by on 18/10/2024 1011
Highlights |
|
Sebagai ibubapa, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk si manja, terutamanya berkenaan pendidikan awal mereka. New Sun Moon Bandar Menjalara, yang dibuka pada tahun 2023, diwujudkan khas bagi mencapai matlamat ini.
Terbuka kepada kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun, prasekolah ini bukan sahaja menyediakan tempat untuk pelajaran akademik, tetapi juga ruang bagi kanak-kanak untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka, memupuk kreativiti dan perkembangan akhlak dalam persekitaran yang selamat dan ramah mesra.
Salah satu ciri utama New Sun Moon adalah keprihatinan jenama ini terhadap perkembangan pelajar-pelajar mereka. Sebelum kanak-kanak menyertai mana-mana kelas, prasekolah ini akan menjalankan analisa bakat berdasarkan cap ibu jari kanak-kanak tersebut, bidang yang dikenali sebagai 'dermatoglyphics'.
Matlamat analisa ini adalah untuk membantu guru-guru untuk memahami secara lebih mendalam cara pembelajaran individu kanak-kanak, kekuatan dan juga potensi mereka. Menerusi teknik ini, guru-guru akan dapat tahu jika kanak-kanak tersebut adalah pelajar visual, lebih cenderung kepada aktiviti praktikal, meminati muzik, dan sebagainya, dan mereka akan dapat menyesuaikan pendekatan mereka kepada keunikan kanak-kanak itu.
Di New Sun Moon, bilik-bilik darjah dibahagikan mengikut umur, dan setiap kelas diberikan nama yang menarik dan senang diingati:
Whoopee Toddler (2 tahun)
Little Climber (3 tahun)
Little Explorer (4 tahun)
Little Adventurer (5 tahun)
Little Inventor (6 tahun)
Pendekatan pendidikan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun adalah berasaskan tema, dengan tema baru yang diperkenalkan setiap bulan.
Apa yang unik tentang tema-tema ini adalah ia akan berulang setiap tahun, tetapi kesukaran aktiviti dan pelajaran akan meningkat, jadi kanak-kanak dapat menguatkan lagi ingatan dan apa yang telah dipelajari, dan ianya juga memudahkan mereka untuk menguasai konsep-konsep pelajaran yang utama. Ulangan ini juga mendidik kanak-kanak secara konsisten, dan memberi mereka keyakinan sepanjang masa pendidikan awal mereka.
Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Melayu diberikan kepentingan yang sama rata, jadi kanak-kanak dapat membina kemahiran komunikasi yang kuat dalam pelbagai bahasa, sesuatu yang sangat berguna dalam dunia kini.
Kita kini hidup dalam dunia digital, tetapi New Sun Moon Bandar Menjalara ingin mengingatkan kita tentang betapa pentingnya pengalaman praktikal dalam perkembangan awal kanak-kanak.
Kelas kanak-kanak terdiri daripada kemahiran hidup, kemahiran motor, dan 'Akademi Makanan' di mana kanak-kanak dari usia 3 tahun akan membantu menyediakan snek dan menyertai aktiviti masakan ringan. Sepanjang aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan membina sifat berdikari dan juga kemahiran praktikal, seperti menyapu mentega dan jem di roti, atau membersihkan tempat makanan masing-masing.
Bagi ibubapa yang sibuk bekerja, New Sun Moon menawarkan program penjagaan harian yang berstruktur. Ia bukan sahaja tempat di mana kanak-kanak boleh pergi setiap hari tetapi juga termasuk aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak. Mereka akan turut serta dalam pelbagai aktiviti seperti eksperimen sains, bercerita, memasak, dan lain-lain lagi.
Untuk kanak-kanak yang bakal masuk ke sekolah rendah, prasekolah ini juga menawarkan program tuisyen untuk membantu pelajar-pelajar menyesuaikan diri, dan memudahkan transisi mereka ke Darjah 1.
Selain akademik, New Sun Moon juga komited terhadap pembentukan watak dan akhlak seorang kanak-kanak. Nilai-nilai moral dipupuk melalui kempen 'Budak Baik' (Good Behaviour), di mana kanak-kanak diajar kemahiran diri dan menyertai aktiviti seperti membersihkan mainan dan juga kebersihan diri.
Keselamatan diutamakan di New Sun Moon, dengan langkah keselamatan seperti akses cap jari di pintu hadapan dan juga CCTV. Sekolah juga mengekalkan standard kebersihan yang tinggi, dengan rutin pembersihan harian dan makanan sedap dan penuh nutrisi yang dimasak di premis sekolah.
Dari segi kemudahan, New Sun Moon lengkap dengan taman permainan dalaman, perpustakaan, dan ruang aktiviti yang luas untuk kanak-kanak kecil, di mana rak-rak disusun dengan bahan-bahan yang mereka boleh capai dengan senang. Reka bentuk ini jelas menunjukkan pihak sekolah sangat mementingkan keperluan kanak-kanak dari segi fizikal dan juga mental.
Ibubapa sentiasa dikemaskini tentang perkembangan terkini di New Sun Moon. Pihak sekolah berkomunikasi secara terbuka dengan pihak ibubapa melalui Whatsapp, dan guru-guru pula sentiasa berkongsi berita, gambar, dan video aktiviti harian.
Sambutan hari jadi dan acara keluarga seperti sambutan Pesta Tanglung membina komuniti dan hubungan yang rapat di antara pihak ibubapa, guru dan kanak-kanak. Perasaan yang boleh didapati di New Sun Moon adalah seperti keluarga kedua untuk anak-anak anda.
Kawasan Kepong padat dengan tadika dan prasekolah yang kebanyakannya masih menggunakan kaedah pendidikan tradisional, tetapi New Sun Moon, Bandar Menjalara menawarkan pendekatan yang lebih moden dan menarik. Bilangan pelajar yang rendah dalam setiap bilik darjah memastikan kanak-kanak mendapat perhatian yang secukupnya. Ia merupakan tempat di mana kanak-kanak boleh belajar mengikut kemampuan sendiri, melibatkan diri dalam aktiviti praktikal, dan bersedia untuk dunia akademik melalui cara yang menarik, dan juga membina hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sebaya.