by on 20/01/2025 14
Sorotan Utama |
|
Prasekolah NextGen Preschool terletak di 1 Utama E, di Bandar Utama, Selangor. Terbuka untuk kanak-kanak berumur antara 2-6 tahun, prasekolah ini terkenal dengan kaedahnya yang tersendiri untuk membantu kanak-kanak berkembang maju, sambil mereka menyediakan diri untuk kejayaan dalam persekolahan formal mereka di masa hadapan. Kiddy123 berpeluang untuk berbual dengan Cik Apple, Pengetua NextGen Preschool, dan berikut merupakan hasil temubual kami.
Dengan menerapkan kurikulum UK, iaitu Peringkat Asas Awal Tahun, (EYFS), NextGen Preschool memastikan bahawa setiap tahun, pelajaran prasekolah mereka sentiasa dikemas kini selaras dengan keperluan pembelajaran pendidikan awal semasa. Ini membantu memastikan setiap kanak-kanak dapat memperolehi sasaran masing-masing dalam pencapaian dan objektif dalam kumpulan umur mereka, sambil bersedia untuk memasuki sekolah rendah. .
"Maklumlah, sesuatu yang berkesan untuk sekolah darjah 2-3 tahun ini tidak semestinya memadai untuk kemasukan tahun depan. Oleh itu, mengenal pasti keperluan pembelajaran setiap kanak-kanak merupakan tugas tahunan seorang guru," kongsi Cik Apple.
Rutin waktu pagi di NextGen agak berbeza daripada prasekolah lain, memandangkan kanak-kanak di sini dapat menikmati aktiviti pagi di taman tema milik prasekolah. Di sini, kanak-kanak yang selama ini mungkin hanya bersenam jari sahaja dengan bermain gajet, dapat menggerakkan seluruh badan mereka setiap hari di zon permainan khas seperti Imagination Playland, Let's Bounce, Little Land dan Bubble Bang!
“Terdapat tiga bidang pembelajaran utama di NextGen Preschool, iaitu Komunikasi & Bahasa; Pembangunan Peribadi, Sosial & Emosi; dan juga Perkembangan Fizikal. Bidang pembelajaran lain juga ditawarkan, termasuk Literasi, Seni & Reka Bentuk Ekspresif, Memahami Dunia, dan juga Matematik, di mana semua ini membantu kanak-kanak mendalami bidang pembelajaran utama tadi,” kongsi Cik Apple.
Prasekolah berdaftar KPM ini melaksanakan kurikulum mereka melalui pengajaran bertema, di mana terdapat tema yang berbeza bagi setiap tiga penggal, setiap tahun. Pelajaran bertema memudahkan pembelajaran kanak-kanak, dan sudah tentunya ia lebih menyeronokkan untuk mereka.
Kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun didedahkan kepada banyak aktiviti-aktiviti praktikal seperti Permainan Sensori, Permainan Sosial dan Permainan Kemahiran Motor Halus— mereka belajar melalui pengalaman sendiri. Sebagai contoh, jika topik pembelajaran adalah Pekerjaan, guru mungkin mengaturkan lawatan ke pusat membeli-belah di mana kanak-kanak akan mengalami dan memperhatikan kaedah pekerjaan-pekerjaan yang berbeza - juruwang, kakitangan jualan, pegawai tiket di stesen LRT, dan sebagainya.
Didapati bahawa banyak keluarga merancang untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah Rendah Cina, justeru kanak-kanak di Prasekolah NextGen mendapat pendedahan yang memadai kepada bahasa Mandarin seawal umur 4 tahun. Apabila mereka berumur 5 tahun, mereka juga akan mula belajar Bahasa Melayu untuk memastikan sambil mereka menguasai bahasa Mandarin, mereka akan fasih juga dalam bahasa kebangsaan kita. Kumpulan umur 4-6 tahun juga mempunyai aktiviti-aktiviti dan permainan yang menyeronokkan dalam pelan pengajaran mereka.
Di NextGen, terdapat pilihan hari, program lanjutan, dan program sepenuh hari, untuk memenuhi keperluan keluarga yang berbeza. Program separuh hari bermula pada pukul 8.30 pagi, hingga 12.30 tengah hari, di mana program Lanjutan pula bermula pada pukil 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang.
Untuk program ini, makanan tengah hari akan disajikan untuk kanak-kanak dan aktiviti tambahan seperti Seni & Kraf, Permainan Kemahiran Motor Halus, Permainan Kreatif, atau pelajaran Fonik juga diadakan. Bagi program sepenuh hari dari jam 8.30 pagi hingga enam petang, kanak-kanak juga akan dapat rehat/tidur sebentar sebelum melatih diri dalam Seni dan Kraf, permainan Fizikal atau Permainan Kemahiran Motor Halus.
Selepas itu, Seni Kreatif juga diadakan di mana guru akan membaca buku cerita, dan kanak-kanak boleh melakonkan adegan daripada cerita itu! Mereka juga akan dapat menggerakkan badan mereka dalam aktiviti Tarian & Pergerakan sebagai sebahagian daripada bahagian kedua aktiviti mereka. NextGen Preschool juga menyediakan kelas pengayaan, seperti Tae Kwon Do, kelas tarian dan Program Kepimpinan.
Kanak-kanak di NextGen Preschool dipimpin supaya dapat belajar secara lebih berdikari , daripada didesak dan dikawal oleh guru. Sudut Membaca dan Sudut Mainan Peranan (role play) di setiap bilik darjah menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan sekelas mereka dan seterusnya membina kemahiran sosial dan pengawalan emosi yang lebih baik. Pihak sekolah menganggapnya sebagai bahagian penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Masa Super Character khas Prasekolah mencerminkan nilai teras yang diusahakan di prasekolah ini, iaitu Kasih Sayang, Kegembiraan, Kedamaian, Kesabaran, Murah Hati,, Kebaikan, Kesetiaan dan Kelembutan. Setiap minggu, nilai yang berbeza akan diajar, dan melalui kisah-kisah pendidikan kehidupan, kanak-kanak akan belajar cara menerapkan nilai ini ke dalam kehidupan dan pengalaman masing-masing.
“Walaupun seseorang kanak-kanak itu pemalu, atau mempunyai kecenderungan introvert, guru akan tetap berusaha untuk membantunya muncul lebih yakin dan lebih mampu bersuara untuk diri sendiri dan meluahkan perasaan serta lebih mudah berkawan. Sikap, menurut Cik Apple, adalah komponen penting dalam pendidikan awal. Selain pelajaran berkualiti dan aktiviti berguna yang mengasah kemahiran penting, sikap yang baik diperlukan kerana ia membantu kanak-kanak mara lebih jauh ke hadapan.