by on 03/05/2023 737
Sorotan Utama: |
|
Kinderland merupakan jenama Prasekolah dan Penjagaan Kanak-kanak berdaftar di bawah Crestar Education Malaysia Sdn. Bhd, ditubuhkan secara rasminya di Malaysia pada tahun 2002. Kini terdapat sejumlah 18 pusat Kinderland di Malaysia dan ia merupakan salah satu nama yang paling dipercayai dalam pendidikan prasekolah dari Singapura dan di seluruh rantau ini.
Falsafah Kinderland ialah “Kami percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik. Dengan mengekalkan keseronokan dan keajaiban zaman kanak-kanak, kanak-kanak akan mengalami kegembiraan belajar dan menjadi pelajar sepanjang hayat sendiri.” Kurikulum Kinderland adalah hasil rekaan khas pasukan dalaman prasekolah itu sendiri yang terdiri daripada pakar awal kanak-kanak, untuk memupuk kanak-kanak supaya besikap sentiasa ingin tahu, kreatif, berkebolehan, yakin, penyayang dan komunikatif.
Kinderland Denai Alam ditubuhkan pada 2014, dan kurikulum yang diguna pakainya adalah yang bersepadu tematik ciptaan pasukan kurikulum dalaman berdasarkan penyelidikan, yang berdasarkan amalan-amalan terbaik yang dipetik daripada pendekatan dan falsafah awal kanak-kanak yang berbeza. Prasekolah ini diketuai oleh Pengetua Shaminitha, pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mempunyai pengalaman lebih lapan tahun sebagai ketua prasekolah, dan pengalaman sedekad lebih dalam mengajar prasekolah.
Kurikulum yang menggalakkan perkembangan holistik kanak-kanak
Sesuatu kurikulum yang mengutamakan pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak amatlah penting demi kejayaan akademik masa depan mereka. Di Kinderland, adalah dipercayai bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan, minat dan motivasi pembelajaran yang unik, di mana kurikulumnya direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Fokusnya adalah menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak supaya masing-masing dapat berkembang maju dan bersedia untuk memasuki sekolah rendah. Kurikulum berasaskan tematik bersepadu itu menggabungkan pelbagai aktiviti yang menggalakkan pembangunan holistik, selaras dengan falsafah prasekolah itu.
Di Kinderland, interaksi dan aktiviti yang menyeronokkan diberikan kepentingan dalam kurikulum mereka, di samping membina kecekapan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin. Kurikulumnya juga merangkumi pelbagai program, termasuk Pemikiran Logik, Muzik Kanak-kanak, Pengekodan dan KinderFit, antara yang lain. Falsafah prasekolah Kinderland memberi tumpuan kepada pembangunan 6 C semasa tahun-tahun pertumbuhan awal kritikal, iaitu Ingin tahu, Kreatif, Berkebolehan, Yakin, Penyayang dan Komunikatif. Kinderland percaya bahawa setiap kualiti tersebut akan memberi manfaat kepada kanak-kanak sepanjang hayat mereka.
Kinderland mengutamakan keselamatan dalam persekitaran pembelajaran untuk memastikan keberkesanan pembelajaran kanak-kanak. Bilik darjah dan ruang pembelajaran direka khas untuk tujuan menggalakkan pembelajaran arahan diri; kanak-kanak boleh meneroka Sudut Pembelajaran mengikut takat mereka sendiri. Sudut ini dilengkapi dengan bahan bantuan belajar dan bahan berdasarkan tema pembelajaran dan juga kumpulan umur kanak-kanak. Apabila kanak-kanak berasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran mereka, mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik.
Program unik yang ditawarkan di Kinderland
Keunikan utama Kinderland Denai Alam adalah program yang ditawarkannya, dan ia merupakan faktor utama yang membezakan prasekolah ini daripada pesaingnya. Bagi elemen bahasa dan literasi, Kinderland menawarkan I know Phonics (IKP) untuk pelajaran Bahasa Inggeris, yang menggunakan pendekatan bertema pelbagai-deria yang menggabungkan cerita dan fonik. Kurikulum Berasaskan Tema Kinderland Cina (CKTC) menawarkan cara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak prasekolah mempelajari bahasa Mandarin dengan berkesan, manakala program Bahasa Malaysia Bersepadu, yang menampilkan Program Bahasa Malaysia Kinderland (BMP), digunakan untuk mengajar Bahasa Malaysia.
Seperti yang dicadangkan oleh namanya, Program Math Alive (MAP) di Kinderland Denai Alam seakan-akan” menghidupkan” mata pelajaran matematik dengan pembelajaran hands-on dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Program Muzik Kanak-Kanak Kinderland (CMP) direka untuk memupuk ekspresi diri, daya penghasilan, dan kepekaan muzik dalam diri si kecil, di samping memupuk dan menyerlahkan keperibadian mereka.
Program KinderFit (KF) direka untuk membantu para si-kecil membina tubuh dan minda yang sihat, dengan menekankan pendekatan "keseluruhan kanak-kanak" untuk menggalakkan kesejahteraan, keyakinan diri dan juga gaya hidup keseluruhan yang sihat.
Membina hubungan ibu bapa-sekolah yang positif
Kinderland Denai Alam mengamalkan komunikasi secara kerap, berterusan dan terbuka dengan para ibu bapa supaya mereka dapat dikemas kinikan mengenai kemajuan anak mereka, di samping menangani sebarang kebimbangan atau keperluan khusus. Pengetua prasekolah sentiasa terbuka untuk komunikasi langsung, dan buku komunikasi ibu bapa-guru juga telah disediakan kepada setiap kanak-kanak pada awal setiap penggal supaya kemas kini bulanan dapat dilakukan. Ibu bapa juga boleh menggunakan buku itu untuk menyampaikan perkara-perkara yang mereka memerlukan kerjasama guru untuk menyelesaikannya .
Selain itu, terdapat juga beberapa projek di rumah yang pelajar dapat membawa pulang untuk disempurnakan bersama-sama ibu bapa. Buku komunikasi digunakan untuk mengemas kini ibu bapa tentang kemajuan anak-anak mereka atau untuk perkongsian antara guru dengan ibu bapa.
Setiap orang guru yang mengajar di Kinderland Denai Alam bukan sahaja perlu mempunyai kelayakan untuk tugas tersebut, namun mereka juga perlu memiliki personaliti yang ceria dan bersemangat. Mereka perlu menunjuk sifat penyayang serta memiliki bersikap penjaga dan prihatin, serta tulus terhadap kanak-kanak. Untuk memastikan guru sentiasa berada pada tahap terbaik untuk menjalankan tugas mereka bersama anak-anak muda yang berharga ini, prasekolah kerap menyediakan latihan dalaman dan luaran untuk guru-guru mereka.