by on 07/06/2024 120
Sorotan Utama |
|
Mid Valley City merupakan pusat komersial yang termasyhur di Kuala Lumpur. Namun begitu, masih sukar untuk mencari pusat penjagaan harian untuk kanak-kanak di kawasan ini.
Choo Choo Train Baby & Childcare Centre di Boulevard Office, Mid Valley baru sahaja dibuka pada tahun 2024, memudahkan ibubapa yang sedang mencari tempat yang selamat dan suasana yang mesra serta merangsangkan buat si manja mereka.
Pusat berlesen ini merupakan sebahagian daripada jenama Choo Choo Train yang mempunyai cawangan di seluruh Lembah Klang. Ia terbuka kepada bayi berusia lapan bulan ke atas, sehingga kanak-kanak berusia empat tahun. Suasana pusat ini sangat ramah dan selesa, membolehkan kanak-kanak belajar, bersosial, dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dengan gembira dan sihat.
Choo Choo Train Baby & Childcare Centre terletak di tingkat pertama bangunan pejabat bersebelahan dengan pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall. Ruangnya yang luas mempunyai reka bentuk yang cantik, moden, dan bersih, dengan bilik-bilik yang diterangi cahaya dan dipenuhi dengan pelbagai bahan pembelajaran serta alat mainan yang menarik.
Pusat jagaan ini menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan, jadi semua bahan-bahan kerap disanitasikan, dan premis juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pagar keselamatan dan juga dinding berlapis yang lembut. Terdapat juga sebuah taman permainan dalaman dan ruang-ruang khas untuk penjagaan bayi, seperti tempat menukar lampin and bilik mandi. Kemudahan-kemudahan lain yang tersedia adalah mesin steralisasi botol dan juga tempat menyimpan susu bagi ibu yang menyusu.
Penjaga-penjaga di sini semuanya terlatih dalam penjagaan kanak-kanak dan juga memiliki sijil pertolongan kecemasan. Mereka tekun dalam mewujudkan suasana yang selesa dan mesra kanak-kanak, memastikan setiap kanak-kanak individu menerima perhatian dan penjagaan rapi yang secukupnya.
Program sepanjang hari adalah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, dan merangkumi makanan yang segar dan berkhasiat, yang dimasak setiap hari di sini. Aspek ini sangat memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja, yang tidak mempunyai masa untuk masak sendiri. .
Tahun-tahun pertama dalam hidup seorang kanak-kanak merupakan tempoh yang paling kritikal dalam perkembangan mereka, di mana mereka akan dapat menyerap pengetahuan dan kemahiran dengan mudah, seperti sebuku span. Bagi memaksimakan penyerapan maklumat ketika tempoh ini, Choo Choo Train menawarkan program komprehensif yang diselaraskan dengan keperluan kanak-kanak mengikut tahap keupayaan masing-masing, dari masa bayi hinggalah zaman prasekolah.
Choo Choo Cuddle (0-6 bulan): Program ini sesuai untuk bayi yang baru sahaja mula berdikari dari pangkuan ibu. Mereka akan menyertai aktiviti-aktiviti seperti urutan, merangsangkan daya sensori, dan interaksi sosial awal. Melalui aktiviti-aktiviti seperti Baby Zen, Baby Touch, Baby Music, dan Baby Gym, bayi-bayi akan dapat begerak dengan lebih baik, meneroka deria-deria mereka, dan membina hubungan emosi yang kuat.
Choo Choo Explorer 1(7 - 12 bulan): Untuk si manja pada peringkat ini, pembelajaran adalah berkisar penerokaan diri dan apa yang boleh mereka lakukan dengan badan mereka. Tumpuan program ini adalah untuk membantu mengembangkan kemahiran fizikal yang penting seperti merangkak dan berdiri. Selain itu, kemahiran bahasa yang asas dipupuk melalui sesi bercerita, berkomunikasi, dan membaca.
Choo Choo Explorer 2 (13-18 bulan): Apabila si manja mampu bergerak dengan lebih lincah, program akan dikembangkan untuk melibatkan aktiviti seperti berjalan, melompat, dan berlari dalam persekitaran yang selamat. Selain daripada itu, mereka juga dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran dan permainan, di samping aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka meningkatkan daya penyelesaian masalah dan pemikiran kritis mereka, dan juga kemahiran komunikasi dan pemahaman bahasa.
Choo Choo Explorer 3 (19-24 bulan): Kanak-kanak pada peringkat ini memiliki kemahiran fizikal yang lebih mantap, oleh itu program ini memberi tumpuan terhadap memupuk mereka supaya dapat berkomunikasi dengan lancar dan membimbing mereka untuk bersosial, berkawan, meluahkan diri melalui cara-cara yang berlainan, dan tolong menolong antara satu sama lain. Mereka akan diperkenalkan kepada pembelajaran berstruktur dalam aspek-aspek seperti bahasa, matematik, dan sains. Kanak-kanak juga akan dilatih untuk pergi ke tandas dengan sendiri, mengalakkan mereka menjadi lebih berdikari. /p>
Choo Choo Discoverer (25-36 bulan): Kanak-kanak pada peringkat ini sedang giat berkembang, jadi tumpuan beralih ke pendekatan belajar sambil bermain. Kelas-kelas bertema mengambil elemen dari kurikulum sekolah kebangsaan dan juga antarabangsa.Contoh aktiviti yang termasuk dalah program ini adalah Early Language Lab-English, Early Maths Adventure, Early Science Sparks, Early Art and Creations, Permainan Air, Permainan Pasir, dan Fun with Food.
Choo Choo Quest (36-48 months) Progres yang semula jadi dari peringkat sebelumnya, program prasekolah ini menyediakan kanak-kanak untuk peringkat tadika dan bertumpukan kemahiran asas seperti bersosial, literasi, dan numerasi. Tetapi ini tidak bermakna mereka hanya membaca buku sahaja: aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah berasaskan konsep belajar sambil bermain, menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Choo Choo Train Baby & Childcare Centre lengkap dengan segala kemudahan dan membekalkan penjagaan rapi untuk kanak-kanak yang bukan sahaja merangkumi jagaan semata-mata, tetapi juga sokongan dalam perkembangan mereka dan juga persediaan untuk tadika. Tidak mengira tahap, pusat ini menekankan perkembangan secara holistik dalam pelbagai aspek, sama ada peribadi, sosial, fizikal, mahupun emosi.
Dengan menggabungkan aspek-aspek seperti permainan imaginatif, muzik dan pergerakan dengan aktiviti-aktiviti seperti melukis, mewarna, bercerita, dan menyanyi, program-program di sini direka khas untuk memupuk kreativiti, pemikiran kritis, dan rasa cinta akan ilmu dalam diri kanak-kanak.