansara untuk mencapai potensi optimum mereka apabila tumpuannya adalah untuk mewujudkan suasana yang kaya dengan peluang belajar dan membina hubungan penjaga dan sekolah yang positif.