by on 20/09/2024 203
Sorotan Utama |
|
Tadika Morning Star di Kepong telah mengasah minda muda sejak tahun 2005 lagi, membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh sama ada dari segi akademik mahupun karakter mereka.
Moto tadika ini, iaitu "Transcending Boundaries" (Melangkaui Jangkaan) mencerminkan cara sekolah menyediakan kanak-kanak untuk menjadi pelajar abad ke-21 yang kental dan mampu menghadapi cabaran dunia moden yang seringkali berubah kini.
Setelah menamatkan pengajian beliau, direktor tadika Cik Tan Peik Chin menghabiskan lebih sedekad mengajar pelajar-pelajar kolej di Singapura. "Semasa mengajar, saya sedar bahawa ianya lebih sukar untuk mengubah cara fikiran anak-anak yang sudah dewasa. Hasrat saya adalah untuk membentuk minda-minda muda dari kecil lagi, semasa pemikiran mereka masih boleh diasah, seperti kanvas yang putih," kata beliau.
Kesedaran ini menginspirasikan beliau untuk memulakan Tadika Morning Star, di mana kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun boleh dipupuk dengan pendekatan holistik berasaskan pengajaran bertema.
Kita sekarang hidup di dunia di mana ilmu sangat mudah diperolehi melalui internet. Apa yang membezakan Morning Star Kindergarten adalah aspek-aspek yang tidak boleh dipelajari melalui komputer, seperti kreativiti, daya pemikiran kritis, perwatakan yang baik, dan keteguhan minda.
Daripada menggunakan pelajaran berasaskan subjek, tadika ini memberi tumpuan kepada pendekatan tematik yang mengintegrasikan Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Melayu, Mandarin, dan Matematik melalui aktiviti kurikula yang bersilang. Pendekatan ini dapat mengalakkan kanak-kanak untuk membuat hubungan antara apa yang mereka pelajari dengan pengalaman dunia sebenar.
Sebagai contoh, kelas mengenai tubuh badan dimulakan dengan pelajaran asas menggunakan buku atau melalui sesi bercerita. Kanak-kanak kemudiannya merasa makanan yang sebenar supaya mereka dapat merasai rasa pahit atau manis menggunakan bahagian lidah yang berlainan, bagi menguatkan apa yang dipelajari melalui buku dengan konsep di dunia sebenar.
Salah satu aspek utama di Morning Star adalah kurikulum S.T.E.A.M (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik). Cik Tan berkongsi sedikit tentang kelas mereka berkenaan topik cuaca, di mana kanak-kanak berusia 6 tahun digalakkan untuk pulang ke rumah dan melakukan kajian mereka sendiri melalui aktiviti piknik. "Kami mengajar mereka tentang perubahan cuaca, dan sesetengah kanak-kanak pulang ke rumah dan melakukan kajian tentang fenomena seperti puting beliung, sebelum pulang ke sekolah untuk berkongsi ilmu. Apabila kanak-kanak mempunyai minat terhadap sesuatu topik, mereka berasa lebih senang dan seronok untuk belajar."
Pembelajaran secara tematik ini juga merangkumi aktiviti muzik, fizikal, pengalaman sensori dan lain-lain lagi, jadi kanak-kanak belajar melalui pelbagai dimensi. "Kami tidak mengajar muzik atau pendidikan jasmani sebagai subjek semata-mata. Sebaliknya kami mengintegrasikan subjek-subjek ini ke dalam tema bagi menarik minat kanak-kanak. Sesestengah kanak-kanak tidak suka belajar mengikut matapelajaran yang berbeza, jadi melalui pendekatan ini mereka dapat belajar tanpa disedari," kata Cik Tan.
Bagi membantu kanak-kanak menguasai tiga bahasa utama di Malaysia, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin, tadika ini menggunakan pendekatan imersif di mana guru-guru akan berhubung dengan kanak-kanak menerusi bahasa yang diajar. Sekolah juga menawarkan program membaca 1-1 untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran literasi mereka dengan cepat.
Tadika Morning Star juga menawarkan program pengayaan seperti sesi bercerita, seni dan kraf, pantun Cina, dan aktiviti S.T.E.A.M. Kanak-kanak diberikan masa yang secukupnya untuk berehat, dan mereka juga diberi bimbingan kerja rumah. Waktu petang biasanya dipenuhi dengan aktiviti produktif yang tidak terlalu memenatkan, dan dapat membantu kanak-kanak menguatkan pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari pada waktu pagi.
Cik Tan sangat percaya bahawa pembelajaran tidak seharusnya dijalankan di bilik darjah sahaja. Oleh sebab itu, kanak-kanak di sini didedahkan kepada dunia sebenar melalui aktiviti praktikal dan rombongan sambil belajar.
Salah satu contoh adalah tema "Saya Seorang Penjaga Zoo", di mana kanak-kanak melawat ke tempat seperti ladang untuk berinteraksi dengan haiwan-haiwan di situ, dan memahami lebih lanjut tentang tugas seorang penjaga zoo.
Aktiviti yang lain pula melibatkan kanak-kanak melawat ke pusat membeli belah di mana mereka diajar tentang bajet dan cara pengurusan wang. "Ibubapa kanak-kanak akan memberi mereka wang saku dan kanak-kanak belajar tentang cara melihat harga sesuatu barang, membawanya untuk ditimbang, dan membayar di kaunter. Ia merupakan cara yang menyeronokkan dan praktikal untuk mengajar mereka matematik dan nilai mata wang," jelas Cik Tan.
Pengalaman dunia sebenar ini juga dibawa masuk ke bilik darjah. Contohnya, tema "Makanan Tengahari Saya" mengajar kanak-kanak tentang pemakanan yang sihat dan piramid makanan. Kanak-kanak digalakkan untuk membuat persembahan sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi mereka.
Untuk murid-murid yang lebih kecil, Morning Star menggunakan elemen pendekatan Montessori, dan memberi tumpuan kepada aktiviti sensori dan pergerakan. Matlamat di sini adalah untuk membina sifat berdikari dan juga meningkatkan daya motor kasar dan halus kanak-kanak.
"Kami menggunakan kaedah seperti kad imbas untuk mengenalkan kanak-kanak kepada konsep akademik pada peringkat awal. Apabila mereka ke sekolah rendah, mereka sangat yakin kerana mereka mempunyai asas akademik yang kukuh, dan juga semangat untuk belajar," kata Cik Tan.
Morning Star Kindergarten menekankan aspek kebersihan dan keselamatan. "Walaupun sebelum COVID, kami telah mengamalkan protokol kebersihan yang rapi. Setiap hari, guru-guru akan memeriksa tangan, lidah, dan kaki kanak-kanak, dan mengambil suhu badan mereka. Mainan kami dibersihkan setiap hari," jelas Cik Tan. Sekolah menggunakan mesin pembersihan udara untuk membuat sanitasi di ruang-ruang sekolah dengan kerap.
Keselamatan juga dipentingkan. Hanya ibubapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan kanak-kanak. Setiap bilik darjah dilengkapi dengan CCTV.
Semasa berkomunikasi dengan ibubapa, Morning Star mengambil pendekatan yang proaktif. "Kami tidak akan menunggu sehingga akhir semester jika kami mendapati kanak-kanak menghadapi cabaran dalam pembelajaran mereka. Setiap satu atau dua bulan, kami akan mengemas kini ibubapa tentang kemajuan anak-anak mereka. Jikalau terdapat apa-apa masalah, kami akan menangani isu tersebut dengan segara dan memberi sokongan yang perlu," kata Cik Tan.
Secara kesimpulannya, Tadika Morning Star memenuhi moto mereka iatiu "Transcending Boundaries", memastikan kanak-kanak bukan sahaja sedia dari segi akademik, tetapi juga dari segi emosi; kualiti yang sangat perlu dalam kehidupan abad ke-21 kini.