by on 14/08/2024 192
Sorotan Utama |
|
Terletak satu minit sahaja dari stesyen LRT Hang Tuah, Human StarChild Care Centre menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak yang unik, yang berdasarkan pendekatan Jepun terhadap perkembangan awal kanak-kanak. Terbuka kepada kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, pusat ini mengamalkan praktis penjagaan kanak-kanak dari Jepun dan membawanya ke KL –bagi memastikan persekitaran yang menggayakan untuk si manja kecil.
Human StarChild mempunyai sejarah yang lama di Jepun, di mana ianya ditubuhkan lebih 20 tahun lalu dan kini terdapat 38 pusat penjagaan kanak-kanak di Tokyo dan Yokohama. Cawangan Malaysia merupakan cawangan antarabangsa mereka yang kedua selepas Jakarta, Indonesia.
“Ibubapa di Jepun menggunakan servis kami kerana mereka bekerja untuk jangka masa yang lama, dan ahli-ahli keluarga mereka pula tidak dapat membantu menjaga anak-anak mereka. Trend ini kami turut lihat di Malaysia, oleh itu kami yakin bahawa servis kami sesuai untuk komuniti di sini,” jelas Cik Yuriko Delvita Bambang, pengarah Human StarChild Malaysia.
Teras pendidikan di sini adalah kurikulum WALLET, sebuah program yang inovatif berdasarkan “5 bidang penjagaan kanak-kanak di Jepun”. Kurikulum selama 48 minggu ini merangkumi:
Kurikulum ini mengikut tema mingguan di mana kanak-kanak akan meneroka aktiviti “WALLET” – Watching / Writing (Melihat / Menulis), Activating Behaviours and Senses (Mengaktifkan Tingkah Laku / Deria), Listening (Mendengar), Expressing (Expresi) dan Thinking (Berfikir).
Pendekatan ini mengimbangkan isipadu akademik dengan kemahiran kreatif dan sosial. Guru-guru menggunakan lebih 500 kad imbas dan buku bergambar supaya pembelajaran lebih menyeronokkan dan dinamik, di samping mempupuk kreativiti kanak-kanak melalui seni dan kraf, dan aktiviti sensori yang lain. Buku-buku kerja di sini berdasarkan silibus Jepun tetapi diadaptasi ke Bahasa Inggeris untuk cawangan antarabangsa Human StarChild.
Selain mengajar kanak-kanak menguasai kemahiran literasi dan numerasi, Human StarChild juga berbeza kerana mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Budaya Jepun sangat mengutamakan aspek seperti sopan santun, kesusilaan, dan disiplin, dan semua ini diterap ke dalam rutin seharian kanak-kanak.
Sebagai contoh, kanak-kanak harus berbaris apabila membasuh tangan dan menunggu rakan-rakan mereka duduk di meja bersama sebelum makan. Semasa bermain, kanak-kanak belajar untuk menunggu giliran dan berkongsi mainan. Kemahiran-kemahiran praktikal dan sosial ini sangat penting apabila mereka besar nanti.
Falsafah orang Jepun terhadap makanan jelas terlihat di sini. Makanan yang dihadangkan bukan sahaja penuh nutrisi, ia juga mempunyai penampilan yang cantik. Menurut Cik Yuriko, waktu makan seharusnya sesuatu yang menggembirakan kanak-kanak.
“Kanak-kanak biasanya akan was-was terhadap makanan yang baru. Kami memastikan setiap hidangan diselaraskan dengan perisa yang sedap, dan kami juga menggunakan bahan-bahan yang berwarna warni atau telah dibentuk dengan menarik, bagi memupuk minat mereka,” jelas beliau. Makanan tengah hari di sini disediakan di dalam premis setiap hari dengan bahan-bahan mesra Muslim.
Human StarChild memandang penting aspek keselamatan dan kebersihan. Ibubapa dan kanak-kanak akan berasa selesa sebaik sahaja melangkah masuk ke premis pusat ini, kerana ruang-ruangnya yang luas, terang, dan terbuka.
Langkah-langkah keselamatan diambil serius di sini: contohnya, tandas untuk orang dewasa dilengkapi dengan selak yang tinggi yang boleh dikunci dari luar. Ini untuk mengelakkan kanak-kanak masuk ke tandas orang dewasa secara tidak sengaja di mana mereka mungkin mengalami kecederaan. Selain itu, pusat ini juga menggunakan perabot yang selamat untuk kanak-kanak, dengan bucu-bucu yang tidak tajam. Kawasan permainan pula dilapik, tempat menyimpan barang dikunci dengan rapi, dan premis ini juga lengkap dengan CCTV. Pusat ini dibersihkan setiap hari, manakala bahan-bahan dan alat-alat mainan disanitasikan secara kerap.
Bagi memastikan kualiti yang tinggi, pengetua Human StarChild adalah guru yang berpengalaman dari Jepun, iaitu Hitomi-sensei. Selain memiliki lesen yang yang diiktiraf Jepun, Hitomi-sensei juga mampu memberi latihan yang baik kepada pekerja-pekerja di cawangan Malaysia.
Guru-guru di Human StarChild Care Centre di Malaysia harus memiliki sijil Kursus Asuhan Permata (KAP) certificate. Jika tidak, mereka akan dihantar untuk menerima latihan bagi memperoleh sijil ini. Yang pentingnya, kata Cik Yuriko, mereka harus mempunyai rasa sayang kepada kanak-kanak, serta sikap ingin belajar dan mengembangkan diri mereka.
Kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka di sini, oleh itu, Human StarChild memastikan ibubapa sentiasa dikemaskini tentang aktiviti harian anak-anak mereka, supaya ibubapa dapat menjadi sebahagian daripada proses pembesaran anak-anak mereka.
Laporan harian mencatakan waktu tidur dan makan, waktu penggunaan tandas, dan rutin harian kanak-kanak serta apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.
"Walaupun ibubapa percayakan kami untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik, mereka semestinya mahu tahu apa yang anak-anak mereka lakukan setiap hari. Kami cuba untuk membekalkan informasi ini dengan teliti. Ia juga dapat membantu ibubapa memastikan keadaan kesihatan anak-anak mereka,” kata Cik Yuriko.
Human StarChild Care Centre, Bukit Bintang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan pilihan program sepenuh hari dan separuh hari. Yuran tambahan akan dicaj untuk kanak-kanak yang hadir dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.