by on 22/09/2020 1554
Sorotan Utama |
---|
|
Kinderland Maisson terletak di Maisson By The Park yang baharu dan moden di Ara Damansara. Ia merupakan pusat jagaan kanak-kanak, taman asuhan dan prasekolah yang menawarkan program pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak kecil berusia 3 bulan hingga 6 tahun.
Pusat ini telah beroperasi sejak akhir 2017, menyediakan kurikulum yang lengkap dan bertumpukan kanak-kanak serta mendapat kepercayaan ibu bapa di peringkat antarabangsa.
Kinderland menyepadukan kurikulum yang diperkenalkan di Singapura pada 1978, mewujudkan pendekatan pendidikan untuk kanak-kanak kecil yang melibatkan penggunaan muzik secara khusus. Melalui muzik dan aktiviti yang berasaskan pergerakan, kanak-kanak dapat berkembang dalam aspek perkembangan yang berbeza seperti fizikal, sosioemosi, bahasa, ekspresi kreatif dan pemikiran logik.
Imaginasi, keseronokan, lakonan drama dan penemuan adalah teras kurikulum Kinderland, di mana kanak-kanak dibimbing mengharungi zaman kanak-kanak yang mengarah kepada pembelajaran mapan dan sepanjang hayat.
Imaginasi, keseronokan, lakonan drama dan penemuan adalah teras kurikulum Kinderland, di mana kanak-kanak dibimbing mengharungi zaman kanak-kanak yang mengarah kepada pembelajaran mapan dan sepanjang hayat.
Matlamat Kinderland adalah untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang seimbang untuk semua kanak-kanak, yang bukan hanya menyediakan mereka secara akademik tetapi juga membolehkan setiap kanak-kanak mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.
Inilah tujuan mereka menyediakan pendidikan tiga bahasa yang menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin untuk mengajar tema yang menarik dan relevan. Berdasarkan tema ini, kanak-kanak dibawa dalam lawatan sambil belajar yang menyeronokkan yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar dan pembelajaran amali.
Kanak-kanak di Kinderland Maisson mempunyai kelebihan yang nyata kerana mereka diperkenalkan dengan asas pemprograman. Kanak-kanak di sini mempelajari pengekodan melalui penggunaan robot yang boleh diprogramkan dan bersifat pendidikan yang dipanggil ‘Bee-Bot’.
Di samping itu, mereka juga mempelajari cara untuk menjadi pengguna teknologi moden yang bertanggungjawab, yang sangat penting pada abad ke-21.
Kemudahan di Kinderland Maisson secara khususnya istimewa. Pusat ini selalu mencari cara baharu untuk menaik taraf kemudahan yang telah mereka miliki and menjadikannya lebih kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.
Untuk bayi baru lahir, terdapat bilik khas untuk mereka tidur, dijaga dan bermain.
Jika anda melawat Kinderland Maisson, perhatian anda pasti tertarik dengan persekitaran fizikal yang baharu, lapang dan direka bentuk dengan pintar. Semua benda bersaiz kanak-kanak dan dicipta dengan mengambil kira pembelajaran kanak-kanak. Apabila kanak-kanak memasuki pusat ini, terdapat ruang kasut dan beg yang dilabelkan di mana mereka boleh meletakkan barang-barang mereka sendiri, yang menggalakkan rasa pemilikan dan keyakinan diri.
Kawasan dapur mereka yang dibina untuk tujuan khusus dengan kaunter dan tingkap yang rendah, membolehkan kanak-kanak untuk memilih makanan mereka dan membawanya ke meja makan. Juga terdapat troli untuk mereka meletakkan kutleri dan pinggan yang telah mereka gunakan. Semua amalan ini mengajarkan kanak-kanak tabiat yang baik.
Kanak-kanak digalakkan untuk meneroka ruangan, tetapi mereka juga menyedari perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan. Semua ini sebahagian daripada usaha menanamkan rasa ingin tahu, di samping rasa bertanggungjawab.
Kinderland Maisson menganjurkan konsert tahunan di mana semua kanak-kanak terlibat–malah kanak-kanak tatih juga naik ke pentas dan menyertai pertunjukan besar-besaran ini. Kadangkala, pusat ini akan bekerjasama dengan cawangan Kinderland yang lain untuk acara tahunan ini, menimbulkan suasana rancak dan bersemangat untuk pelajar dan keluarga.
Malah kelas pengayaan seperti Taekwondo dan Pengucapan Awam & Drama akan membuat persembahan di mana ahli keluarga dapat menyaksikan perkara yang telah dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.
Pasukan Kinderland Maisson sangat terbuka mendengar kekhuatiran, kehendak dan maklum balas ibu bapa. Tiga kali setahun, ibu bapa akan dijemput ke mesyuarat dengan guru untuk membincangkan kemajuan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengamati apa yang anak-anak mereka pelajari setiap minggu melalui buku komunikasi ibu bapa dan guru. Buku ini mengandungi maklumat tentang perkembangan keseluruhan anak mereka, seperti tahap perkembangan mengikut usia yang telah tercapai.
Para guru di Kinderland Maisson ialah pendidik berkelayakan, berkepakaran dan komited terhadap visi pendidikan pusat ini. Dalam hal guru muzik mereka yang berkepakaran, mereka hanya mengambil bekerja individu yang mempunyai latar belakang muzik, sementara guru baharu akan menjalani minggu orientasi dan waktu pemantauan sebelum disahkan jawatan.
Perkara unik mengenai pasukan pendidik di Kinderland Maisson ialah mereka terdiri daripada orang-orang muda–yang lazimnya sangat bertenaga dan bersemangat, serta berkeinginan untuk belajar dan berkembang.
Semua pusat Kinderland diselia untuk kawalan kualiti secara tahunan dan latihan disampaikan kepada para guru menurut perkara yang perlu ditangani. Latihan yang tetap ini mendorong pengembangan kemahiran dan perkembangan profesional yang berterusan dalam kalangan para pendidik mereka.
Kinderland Maisson terletak di dalam bangunan yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Di samping itu, kanak-kanak di sini menjalani latihan kebakaran tiga kali setahun dan hanya individu yang diberi kuasa oleh ibu bapa terlebih dulu sahaja boleh menjemput para pelajar. Jelas terdapat fokus terhadap keselamatan yang kukuh di sini.
Kebersihan dan kesihatan juga ditekankan, dengan adanya pembantu pusat secara sepenuh masa ditugaskan untuk menjaga keselamatan persekitaran dan kesihatan setiap orang.