on 08/10/2021 1285
Sorotan Penting |
|
Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”
Kampus baharu terletak di tengah-tengah dan mudah diakses melalui semua lebuh raya utama. Kampus ini boleh berbangga dengan kemudahan yang direka bentuk dengan baik seperti bilik darjah yang lapang, makmal komputer, studio tarian, dewan sukan, bilik media, taman permainan dalam, kafetaria dan bilik mandi. Keselamatan kampus adalah perkara utama. Ibu bapa dapat meyakini bahawa prosedur yang ketat telah ditetapkan untuk mengawasi semua aktiviti di kawasan sekolah sepanjang masa.
Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.
Kurikulum sekolah memberikan tumpuan yang besar kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk mencabar pelajar mengembangkan tabiat minda yang akan membantu mereka berjaya tanpa mengira tempat kerja mereka pada masa depan. Kurikulum ini meliputi subjek akademik yang pelbagai dan meluas, merangkumi:
SUBJEK YANG DITAWARKAN |
|||
PRASEKOLAH & SEKOLAH RENDAH |
SEKOLAH MENENGAH BAWAH |
SEKOLAH MENENGAH TINGGI |
A LEVEL |
|
|
|
|
Pelajaran bukan sekadar melibatkan penulisan dan pertuturan, malah menyemai kandungan yang bermakna dan pengajaran menarik yang menghidangkan realiti kehidupan kepada pelajar. Hal ini bertujuan agar pelajar menyerap semangat menimba ilmu, bertanyakan soalan dan bekerjasama dengan rakan sebaya mereka untuk memperoleh kefahaman dalam semua bidang pelajaran. Menelusuri semula asal usul sekolah ini sebagai persekolahan di rumah, para guru menyampaikan pelajaran secara peribadi dalam kumpulan kecil. Mereka menyediakan persekitaran pengajaran yang disesuaikan seakrab mungkin dengan keperluan dan kebolehan setiap pelajar. Hal ini menyokong pembelajaran yang lebih mendalam dan mengubah keseluruhan pengalaman pendidikan bagi kanak-kanak.
Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge. Kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini akan memastikan para pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik dan meraih peluang pekerjaan pilihan mereka.
Pendidikan akademik yang mantap, pemupukan berterusan terhadap pembangunan kreativiti dan jasmani, pengisian keperluan sosial dan emosi pelajar; semuanya menjadi matlamat Sekolah Antarabangsa Cranbridge. Terdapat pelbagai aktiviti pengayaan untuk membawa lebih banyak keseronokan pada hari-hari persekolahan, dan para pelajar di Cranbridge sangat suka ke sekolah! Seminggu sekali, akan diadakan hari aktiviti apabila pelajar dapat menjalani aktiviti yang mengujakan seperti bermain futsal, permainan sukaneka, yoga dan lawatan harian ke panggung wayang atau pusat boling. Setiap penggal, para pelajar juga menyertai aktiviti pembinaan personaliti dan acara bermakna seperti melawat rumah anak yatim dan sekolah kanak-kanak berkeperluan khas. Pelajar yang lebih berusia berpeluang untuk menghadiri persidangan Model Bangsa-bangsa Bersatu yang merupakan simulasi pendidikan unik untuk mereka mempelajari tentang perhubungan antarabangsa dan kemahiran kepimpinan secara amali. Hal ini menerangkan sebab-sebab graduan Cranbridge dapat menjadi individu yang serba boleh dan pintar emosinya serta dapat pula menyeimbangkan hak mereka dengan tanggungjawab masing-masing dalam dunia yang semakin kompleks ini.
Sejak bertahun lamanya, Cranbridge beransur-ansur berkembang untuk menaungi pelajar dari jauh dan dekat, termasuk Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, India, Afrika, Rusia, Filipina dan Pakistan. Mereka tiba dengan bertutur dalam bahasa yang berbeza serta pengalaman hidup yang berbeza, namun komuniti sekolah ini sangat akrab seperti sebuah keluarga. NIlai kemanusiaan dan rasa kekitaan sebagai warganegara global terserlah dengan nyata.
Para guru di Sekolah Antarabangsa Cranbridge berkongsi minat yang tinggi terhadap misi dan visi sekolah. Mereka dipilih secara khusus berdasarkan kelayakan akademik mereka yang cemerlang dan pengalaman mereka yang tidak ternilai. Bimbingan profesional dan komunikasi terbuka antara ahli pasukan merupakan kunci kepada perhubungan mereka yang terus berkekalan. Yang paling utama ialah sokongan rakan sekerja yang telah membantu para guru membina kemahiran baharu dengan begitu pantas untuk terus menyokong pembelajaran para pelajar sepanjang berlangsungnya pandemik. Apabila Kementerian membenarkan para pelajar kembali ke sekolah, mereka benar-benar bersedia dengan baik untuk menyambut pelajar semula. Buat masa ini, matlamat sekolah ini adalah untuk menyokong para pelajar agar mereka dapat terus menikmati pembelajaran.
Contact Cranbridge International School for FREE trial classes TODAY!