by on 23/07/2018 2416
Sorotan Utama |
|
Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi pelbagai anugerah di Petaling Jaya, berhadapan dengan padang golf yang besar dan hijau, dekelilingi rimbunan yang tersusun rapi dan pokok-pokok kelapa sawit yang tinggi adalah Kindyland kindergarten. Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.
Melalui pendekatan pembelajaran yang bersifat exploratif ini, kanak-kanak kemudiannya dipupuk untuk menggunakan apa yang mereka telah alami melalui pengajaran sebegini melalui dunia di sekeliling mereka. Didorong oleh beberapa siri program akademik progresif yang memberi tumpuan kepada penekanan bahasa, pembacaan, dan kemahiran matematik, serta sejajar dengan prinsip dan falsafah kurikulum SECP, Kindyland terus berusaha menawarkan pendidikan awal yang holistik; menggabungkan aktiviti penerokaan cetusan kanak-kanak dengan pembelajaran dalam kelas yang didaktik melalui arahan guru.
Semua program-program akademik di Kindyland adalah berdasarkan kepada kurikulum Scholastic Early Childhood Program (SECP). Program ini telah ditulis dan diperincikan mengikut perkembangan setiap kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Subjek dan kemahiran penting berikut diajar:
Aktiviti-aktiviti pengayaan di Kindyland adalah salah satu aspek penting dalam kurikulum di situ. Aktiviti-aktiviti dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan sosial dan emosi kanak-kanak, serta pengetahuan akademik mereka: ditulis dan diajar bagi memupuk pemahaman diri, proses interaksi antara rakan sebaya yang positif, inisiatif, dan pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Kindyland berusaha untuk memberikan pendidikan yang menyatukan otak kiri dan kanan. Untuk melakukan ini, mereka memperkenalkan Program Latihan Otak Kanan sebagai sebahagian jadual hari panjang mereka. Ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan kreativiti dan imaginasi mereka, bukannya hanya memfokuskan pencapaian akademik semata-mata. Program ini menggunakan kad flash untuk mengaktifkan otak kanan dan kemajuan dalam kesukaran mengikut usia. Hasilnya, kanak-kanak mengembangkan memori fotografi yang lebih baik, kemampuan memproses maklumat berkelajuan tinggi, tumpuan mental, pengiktirafan spasial dan tumpuan visual.
Guru-guru di Kindyland bukan sahaja mempunyai pengalaman yang diperlukan tetapi juga berkelayakan dengan sijil-sijil pendidikan yang relevan. Semua tenaga pengajar di Kindyland adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai diploma atau lebih dari itu, beserta pengalaman pengajaran yang berkaitan sekurang-kurangnya 8-10 tahun. Aspek penting pengajaran dan pembelajaran melibatkan pemerhatian yang beterusan. Maka, saiz kelas yang lebih keci di Kindyland membolehkan guru membuat pemerhatian yang lebih dekat, jitu dan teliti. Oleh itu, nisbah pelajar-guru di Kindyland adalah 18 dan 1. Nisbah ini sengaja dibiarkan kecil bagi memastikan setiap kanak-kanak di Kindyland mendapat perhatian dan sokongan pendidikan yang diperlukan. Melalui usaha ini, pelajar-pelajar diharap dapat mencapai potensi maksimum mereka, sama ada dalam aspek kognitif mahupun akademik.
Kindyland akan terus berusaha untuk menawarkan persekitaran yang selamat, bersih, penyayang dan responsif kepada semua kanak-kanak di situ supaya mereka berkeupayaan untuk berkembang maju dalam aspek akademik mahupun emosi. Manfaat berada dalam kelab golf terbesar di Malaysia, Tropicana Golf & Country Resort Clubhouse adalah banyak. Tropicana Golf mempunyai rangkaian kamera CCTV memantau hampir kesemua kawasan dan banggunan di situ. Kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, taman permainan dan kafe juga ditawarkan. Sebuah klinik berada tidak jauh dari kindergarten. Ringkas nya, kanak-kanak di Kindyland dapat menikmati banyak kemudahan dan manfaat eksklusif yang datang dengan kelab golf ini.
Tidak lupa, tidak ada jalan utama yang berdekatan bermakna seseorang tidak akan mengalami tekanan dari kesesakan lalu lintas. Makanan yang dihidangkan adalah dimasak sendiri dengan bahan-bahan segar - tiada bahan pengawet, serta tiada makanan beku. Kindyland komited untuk memastikan persekitaran pembelajaran sentiasa menyeronokkan, selamat dan kondusif. Atas hasrat ini juga, Kindyland akan melakukan pengubahsuaian dalaman sepenuhnya. Pengubahsuaian ini akan dilakukan oleh sebuah syarikat terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah, Santa Fe. Santa Fe terkenal kerena mereka telah melalukan pengubahsuaian reka bentuk dalaman dan luaran kampus-kampus sekolah antarabangsa terkenal di Malaysia. Berikut adalah gambaran 3D pengubahsuaian yang akan dilakukan di Kindyland.
Di tengah-tengah semua ketidakpastian yang ditimbulkan oleh coronavirus, Kindyland tidak memandang ringan untuk membuka semula sekolah ini. Dengan penyediaan yang teliti, garis panduan pembukaan sekolah yang baru (disenaraikan di bawah) diperkenalkan oleh cikgu-cikgu untuk menjaga keselamatan seluruh sekolah dan meredakan kerisauan ibu bapa tentang menghantar anak mereka kembali ke sekolah.
Untuk SOP pembukaan semula yang lebih terperinci, sila klik di sini.
Sila lihat Kindyland Tropicana Aman & Kindyland @ Tropicana Gardens Mall.