by on 07/06/2024 184
Sorotan Utama |
|
Zaman awal kanak-kanak sangat penting untuk membina asas yang kukuh demi masa hadapan yang cemerlang; itulah sebabnya persekitaran dan suasana pembelajaran yang bagus amat penting ketika tempoh masa ini.
Ibubapa dan penjaga yang mencari suasana seperti ini boleh ke Smart Sprouts Kidhub di Razak City Residences, Sungai Besi.
Baru sahaja dibuka pada tahun 2023, pusat sehenti pendidikan ini menawarkan program-program yang komprehensif, termasuklah perkhidmatan jagaan harian dan servis tuisyen untuk kanak-kanak semuda 18 bulan hinggalah 17 tahun. Ibubapa boleh berasa tenang dan senang hati, kerana anak-anak mereka akan dapat menerima jagaan dan pendidikan yang rapi. Pusat ini juga menerima kanak-kanak bekeperluan khas.
Smart Sprouts Kidhub terletak di tingkat pertama sebuah bangunan campuran komersial dan residensi, dan terletak di kawasan perumahan yang esklusif. Lokasi ini beberapa minit sahaja dari Bukit Jalil, Salak Selatan, dan Jalan Kelang Lama.
Pusat ini seluas 5,000 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan khusus untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik, dan tidak dilupakan juga CCTV untuk keselamatan.
Ruang pusat ini terdiri daripada lapan bilik darjah dan ruang awam yang diterangi cahaya matahari semulajadi dari tingkap yang tinggi dari lantai ke siling. Rak-rak di sini disusun kemas dengan buku, bahan-bahan pembelajaran dan alat-alat permainan. Pusat ini juga mempunyai sebuah dinding Montessori yang dipenuhi dengan panel yang berwarna-warni, sesuai untuk kanak-kanak yang kecil.
Selain belajar, keperluan kanak-kanak yang lain juga terurus, termasuklah makan tengah hari dan minum petang, dengan makanan yang berkhasiat yang dimasak segar setiap hari. Perkhidmatan pengangkutan pergi ke dan balik dari sekolah juga disediakan.
Smart Sprouts Kidhub menawarkan program-program komprehensif yang diselaraskan kepada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, program prasekolah menggabungkan pendekatan berasaskan projek dan belajar sambil bermain, dengan elemen Montessori dan sistem pendidikan Finland yang terkenal dengan pendekatan holistiknya..
Pengasas Smart Sprouts Cik Amelinda Lee menerangkan bahawa tumpuan di tahap awal adalah untuk mengajar kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari. Ini dicapai melalui aktiviti-aktiviti kemahiran hidup dan juga pendekatan belajar sambil bermain. "Modul pembelajaran yang lebih berstruktur diperkenalkan apabila mereka meningkat dewasa, menggunakan aktiviti berasaskan projek untuk meningkatkan daya pemikiran kritis dan daya penyelesaian masalah mereka," kata beliau.
Kelas-kelas dikendalikan dalam kumpulan yang kecil, dengan nisbah 1:8 untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 4 tahun, dan 1:15 untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Mereka didedahkan kepada pelbagai mata pelajaran seperti Matematik dan Sains (dwibahasa dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin), dan juga Muzik, Seni dan Kraf, dan program Little Chef.
Buku-buku dan bahan-bahan kursus yang digunakan di pusat ini dikarang oleh Cik Lee. Sebelum ini, beliau merupakan seorang dekan fakulti di universiti, dengan ijazah PhD dalam Pendidikan Sains.
Kebanyakan program prasekolah memberi tumpuan kepada satu bahasa pengantara sahaja, tetapi di Smart Sprouts Kidhub, mereka menekankan penguasaan tiga bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Ini memastikan kanak-kanak dapat menyesuaikan diri apabila beralih ke Darjah 1, sama ada ke sekolah kebangsaan, vernakular, ataupun antarabangsa.
Ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina boleh menyertakan mereka dalam program tuisyen Bahasa Cina yang diadakan di Smart Sprouts Kidhub. Program "Pre-Primary Chinese" ini direka khas untuk kanak-kanak yang menggunakan bahasa ibunda selain Bahasa Cina di rumah, bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan dalam bahasa tersebut sebelum masuk ke SJKC.
Untuk kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah ke menengah pula, pusat ini menawarkan bimbingan kerja rumah dan tuisyen untuk semua matapelajaran, yang dikendalikan oleh guru-guru yang berkelayakan.
Apabila kanak-kanak tidak belajar, mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di taman permainan dalaman, menunjukkan bakat seni dan kreativiti mereka di sudut seni dan kraf, meluahkan imaginasi mereka di sudut permainan peranan, atau bermain bersama kawan-kawan di sudut permainan. Pusat ini juga mengadakan rombongan sambil belajar dan pelbagai aktiviti menarik seperti memasak dan berkhemah untuk semua lapisan pelajarnya.
Salah satu ciri yang membezakan Smart Sprouts Kidhub adalah polisinya yang inklusif, di mana ibubapa boleh menghantar anak-anak mereka ke pusat ini semasa cuti sekolah, tanpa caj tambahan. Perkhidmatan ini menyenangkan ibubapa yang bekerja.
Ibubapa dikemas kini tentang rutin harian anak-anak mereka melalui applikasi Taidii, sebuah sistem pengurusan sekolah yang berasal dari Singapura dan telah memenangi anugerah cemerlang. Menerusi applikasi ini, ibubapa boleh memantau masa masuk dan keluar anak-anak mereka ke pusat ini.
Kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka di sini. Oleh itu, mereka berusaha untuk mewujudkan suasana yang mesra, di mana mereka dapat memupuk kanak-kanak menjadi individu yang cemerlang, di samping mencipta memori yang manis bersama guru-guru dan rakan-rakan mereka.