by on 12/05/2024 4110
Artikel ini dikemaskini pada 7 Januari 2025
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, tidak hanya sibuk dengan aktiviti perniagaan tetapi juga penuh dengan potensi untuk peluang pendidikan awal kanak-kanak. Kali ini, kami di Kiddy123 menyenaraikan tadika dan taska yang menjanjikan pengalaman hebat di sekitar pusat Kuala Lumpur.
Baca juga: Tadika Pilihan di Bangsar
Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Terletak di Mid Valley City, Choo Choo Train Baby & Childcare Centre menawarkan program jagaan harian bagi bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan hingga empat tahun. Suasananya bersih dan merangsangkan perkembangan kanak-kanak, dengan ruang-ruang khas untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan – seperti tempat mandi dan menukar lampin bagi bayi kecil, dan taman permainan dalaman untuk kanak-kanak yang lebih besar. Pusat ini mengambil serius aspek kebersihan dan keselamatan. Kanak-kanak diberikan makanan yang seimbang, yang dimasak dalam premis setiap hari, jadi para ibubapa usah bimbang tentang nutrisi anak-anak mereka. Pusat jagaan ini juga menawarkan program-program yang direka khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi, mahupun kognitif, melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berdedikasi.
Terletak berdekatan kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur, CIC International MATRADE menawarakan pengalaman pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Bangunan sekolah terletak di kawasan yang penuh kehijauan, dan dikelilingi halaman yang luas yang membolehkan kanak-kanak untuk melakukan penerokaan dan eksplorasi. Guru-guru menggunakan pelbagai alatan mengajar yang menarik bagi membantu perkembangan kaank-kanak. Pusat ini juga dilengkapi kemudahan seperti taman permainan luar dan dalam, bilik-bilik darjah yang luas dan terang, dan lain-lain lagi. Sebagai pusat CIC International, silibus di sini mengintegrasikan kurikulum Cambridge dan merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”
Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.
Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.
Human StarChild Care Centre, terletak di Lalaport BBCC, membawa cara penjagaan kanak-kanak dari Jepun ke Kuala Lumpur. Terbuka kepada kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, pusat ini menggunakan kurikulum WALLET yang menekankan aspek mental dan fizikal, kemahiran sosial, interaksi dengan persekitaran kanak-kanak, bahasa, dan ekspresi emosi. Pusat ini juga terkenal untuk reka bentuk terbuka dan ceria, membekalkan pengalaman zaman awal kanak-kanak yang baik, dan juga makanan yang cantik dan berkhasiat, selaras dengan falsafah penjagaan kanak-kanak Jepun.
Small Wonder, sebuah prasekolah yang dimiliki sepenuhnya oleh Busy Bees - sebuah organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang terkenal - mula membuka pintunya kepada pelajar di Singapura 31 tahun lalu. Apabila daya tarikannya semakin meluas, ia telah bercabang ke 6 lokasi lain di Singapura dan Vietnam, dan terbaharu, di Kuala Lumpur. Keluasan dan kedalaman kurikulumnya amat sukar ditandingi, memberikan kanak-kanak kuasa untuk mengubah kehidupan mereka melalui pendidikan yang berkualiti tinggi dan progresif.
Di Small Wonder, kanak-kanak dilihat sebagai pelajar yang sempurna sejak azali: didorong oleh rasa ingin tahu yang bersemangat, minat yang tidak kenal takut dalam mencuba pengalaman baharu dan keinginan yang mendalam untuk menyelesaikan masalah. Dengan tagline sekolah ini, "Challenging the wondrous mind”, guru menyuburkan kualiti semula jadi ini dan membantu kanak-kanak membuka bakat dan minat unik mereka melalui pembelajaran berasaskan inkuiri. Pendekatan berkesan ini menggalakkan kanak-kanak memerhati, meneroka dengan bahan yang berbeza, menemui dunia di sekeliling mereka, bertanya soalan, berfikir semula dan berkongsi idea dengan orang lain. Daripada sekadar membentangkan fakta di dalam kelas, bentuk pembelajaran aktif ini membawa cara untuk kanak-kanak berkembang menjadi pelajar yang berfikiran antarabangsa sepanjang hayat yang boleh membantu menjadikan dunia kita tempat yang lebih baik.
Smart Sprouts Kidhub di Sungai Besi, KL, menawarkan program prasekolah, penjagaan harian, dan tuisyen untuk kanak-kanak dari usia18 bulan hingga 17 tahun. Pusat ini beroperasi sepanjang tahun, termasuk cuti sekolah, dan membekalkan makanan harian sserta perkhidmatan pengangkutan dari dan ke sekolah. Program prasekolahnya menggabungkan kaedah pendidikan Montessori dan juga sistem dari Finland, di samping memastikan kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Pusat ini juga membekalkan sokongan akademik yang padu melalui sesi bimbingan kerja rumah dan ulang kaji berdasarkan sukatan pembelajaran kebangsaan, atau IGCSE. Matlamat dan visi pusat ini adalah untuk mewujudkan suasana yang mesra dan selesa, bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.