by on 17/07/2018 2496
Terletak di kawasan pembangunan Plaza Akardia di tengah-tengah Desa ParkCity di Kuala Lumpur, Kindergarten Knowledge Tree + Montessori menawarkan program pendidikan progresif yang memperincikan pembelajaran secara langsung serta aktiviti cetusan anak-kanak. Berorientasikan sains dan falsafah yang telah dibangunkan oleh Dr Maria Montessori, pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang digunakan oleh Knowledge Tree + adalah berani dan berinspirasi.
Pendidikan awal yang baik menyediakan kanak-kanak dengan asas akademik yang kukuh untuk pembelajaran di masa hadapan mereka. Knowledge Tree + Montessori percaya bahawa pendidikan Montessori akan mampu menyediakan peluang pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak. Ini kerana, kanak-kanak secara semula jadinya adalah seorang pelajar. Mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk belajar dan mengajar diri mereka jika mereka diletakkan dalam persekitaran pembelajaran yang sihat, kondusif dan mesra. Tahun-tahun awal kanak-kanak adalah kritikal. Jadi, berpandukan kepada cita-cita dan aspirasi ini, Knowledge Tree + Montessori akan sentiasa berusaha untuk menyediakan suasana pembelajaran menenangkan yang seterusnya mampu merangsang kanak-kanak dengan penekanan khusus kepada pembelajaran yang mengajar erti tanggungjawab peribadi.
Semasa artikel ini ditulis, Knowledge Tree + Montessori di Plaza Akardia mempunyai kira-kira lebih daripada 60 orang pelajar yang berlatarbelakangkan budaya dan linguistik yang pelbagai. Oleh kerana masyarakat kita kini terdiri daripada pelbagai bangsa, adalah penting untuk pelajar-pelajar hari ini ditempatkan di dalam kelas yang pelbagai, di samping belajar untuk menghargai dan menggunakan kepelbagaian tersebut untuk kebaikan bersama.
Sejajar dengan Kaedah Pendidikan Montessori, falsafah pendidikan Knowledge Tree + Montessori telah didasarkan kepada matlamat-matlamat berikut.
a) Memperkukuhkan aspek sosial, rohani, peribadi, fizikal dan intelek seseorang kanak-kanak.
b) Mempengaruhi corak tingkah laku.
c) Mengajar kanak-kanak untuk mencari ilmu.
d) Memupuk minat kepada ilmu sepanjang hayat.
Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan setiap kanak-kanak, sama ada secara kognitif mahupun akademik. Maka tidak hairanlah jika Knowledge Tree + Montessori melihat aspek ini sebagai aspek yang sangat mustahak dalam usaha memastikan agar kualiti pengalaman pengajaran dan pembelajaran sentiasa terjamin. Maka, hanya guru yang berkelayakan dan berpengalaman akan diambil untuk mengajar. Maka semua guru di Knowledge Tree + Montessori adalah sekurang-kurangnya pemegang diploma dalam bidang Montessori, atau pemegang ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Siri program latihan untuk guru dianjurkan dari semasa ke semasa di mana pakar-pakar akan dijemput untuk menjalankan bengkel latihan tersebut. Untuk memastikan semua kanak-kanak berumur antara 3-6 tahun di Knowledge Tree mempunyai ruang dan peluang untuk mengembangkan potensi mereka melalui sukatan pendidikan Dr Maria Montessori dengan lebih berkesan, nisbah guru-pelajar sengaja dibiarkan kecil.
Knowledge Tree + Montessori menawarkan program-program pendidikan yang progresif mengikut usia, dan aktiviti-aktiviti pengayaan selepas waktu sekolah yang telah disesuaikan untuk setiap pelajar. Kesemua kelas dan program di sini telah dikategorikan dengan teliti. Program pendidikan dan kemahiran penting berikut diajar: