by on 01/05/2024 16481
Artikel ini telah dikemaskini pada 21 Oktober 2024.
Sangat penting untuk mencari bukan hanya prasekolah yang sesuai yang akan menjadi permulaan yang tepat untuk perjalanan pendidikan anak, tetapi juga prasekolah sempurna yang akan memberi inspirasi kepada mereka untuk memimpin masa depan mereka dengan yakin dan seterusnya, berkembang menjadi individu yang dibesarkan dengan baik. Dengan begitu banyak pilihan, memilih tadika atau prasekolah yang tepat mungkin memeningkan bagi sesetengah ibu bapa, jadi kami ingin meredakan perjalanan anda dengan menyenaraikan beberapa prasekolah terbaik di Kepong, sebuah kota yang sibuk dengan banyak potensi.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre dengan bangga menyediakan perkhidmatan penjagaan anak boleh dipercayai serta program pembelajaran awal kepada masyarakat setempat. Bukan sahaja kanak-kanak yang dijaga oleh Choo Choo Train diberi kuasa dan disayangi oleh pendidik dan jururawat yang berkelayakan, mereka juga dapat mengalami program pendidikan awal yang indah yang disesuaikan secara individu. Menerima kanak-kanak dari usia 2 bulan hingga 4 tahun, Choo Choo Train memahami betapa pentingnya keselamatan dan reka bentuk kemudahan itu untuk perkembangan si kecil. Ibu bapa dapat menenangkan fikiran mereka mengetahui bahawa anak-anak di sini berkembang dalam persekitaran yang menyokong, dan bahkan turut serta dan memantau kemajuan anak mereka melalui komunikasi telus yang dikendalikan oleh pusat.
Dripping Colours Montessori, Desa Parkcity ialah sebuah tadika Montessori yang mengamalkan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan tanpa mengikut peringkat usia. Manfaat di sekolah ini adalah bilangan pelajar yang kecil dalam setiap bilik darjah dengan nisbah guru ke pelajar yang rendah. Amalan ini diwujudkan supaya setiap kanak-kanak dapat menerima perhatian dan bimbingan yang secukupnya agar mereka dapat berkembang pesat. Di tadika-tadika lain, amalan biasa adalah untuk menempatkan kanak-kanak berdasarkan kumpulan umur mereka, tetapi di Dripping Colours, murid-murid ditempatkan mengikut kemampuan masing-masing.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. "Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal."
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Klang Valley, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Ditubuhkan pada tahun 2005, Tadika Morning Star, Kepong memupuk perkembangan holistik kanak-kanak melalui pendekatan pelajaran tematik yang merangkumi bidang pelajaran seperti Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, dan Matematik.
Kaedah ini mengalakkan pembelajaran secara hands-on dan dunia sebenar, memupuk kreativiti, daya pemikiran kritis, dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Tadika ini menekankan pendidikan S.T.E.A.M, pelajaran bahasa secara imersif, dan aktiviti pembinaan watak. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, elemen Montessori turut diterapkan dalam pembelajaran mereka bagi membina keyakinan diri dan daya motor yang kuat. Matlamat sekolah adalah untuk memastikan murid-muridnya kental dari segi emosi dan mampu berfikir secara kritis supaya mereka boleh berjaya dalam abad ke-21 ini.
New Sun Moon (NSM) menawarkan program berpadanan umur yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Sambil mengambil kira bahawa bermain seumpama tugas penting kanak-kanak, NSM melibatkan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun dalam aktiviti-aktiviti yang menarik minat supaya dapat membina perkembangan mental dan fizikal mereka. Kurikulum ini tertumpu kepada pembangunan kemahiran dan bakat, berserta kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak. Ibu bapa dapat memerhatikan anak mereka masing-masing dapat memperoleh kemahiran hidup yang penting sambil meningkatkan keyakinan diri mereka. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun, NSM memastikan persediaan yang teliti untuk kemasukan mereka ke sekolah rendah, dengan pendedahan akademik berkualiti tinggi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Mandarin dan pendidikan Moral. NSM amat komited sekali untuk menghasilkan graduan yang berkeyakinan diri, dan bersedia mencapai kejayaan dalam perjalanan persekolahan mereka.
Sekolah antarabangsa ini yang baru berpindah ke kampus mereka sendiri pada September 2019 telah beroperasi menggunakan Kurikulum Nasional British (British National Curriculum) sejak pembukaannya pada tahun 2017. Menerima pelajar semuda 3 tahun, SBIS mampu menjamin anak anda untuk menerima standard pembelajaran tertinggi yang dijangka dari sistem persekolahan British. Rangka akademik mereka terdiri daripada 3 peringkat penting, Reception, Primary dan Secondary. Bahasa Mandarin menjadi matapelajaran wajib untuk setiap peringkat akademik di sekolah ini
Dengan premis mereka sendiri, SBIS menjamin fasiliti yang disediakan dapat memberi persekitaran yang kondusif untuk sesi pembelajaran. Ruang pembelajaran seperti suit ICT, makmal seni, dewan serbaguna, bilik muzik dan auditorium dilengkapi bahan dan material pengajaran untuk menyokong peluang pembelajaran. Pelbagai jenis aktiviti kokurikulum juga disediakan untuk pelajar mempelajari skil baru.
Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.
Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.