by on 07/04/2021 1649
Sorotan Utama |
---|
|
Menurut apa-apa ukuran sekalipun, terdapat banyak perkara menarik tentang Prasekolah AZ, Taman Molek, Johor Bahru – gabungan falsafah sekolah, program yang berkualiti, pasukan yang bertenaga dan kanak-kanak yang bersemangat. Ia mencerminkan pengembangan sifat pendidikan tatkala satu acuan sahaja tidak mampu memenuhi semua permintaan dan bahawa kanak-kanak akan berkembang maju apabila kekuatannya diraikan dan keperluannya dipenuhi.
Prasekolah ini diasaskan oleh Puan Liew, seorang pendidik yang berdedikasi dengan lebih 33 tahun pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Beliau telah berkhidmat untuk kanak-kanak dan mendidik lebih daripada 10,000 graduan sepanjang perjalanan hidupnya. Beliau percaya setiap kanak-kanak layak memperoleh capaian kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Selepas 33 tahun, Prasekolah AZ kini diteraju oleh pemimpin generasi kedua mereka, Dr. Liew, yang juga merupakan pakar pediatrik dalam perkembangan kanak-kanak. Matlamat beliau adalah untuk memajukan Prasekolah AZ sebagai peneraju prasekolah tiga bahasa di Malaysia sementara meneruskan komitmen pengasasnya untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan menyeluruh untuk setiap kanak-kanak. Pengetahuan Dr. Liew yang luas mengenai perkembangan kanak-kanak memandu sekolah ini sepenuhnya dalam usaha mereka untuk mewujudkan kurikulum menarik yang dapat memberi inspirasi ke arah perkembangan dan kreativiti yang serba boleh, dan yang paling penting, mencintai pembelajaran.
Kanak-kanak akan menyukai keindahan ruangan belajar di prasekolah ini. Ia direka bentuk untuk membolehkan cahaya semula jadi yang mencukupi menerangi bilik darjah yang lapang dan bersifat terbuka, yang menenangkan dari sudut estetika. Terdapat banyak bahan yang diletakkan di rak rendah, menjadikannya mudah dicapai oleh kanak-kanak untuk diteroka secara kendiri. Tanpa mengira hujan atau panas, kanak-kanak dapat terus berseronok dan menjadi aktif di taman permainan dalam.
Di Prasekolah AZ, kanak-kanak dipupuk dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap kepimpinan untuk masa hadapan. Pendekatan pembelajaran gabungan yang menyepadukan semua amalan pendidikan terbaik – Montessori, S.T.E.A.M., Pembelajaran Tematik Bersepadu dan Berasaskan Bermain – digunakan untuk meletakkan asas yang kukuh bagi kanak-kanak agar dapat berkembang tanpa mengira di mana mereka berada dalam kehidupan. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai pengalaman amali dalam subjek berlainan, termasuk bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Mandarin, Matematik, Sains, Seni, Muzik dan Pendidikan Jasmani.
Pendidikan AZ bukan sekadar menyediakan kanak-kanak untuk persekolahan formal. Ia membina kanak-kanak sebagai pelajar sepanjang hayat yang diperkasa dengan kemahiran berfikir berbeza (divergent thinking) dan penyelesaian masalah, selain daya tahan untuk menghadapi situasi mencabar dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai konteks kehidupan sebenar, misalnya lawatan sambil belajar dan lawatan ke rumah jagaan orang tua dan rumah anak yatim. Ini dapat mengajar mereka tentang sifat peribadi yang positif dan nilai kehidupan.
Prasekolah AZ melebihi jangkaan biasa ibu bapa mengenai sesebuah sekolah. Komunitinya yang mesra dan positif merupakan tempat kanak-kanak datang belajar dengan gembira, manakala para guru sangat berminat membantu mereka mencapai tahap terbaik mereka dan ibu bapa memberi sokongan serta terlibat secara langsung. Setiap kanak-kanak akan merasai semangat kekitaan dan memandang tinggi diri mereka, termasuk kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Jika anda membaca artikel ini sebagai usahawan yang meminati pendidikan awal kanak-kanak, pertimbangkan membawa Prasekolah AZ ke komuniti anda. Peluang ini berasaskan model perniagaan yang terbukti dan kukuh untuk menjamin kejayaan anda. Tiada kelayakan formal diperlukan dan anda akan diberikan semua bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk bermula. Perkongsian perniagaan ini juga dilengkapi dengan pilihan beli balik untuk membantu francaisi menguruskan risiko yang mungkin dihadapi dalam menjalankan perniagaan dengan lebih cekap. Klik di sini untuk mengambil langkah pertama anda ke arah menjadi rakan kongsi Prasekolah AZ.